Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Diskaun Hotel Untuk Ahli NUTP Jika Bercuti Ke Langkawi, Cameron Highlands Atau Kuala Lumpur

Cuti sekolah bakal datang lagi. Mahu bercuti ke mana kali ini?

Jika anda merancang ingin bercuti ke Langkawi, Cameron Highlands atau ke Kuala Lumpur, NUTP menawarkan harga diskaun kepada ahli NUTP.

Senarai hotel dengan harga diskaun:


1. Hotel Langkasuka, Langkawi
  •  RM120 - Superior twin room (katil 2 single atau 1 king)
  • RM150 - Family room (katil 3 single)

2. The Cool Point Hotel, Cameron Highlands
  • RM100 - standard room
  • RM130 - triple room

3. Travelodge Hotels Chinatown, Kuala Lumpur
  • Berdekatan Pasar Seni, Petaling Street, Dataran Merdeka
  • RM159 termasuk sarapan - twin single bed atau katil queen

4. Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur
  • RM220 - standard room
  • RM260 - deluxe room
  • Berdekatan Kg. Baru, KLCC

Hanya tunjukkan kad NUTP untuk mendapatkan harga diskaun. Sekiranya anda tiada kad fizikal NUTP, anda boleh tunjukkan Kad Digital NUTP yang boleh di dapati dalam Aplikasi MyNUTP. Aplikasi MyNUTP boleh di muat turun di Playstore.

Sila rujuk pada gambar untuk info tentang harga bilik dan tempahan hotel atau boleh layari Facebook NUTP Malaysia.


The Cool Point Hotel, Cameron Highlands



Hotel Langkasuka, Langkawi

Hotel Langkasuka, Langkawi

Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur

Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur

Kalendar Januari 2024 - Februari 2025 Mengikut Takwim Akademik KPM

Kalendar bermula Januari 2024 sehingga Februari 2025 ini yang dikongsikan oleh Cikgu Share adalah kalendar yang komprehensif yang dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam membuat perancangan persekolahan atau cuti dan seumpamanya. 

Terdapat maklumat seperti berikut di dalam kalendar:

  • Penggal persekolahan sesi 2024-2025
  • Cuti sekolah KPM
  • Cuti umum persekutuan dan negeri
  • Tarikh pembayaran gaji penjawat awam

πŸ“ŒMuat turun (download) kalendar format pdf di sini: KALENDAR 2024-2025


Kredit: Cikgu Share

Cuti Sempena Perayaan Deepavali (Sekolah & Universiti)

Berdasarkan takwim persekolahan/Kalendar Akademik Sesi 2023/2024, Sekolah akan bercuti bermula:

Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
πŸ’₯10 Nov 2023 - 13 Nov 2023 (Jumaat - Isnin)

Kumpulan B (Selain kumpulan A)
πŸ’₯11 Nov 2023 - 14 Nov 2023 (Sabtu - Selasa)



Saya sebagai pelajar sarjana di UKM, pihak universiti telah memberikan pelepasan kuliah pada 14 November 2023, Selasa, maka semua pelajar UKM mendapat cuti hujung minggu yang panjang sama seperti cuti sekolah kumpulan B.

Mari kita menikmati cuti yang diberikan, semua orang suka cuti kann πŸ’•


Semua Sekolah Ditutup Bermula 9 November 2020 & Dibuka Semula Pada 20 Januari 2021

Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin baharu sahaja mengumumkan penutupan semua sekolah bermula esok, Isnin, 9 November 2020 semasa sesi sidang media di TV1 dan Astro Awani pada jam 11.30 pagi tadi.



Antara info penting:

  1. Sekolah ditutup tetapi 'home based learning' / PDPR diteruskan hingga 18/12 2020. 
  2. Guru perlu menjalankan PDPR dan berada di stesen bertugas masing-masing.
  3. Penggal persekolahan akan bermula 20/1/2021 bagi sekolah rendah secara bersemuka.
  4. Sekolah menengah juga sama 20/1/2021 kecuali murid tingkatan 2&3 akan 'home based learning' hingga 8/3/2021.
  5. SPM, SVM, STAM ditunda ke 22/2/2021.
  6. STPM ditunda ke 8/3/2021.
  7. Pelaksanaan pentaksiran kemasukan ke sekolah khusus (PKSK) tingkatan 1 dan tingkatan 4 ditangguhkan.
  8. Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) untuk pelajar matrikulasi ditangguhkan.
  9. Program Matrikulasi akan kembali ke pusat pengajian pada 4 Januari 2021.
  10. Pelajar IPG kembali semula ke IPG pada 17 Januari 2021.


Sumber:


NUTP Gesa Penilaian Semula Pindaan Takwim Persekolahan 2020 Dibuat

NUTP iaitu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia yang mewakili suara guru menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penilaian semula terhadap pindaan takwim persekolahan 2020 yang tular media sosial semalam.

Aminuddin Awang selaku Presiden NUTP menyatakan bahawa beliau mengetahui tentang pindaan tersebut melalui media sosial selepas ia tular. Beliau berpendapat keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang dengan pihak NUTP terlebih dahulu.

Sememangnya saya sendiri agak terkejut memandngkan sebelum ini Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa takwim persekolahan sedia ada tidak akan berubah sehingga akhir tahun.

"Kita hanya mendapat berita sama seperti guru lain, apabila ia tular di media sosial dan kenyataan dikeluarkan KPM. Ini adalah suatu yang mengejutkan kita. Kita kesal kerana kita tidak dibawa berbincang. Sekiranya kita dibawa berbincang, kita akan dapat memberikan pandangan dari sudut guru-guru di peringkat bawah," - Aminuddin Awang, Presiden NUTP

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Takwim sekolah tahun ini kekal.

Ramai guru meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di media sosial terhadap perubahan takwim persekolahan yang berlaku yang dianggap sebagai 'u-turn' kali kedua selepas pembukaan semula prasekolah diumumkan. Ada dalam kalangan guru telah membuat tempahan tiket kapal terbang untuk pulang  ke kampung sempena cuti pertengahan penggal 2 yang juga sempena perayaan Hari Raya Korban jika mengikut takwim asal. Cuti pertengahan penggal 2 merupakan saat dan peluang ditunggu-tunggu setelah lebih 3 bulan terhalang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bertemu mata dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Semoga ada cahaya yang kembali menyinar buat semua warga guru.










Sumber rujukan: