Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan.
Aktiviti membaca lantang/ membaca kuat (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.
![]() |
Aktiviti membaca lantang |
Apa itu bacaan lantang?
- Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
- Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru
- Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
- Apa yang guru baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu
- Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham
- Guru berinteraksi dengan kanak-kanak
Bilakah bacaan lantang boleh dilakukan?
- Permulaan kelas atau di akhir pembelajaran sekolah selama 5-10 minit
- Sementara menunggu aktiviti lain
- Sebagai aktiviti tambahan /aktiviti sampingan
- Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak
- Meningkatkan asas kosa kata/perbendaharaan kata
- Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
- Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka
- Meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi
SEBELUM
- Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak
- Pastikan guru faham jalan cerita yang hendak dibaca
SEMASA
- Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau ramai)
- Pegang buku ke hadapan
![]() |
Buku dipegang ke hadapan kanak-kanak |
- Mulakan suara dengan kuat
- Pastikan murid-murid diam
- Baca dengan ekspresi muka dan bersungguh-sungguh
- Tukar nada suara dengan setiap watak yang berbeza
SELEPAS
- Sesi soal jawab seperti kefahaman jalan cerita - kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi
- Ulang balik cerita atau ceritakan semula secara sekali imbas
Sumber rujukan
- http://kidsloveus.blogspot.com/2012/02/bacaan-lantang-untuk-kanak-kanak.html
- Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit UPSI, 2012
![]() |
Buku rujukan |
Assalamualaikum buat blogger semua. Terima kasih untuk sokongan yang telah anda berikan dengan meninggalkan komen di entri Zam sebelum ini. Seperti yang dijanjikan, salah seorang blogger bertuah akan mendapat hadiah misteri dari Zam ;D
ReplyDeleteJemput ke ENTRI TERKINI! Senarai Lengkap 110 BLOGGER Yang Berpeluang Mendapat SATU HADIAH MISTERI Dari Zam! untuk menyemak penyertaan anda.
Pemilihan BLOGGER yang BERTUAH akan dibuat dengan menggunakan RANDOM.ORG, dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk memudahkan anda mengetahui keputusan terkini, anda boleh memasukkan blog Zam ke dalam bloglist di blog anda :)
Akhir kata, thanks again, bloggers!
Terima kasih blogger Zam!
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletenk bertanya..agak2 di kedai buku mane sy blh dptkn buku Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit UPSI, 2012..
sy rasa tertarik nk membaca buku tu
wslm. Cikgu boleh ke link ini - http://penerbit.upsi.edu.my/pengedar.html untuk lihat senarai nama pengedar buku di KL.
Delete