Showing posts with label PKP. Show all posts
Showing posts with label PKP. Show all posts

PDPR Diteruskan Sehingga 31 Ogos 2021 & Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat 1 September 2021

Salam semua.

KPM mengumumkan sesi PdPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021 dan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk PdP secara bersemuka mulai 1 September 2021 namun masih tertakluk kepada penilaian risiko oleh KKM dan MKN.

Segala perubahan, pihak KPM akan maklumkan lebih awal iaitu dalam tempoh seminggu sebelum pembukaan sekolah.






'Total Lockdown' Dua Minggu Seluruh Negara Bermula 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

Salam semua.

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang semalam mengumumkan pelaksanaan 'total lockdown' atau sekatan pergerakan penuh seluruh negara selama 2 minggu bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan 'total lockdown' perlu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes dan 2,552 orang telah meninggal dunia akibat COVID-19.

3 Fasa 'total lockdown' iaitu:
  • Fasa 1 (2 minggu ) - semua sektor tidak beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu
  • Fasa 2 (4 minggu) - pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak membabitkan perhimpunan besar dan boleh mematuhi penjarakan fizikal.
  • Fasa 3 - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini.
total lockdown 2021_1
Kenyataan Media Perdana Menteri m/s 1
total lockdown 2021_2
Kenyataan Media Perdana Menteri m/s 2

Sumber: 

'Self-Imposed Lockdown' Sukar Dilaksanakan? Displin Tinggi Penduduk Di Taipei, Taiwan Sangat Patut Dicontohi

Salam semua.
Susulan pengumuman kerajaan tidak akan melaksanakan 'full lockdown' tetapi mengetatkan SOP PKP sedia ada, pihak KKM menggesa orang ramai mempraktikkan 'self-lockdown', displin kendiri dan kawalan kendiri dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran COVID19.
Namun, sebilangan besar rakyar Malaysia tidak berpuas hati kerana berpendapat 'self-lockdown' sukar diamalkan.
Adakah ini membawa maksud sebilangan besar rakyat Malaysia tidak mampu mengawal diri sendiri dan mengharapkan satu bentuk 'paksaan' dalam setiap tindakan?
'Self-lockdown', adakah sangat sukar untuk diamalkan?
Tetapi tidak di Bandar Taipei, Taiwan. Tanpa sebarang arahan atau gesaan, penduduk di sana secara automatik mengamalkan “self-imposed lockdown” apabila berlaku peningkatan kes positif COVID19.

Sebaik kerajaan Taiwan mengumumkan peningkatan kes positif COVID19 sebanyak 180, dan amaran bahaya bertukar kepada level 3, mereka tanpa perlu disuruh terus secara sukarela mempraktikkan “self-imposed lockdown”.

Hal ini kerana masyarakat di sana mempunyai displin kendiri dan kesedaran kendiri yang sangat tinggi.

“They know how to protect themselves and are extremely disciplined. The majority choose to stay home after the spike in cases. 
“The streets are almost empty and quiet, ” said Chua, 39, Taiwanese who is originally from Melaka.
“If you are seen taking photos outdoors, you will be scolded. By staying home, we are protecting ourselves, our loved ones and also the public, ” he said. 
“We do not want to be a burden to the healthcare system.”




Sumber: 

  1. https://worldofbuzz.com/empty-streets-in-taipei-as-citizens-practice-self-lockdown/
  2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/05/20/taiwanese-play-active-role-in-curbing-virus
  3. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4373277169362804&id=578835322140360


Tip dan Panduan Pelaksanaan PDPR Yang Berkesan (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah)

Salam semua.

Tips ini merupakan perkongsian daripada Cikgu Herry (FB: Herryan Syah) yang merupakan seorang Pegawai SISC+. Saya simpan di sini untuk rujukan saya sendiri dan juga mungkin boleh menjadi rujukan kepada para pendidik yang lain yang memerlukan memandangkan PDPR kembali dilaksanakan seluruh negara bermula hari ini sehingga 28 Mei 2021.

Untuk rujukan, SISC+ adalah singkatan kepada Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches).

*Catatan ini ada sedikit pembetulan kepada ejaan asal.



PdPr 3.0

1. Ringkaskan. 

Jika nak buat video sendiri makan masa, guna bahan sedia ada dan pilih yang mustahak sahaja. Contohnya, masukkan screenshot daripada buku teks dan crop mana yang perlu dan masukkan dalam powerpoint.

Ingat murid-murid tak boleh join lama-lama pun dan tak boleh nak hadam semua benda dalam masa yang singkat. 

Tak semestinya 'overspent on budget' dan masa. Ada beza 'to be an online teacher' dengan 'online broadcaster'. Sampai tahap buat studio itu 'optional' dan datang dengan kemahuan dan kemahiran. 

Ramai guru mengajar semudah Powerpoint sahaja tapi PdPr online berjalan dengan sangat berkualiti. 

Pedagogi kena tajam. 


2. Fokus kepada aktiviti. 

Fikirkan bagaimana murid nak cari maklumat secara kendiri samada menerusi internet, perbincangan bersama ibubapa, cari daripada bahan disediakan atau guna bahan sedia ada di rumah. 

Inilah masanya untuk murid bina kebertanggungjawaban dalam pembelajaran sendiri. Hal ini boleh jadi satu kajian tindakan yang baik jika guru memanfaatkan konsep 'learning with limited resources'.


3. Penilaian dan maklumbalas. 

Penilaian dan maklum balas seharusnya berlaku segera. Contohnya selepas satu minggu tugasan, semak dan beri maklumbalas dari segi pencapaian atau apa yang murid boleh perbaiki

Jangan tunggu sehingga selepas PKP. Jika murid sudah sangkut pada tugasan pertama mungkin sebab tidak faham, bagaimana pula cikgu telah berikan tugasan kedua. Bertimbun hasil kerja murid dengan mereka buat atas dasar tidak faham. 

Jika tugasan pertama tidak selesai dengan baik atas sebab teknikal daripada pihak murid, mungkin perlu ubah cara tugasan kedua. Sebab bahagian kedua adalah tambah baik atau nilai daripada bahagian pertama. 

Atau jika cikgu sukar untuk buat pembahagian tugasan dengan lancar atas sebab tertentu, mungkin perlu ubah bentuk tugasan. Contohnya dalam bentuk gambar, jawapan lisan melalui audio chat. 

Tak semua respon murid perlu dalam bentuk bertulis. 

Sekarang PBD sudah versatil. Lagipun nak murid yang 'all rounder' kecuali bagi tugasan-tugasan khusus. 


Sumber: Herryan Syah

SOP Perintah Kawalan Pergerakan PKP, PKPB dan PKPP (PKP2.0) Tahun 2021

Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP2.0 bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021 bagi beberapa buah negeri iaitu:

1. Pulau Pinang

2. Selangor

3. Wilayah Persekutuan KL

4. Wilayah Persekutuan Putrajaya

5. Johor

6. Wilayah Persekutuan Labuan

7. Sabah


Dan hari ini negeri Kelantan diumumkan akan memulakan PKP bermula esok 16 sehingga 26 Januari 2021.

Semoga kita semua dilindungi olehNYA.


Pembukaan Penuh Sekolah & SOP Terkini Penjarakan Sosial Untuk Semua Murid KPM

Pada 1 Julai 2020, Rabu melalui sidang media Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah secara penuh kepada semua murid tingkatan 1 hingga 4, tingkatan Enam semester 1 dan semua murid sekolah rendah (tahun 1 hingga 6) bermula 2 minggu dari sekarang.


Tarikh pembukaan penuh sekolah:

1) 15 Julai 2020, Rabu
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 6 semester 1, tingkatan 1 hingga 4
  • Sekolah Rendah: Tahun 5 dan 6

2) 22 Julai 2020, Rabu
  • Sekolah Rendah: Tahun 1 hingga 4

Terdapat 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang disediakan KPM yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing setelah SOP penjarakan sosial dilaksanakan. Model berkenaan adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

Tarikh pembukaan penuh sekolah.













[Kemaskini] SOP dan susun atur di kelas:

1. Jarak 1 meter berdasarkan ukuran person to person (body to body) / bahu ke bahu / individu ke individu (sebelum ini meja ke meja).
2. Bilangan murid adalah pada tahap maksimum, dengan meja dirapatkan ke dinding. Seramai mungkin murid diletakkan di kelas dengan penjarakan sosial yang betul (Sebelum ini maksimum 20 orang setiap kelas).
3. Murid tidak boleh duduk sebelah menyebelah.
4. Murid makan di dalam kelas di meja masing-masing. Makanan sama ada bekal dari rumah atau pesanan awal (pre-order) dari pengusaha kantin. Murid digalakkan bawa sudu dan garfu sendiri.
5. Meja murid disanitasi (sanitized) selepas waktu makan dan sebelum waktu balik. Guru dan murid boleh gunakan kain yang dinyahkuman (disinfected) untuk mengelap meja.
6. Sekolah 2 sesi - meja perlu dilabel nama murid untuk pastikan murid yang sama menggunakan meja tersebut.


Penggunaan Pelitup Muka (Face Mask)
1. Murid tidak diwajibkan memakai face mask tetapi digalakkan (jenis fabrik, 3 lapis, boleh dibasuh).
2. Guru diwajibkan memakai face mask semasa mengajar, boleh buka sebahagian face mask ketika mengajar pada jarak jauh dari murid (agar suara jelas didengar) tetapi perlu tutup semula ketika menghampiri murid secara dekat (elakkan sebaran titisan air dari mulut/ hidung).


Siapa yang WAJIB pakai face mask?
KPM mewajibkan kategori murid berikut memakai pelitup muka sepanjang masa di sekolah:
  • Murid yang mempunyai daya imuniti rendah - ada masalah / penyakit paru-paru, penyakit asthma, kencing manis, buah pinggang, penyakit jantung, penyakit hati.
  • Murid yang ketara kekurangan zat makanan - selalu sakit, demam, kurus.
  • Murid yang mengambil ubat steroid atas faktor kesihatan.

Pilihan dan hak ibu bapa:
1. Sekiranya ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ibu bapa perlu menulis surat rasmi kepada pihak sekolah memaklumkan anak/ibu bapa belum bersedia ke sekolah. Tiada tindakan displin akan diambil terhadap murid tersebut (Rekod kedatangan: tidak hadir bersebab).


Video Rujukan (dikemaskini):
Boleh rujuk video ini untuk penerangan yang lebih jelas tentang SOP dan penjarakan sosial di sekolah:
1. https://www.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=tLEi1K4hdDs&app=desktop


Bahan / Dokumen untuk muat turun:


Sumber rujukan:

NUTP Gesa Penilaian Semula Pindaan Takwim Persekolahan 2020 Dibuat

NUTP iaitu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia yang mewakili suara guru menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penilaian semula terhadap pindaan takwim persekolahan 2020 yang tular media sosial semalam.

Aminuddin Awang selaku Presiden NUTP menyatakan bahawa beliau mengetahui tentang pindaan tersebut melalui media sosial selepas ia tular. Beliau berpendapat keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang dengan pihak NUTP terlebih dahulu.

Sememangnya saya sendiri agak terkejut memandngkan sebelum ini Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa takwim persekolahan sedia ada tidak akan berubah sehingga akhir tahun.

"Kita hanya mendapat berita sama seperti guru lain, apabila ia tular di media sosial dan kenyataan dikeluarkan KPM. Ini adalah suatu yang mengejutkan kita. Kita kesal kerana kita tidak dibawa berbincang. Sekiranya kita dibawa berbincang, kita akan dapat memberikan pandangan dari sudut guru-guru di peringkat bawah," - Aminuddin Awang, Presiden NUTP

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Takwim sekolah tahun ini kekal.

Ramai guru meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di media sosial terhadap perubahan takwim persekolahan yang berlaku yang dianggap sebagai 'u-turn' kali kedua selepas pembukaan semula prasekolah diumumkan. Ada dalam kalangan guru telah membuat tempahan tiket kapal terbang untuk pulang  ke kampung sempena cuti pertengahan penggal 2 yang juga sempena perayaan Hari Raya Korban jika mengikut takwim asal. Cuti pertengahan penggal 2 merupakan saat dan peluang ditunggu-tunggu setelah lebih 3 bulan terhalang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bertemu mata dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Semoga ada cahaya yang kembali menyinar buat semua warga guru.










Sumber rujukan:

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020

Hari ini KPM mengedarkan kenyataan media berhubung dengan pindaan takwim penggal persekolahan tahun 2020. Buat masa ini, para guru seeloknya tidak merancang sebarang agenda seperti percutian yang melibatkan pembelian tiket atau seumpamanya kerana perubahan akan berlaku tanpa kita duga.

Antara perubahan penting:
1. Cuti pertengahan penggal 2 menjadi 5 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan berganjak ke hujung bulan 8 (20-24 Ogos/ Khamis-Isnin).
2. Cuti akhir tahun dipendekkan dari 41/42 hari menjadi 13/14 hari (18 - 31 Disember).


Kenyataan Media KPM_1

Kenyataan Media KPM_2

Takwim kumpulan A - negeri berhujung minggu hari Jumaat

Takwim kumpulan B - negeri berhujung minggu hari Sabtu

Pindaan tarikh cuti sempena perayaan

Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala?

Tidak, kerana;

Saya Yang Menjalankan Amanah!


Sumber rujukan:
1. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-pindaan-takwim-penggal-persekolahan-tahun-2020

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah, Tabika, Tadika KPM dan Swasta Pada 1 Julai 2020

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah (versi BM), sumber Bernama

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah (versi BI), sumber Bernama
Kenyataan Media KPM pembukaan semula Prasekolah/Tabika/Tadika
kendalian kerajaan dan swasta pada 1 Julai 2020, Rabu

Kenyataan Media KPM

Bahan untuk muat turun:
1. Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Pada 1 Julai 2020
2. Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah KPM


Sumber rujukan:
1. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/buka-semula-prasekolah
2. https://twitter.com/KemPendidikan/status/1273956643630247936
3. https://drive.google.com/file/d/17CcTz3avWgM07jGLIKYZKfodz0u0cSJW/view

Sekolah Dibuka Semula Pada 24 Jun 2020 Bagi Pelajar Tingkatan 5 & Tingkatan 6 Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Awam SPM, SVM, STPM, STAM

Pengumuman pembukaan semula sekolah oleh Menteri Pendidikan pada 10 Jun 2020, 4.00 petang

Sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020, pada hari Rabu. Pengumuman ini selaras dengan apa yang diberitahu oleh Dr. Radzi Md Jidin, Menteri Pendidikan, KPM sebelum ini iaitu notis pengumuman akan diberi 2 minggu lebih awal. Pada 4 Jun 2020, KPM telah mengedarkan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah (SOP) yang boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi KPM. Pembukaan semula sekolah ini akan melibatkan 500,444 pelajar dari 2,440 buah sekolah di seluruh negara.

7 Fakta Penting:

1. Hanya pelajar yang terlibat dengan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara perlu ke sekolah.

2. Pemeriksaan suhu badan dibuat kepada setiap pelajar. Pelajar yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 celcius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

3. Meja di kelas disusun dengan jarak satu meter antara satu sama lain.

4. Kapasiti maksimum pelajar dalam satu kelas tidak melebihi 20 orang.

5.  Waktu rehat pelajar dijalankan secara berperingkat. Makanan dan minuman akan siap dibungkus di kantin, pelajar perlu beratur mengikut tanda penjarakan sosial dan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.

6. Aktiviti di luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum secara bersemuka termasuk perhimpunan rasmi mingguan adalah dilarang sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

7. Katil di bilik asrama pelajar disusun pada jarak 1 meter.


Nota tambahan (Akan dikemaskini):

1. Garis panduan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

2. Murid yang tidak perlu ke sekolah akan menjalani PdP di rumah secara home-based learning.

3. Sebagai penjawat awam, semua guru akan kembali bertugas di sekolah pada 24 Jun 2020 walau pun PdP murid dijalankan di rumah (home-based learning).


Dokumen untuk muat turun:



Sumber rujukan:

Arahan Kepada Guru Kembali Ke Kawasan Tempat Bertugas Selepas Tamat Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun Pada 8 Jun 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Sektor Operasi Sekolah pada 4 Jun 2020 telah mengeluarkan surat pemakluman tentang arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas (stesen tempat bertugas) selepas tamat cuti persekolahan pertengahan tahun. Cuti pertengahan tahun dan cuti perayaaan Hari Raya Aidilfitri bermula pada 21 Mei sehingga 8 Jun 2020 (Isnin) bagi sekolah kategori kumpulan B.

Pada 8 Jun 2020, Isnin merupakan hari kelepasan am (cuti umum) di seluruh Malaysia sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong.

Surat makluman tersebut boleh muat turun di sini [DI SINI]. Arahan ini dikeluarkan supaya SEMUA PENJAWAT AWAM berada di kawasan tempat bertugas sebagai persediaan untuk kembali bertugas.

Walaupun sekolah masih belum dibuka, guru-guru perlu bersedia untuk menjalankan tugas-tugas persiapan pembukaan sekolah.

Surat KPM bertarikh 4 Jun 2020
Lampiran

Sumber & bacaan lanjut:
1. KPM


[COVID-19] Kenapa Masjid, Surau Ditutup Kepada Orang Awam Tetapi Sektor Ekonomi Seperti Pasar, Shopping Mall, Restoran Dibuka?

Hari ini merupakan hari ke-74 PKP dan hari ke-27 PKP-Bersyarat dilaksanakan. Seperti yang kita tahu, sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020, rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja, kuil tidak dibenarkan dibuka kepada orang awam.


Namun begitu, pada hari ke-58 PKP, tanggal 21 Ramadan 1441H iaitu pada 14 Mei 2020 hari Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenar diadakan semula di masjid, surau terpilih  dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain secara berperingkat mulai 22 Ramadhan, 15 Mei 2020 dan perlu mengikut garis panduan (SOP) yang ditetapkan.



Soalan Lazim (FAQS) Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
berkaitan solat berjemaah dan solat Jumaat semasa PKPB

Soalan Lazim (FAQS) Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
berkaitan solat berjemaah dan solat Jumaat semasa PKPB
SOP perlu dipatuhi bagi mengelakkan timbul kluster baharu jangkitan COVID19 seperti yang pernah berlaku
di masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur
Jumlah masjid/surau yang dibuka di seluruh negara pada
Hari Raya Aidilfitri dan solat Jumaat
SOP dan norma baharu solat berjemaah di masjid

Namun begitu masih ramai orang bertanya kenapa masjid, surau ditutup kepada orang awam tetapi pasar, 'shopping mall', restoran pula dibuka? Malangnya bukan sekadar bertanya tetapi seolah-olah mempertikaikan keputusan pihak berkuasa (kerajaan) dengan membuat komen-komen dan hantaran negatif di media sosial seperti kelihatan mereka yang lebih arif, bijak, tepat dan relevan.

Memandangkan saya bukan 'ahli' dalam hal ini (amat jauh sekali), maka tidak perlu untuk saya mengulas, memberi komen atau 'membawang' dalam isu ini. Seeloknya kita serah sahaja urusan ini kepada orang yang sepatutnya dan jika ada kekeliruan, bertanyalah kepada mereka yang berkenaan dan berkelayakan mengikut saluran yang betul. Tidak sesukar mana pun kerana zaman sekarang adalah zaman maklumat berada di hujung jari. Lagi pun mereka yang berautoriti ini rata-rata mempunyai akaun media sosial rasmi masing-masing yang boleh dihubungi bila-bila masa oleh sesiapa sahaja.

Sebaliknya, saya sebagai orang awam hanya mampu berkongsi beberapa pandangan yang menjawab isu ini. Semoga kita semua menjadi warga yang taat pada ulul-amri (pemerintah) dalam lingkungan batas syariat dan sentiasa mendapat bimbingan dan dakapan rahmat Allah SWT.



Pandangan Dr. Aizam Mas'ud

Pandangan YB Nik  Mohamad Abduh, Ahli Parlimen PAS

Ayahanda Abdul Rani Kulop


Sumber & bacaan lanjut:
1. https://twitter.com/myjakim/status/1257076663344455680?lang=en
2. https://ismaweb.net/2020/05/14/senarai-sop-untuk-solat-jumaat-jemaah-di-masjid-dan-surau-terpilih/
3. https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri
4. https://www.facebook.com/aizam.masud
5. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/576820/sop-solat-berjemaah-di-masjid-dipersembah-kepada-agong?fbclid=IwAR1fNYjFAExWJMmesoTCcYzDtIPaCxOQiyk83BWzDNZYE_O-JQZozsHcCMM
6. https://www.sinarharian.com.my/article/85386/EDISI/Utara/Minggu-kedua-solat-Jumaat-semua-masjid-patuh-SOP?fbclid=IwAR1lk5WEC1drabw9ea0IIYh3U3cpuxS8NmuD4VKAdiYWO9g9zMMLVADJS9c