Salam semua.
Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) iaitu program galakan membaca dan memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid tetap diteruskan walaupun negara menghadapi kekangan pandemik COVID-19.
Mulai tahun 2021, perekodan bahan bacaan bagi program NILAM boleh dibuat secara dalam talian menggunakan ID DELIMA masing-masing melalui sistem IQ-NILAM.
PEREKODAN NILAM SECARA DALAM TALIAN (SISTEM IQ NILAM:Klik di sini: https://iqnilam.moe.gov.my/
Jenis Bahan Bacaan
1. Bahan buku
2. Bahan bukan buku
3. Bahan Digital
Bahan Buku
1. Buku Fiksyen
- buku cerita yang berbentuk rekaan dan khayalan pengarang atau penulis- cerita binantang, cerita dongeng, cerita teladan, cerita rakyat, cerita sains, cerita penyiasatan
2. Buku bukan fiksyen
- buku berbentuk pengetahuan dan mengandungi fakta- Pengetahuan - karya am, falsafah, agama, Sains kemasyarakatan, bahasa, teknologi- Fakta - bibliografi, ensiklopedia, biografi, buku glosari, kamus
Bahan Bukan Buku
1. Bahan bercetak
- bahan bantu belajar- katalog, manual pengguna, buku skrap- buletin, carta, poster- komik- Jurnal, laporan- majalah- risalah, brosur- Artikel, rencana- peta- cerpen
2. Bahan bukan bercetak
- Kit pembelajaran- CD perisian pembelajaran
Bahan Digital
1. Dalam talian
- akhbar atau majalah elektronik- pembelajaran dalam talian (e-learning)- persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment)- buku elektronik (e-book)- laman sesawang
- contoh: Cikgu Hailmi - https://www.cikguhailmi.com/
Cikgu Hijau - https://www.cikguhijau.com/- portal
Program NILAM SK Bandar Baru Sri Damansara