Tahun baru 2014 belum mencecah sebulan, para guru dikejutkan dengan isu guru Bahasa Inggeris di SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak yang mendenda 2 orang murid yang tidak menyiapkan kerja rumah (homework). Murid tersebut dirotan kemudian digantungkan loceng dan diugut makan rumput. Selepas itu kedua-dua murid tersebut diejek kawan-kawannya sebagai LEMBU.
Hal tersebut menjadi kecoh selepas ibu bapa kepada murid tersebut membuat laporan polis dan kisahnya mendapat tempat di Buletin Utama TV3.
Sebagai hukuman, guru itu menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd Izat Iqbal Mohd Harith masing-masing, 10, serta memaksa mereka memakan rumput manakala dua lagi murid tidak didenda dan difahamkan mereka tidak sihat serta mempunyai surat doktor - Berita Harian
Seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput, Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain - mStar Online
Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah.
Hasil siasatan oleh pihak Jabatan Pendidikan Perak dan PPD yang terlibat, KPM telah mengeluarkan arahan supaya guru tersebut ditukarkan ke sekolah lain dan diberikan surat amaran.
Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Pelajaran |
Selepas Ketua Pengarah Pelajaran membuat kenyataan akhbar, timbul pula isu lain.
Isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Baca lagi:
No comments:
Post a Comment