Kuiz AI Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah

 


Kuiz AI Kebangsaan 2025 - PAJSK Kebangsaan

Kuiz AI Kebangsaan 2025 kini dibuka untuk penyertaan kepada semua murid sekolah menengah dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 di seluruh negara. Program ini merupakan anjuran bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ai Labs (ailabs.com.my).

Kuiz ini diadakan secara dalam talian dan bertujuan menguji pengetahuan murid dan pelajar dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), serta memberi ruang untuk murid dan pelajar menyerlahkan potensi di peringkat kebangsaan.

📅 Tarikh Kuiz      : 23 Ogos 2025 (Sabtu)
🕘 Masa                : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
🖥️ Format             : 50 soalan objektif, dijawab dalam tempoh 1 jam

Setiap peserta boleh memulakan kuiz pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut, dan masa menjawab akan dikira dari saat mula.

Antara manfaat penyertaan:

• Mata penglibatan PAJSK peringkat kebangsaan
• Akses percuma kepada platform pembelajaran kendiri e-pembelajaran

📌 Tarikh tutup pendaftaran: 16 Ogos 2025
📌 Maklumat lanjut dan pendaftaran: Imbas QR kod atau layari https://pertandingan-ai-kebangsaan.framer.website/kuiz-ai


No comments:

Post a Comment