Terdapat banyak platform yang menyediakan kursus percuma khususnya untuk warga pendidik melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi (PPK) 40 jam setahun di HRMIS. Antara platform tersebut ialah: 16 Platform Kursus Percuma Untuk Melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun
PPK: Pembelajaran Kendiri Melalui Pembacaan Buku
Pembelajaran kendiri adalah kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran yang melibatkan secara bersemuka dan dalam talian (online).
Bagi pembacaan buku/bahan ilmiah, satu sesi pembentangan atau satu sinopsis perlu diadakan. Berdasarkan punca kuasa surat siaran bertarikh 30 Februari 2026, pemjawat awam kategori pengurusan & profesional seperti guru, jenis bahan bacaan perlu berbentuk ilmiah dengan menyediakan sinopsis tanpa perlu mengadakan sesi pembentangan.
![]() |
| Kaedah pelaksanaan pembacaan buku |
Pengiraan Jam Pembacaan buku
- satu sinopsis bersamaan 6 jam berkursus bagi pembentang.
- 30 minit bagi mereka yang menghadiri sesi pembentangan.
Pembentangan:
- Pembentangan hanya melibatkan penjawat awam kategori JUSA/Gred Khas sahaja.
- Tiada pembentangan bagi kategori kumpulan Pengurusan & Profesional dan kumpulan Pelaksana, hanya perlu menyediakan sinopsis bahan yang dibaca.
Jenis bahan bacaan
Jenis bahan bacaan yang dibaca adalah bergantung kepada kategori pegawai sama ada kategori JUSA/Gred Khas, kategori Pengurusan & Profesional atau kategori kumpulan pelaksana.
✅ JUSA/Gred Khas dan kumpulan Pengurusan & Profesional
- buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada buku fizikal atau e-book
- pembacaan jurnal ilmiah/laporan kajian
✅ Kumpulan Pelaksana
- Umum - bukan fiksyen, rencana, bahan buku Braille
Lampiran evidens
- Sijil kehadiran
- Refleksi pembacaan
- Borang sinopsis
*Muat turun borang sinopsis di sini: https://t.me/CikguHaseni
![]() |
| Borang Sinopsis |
![]() |
| Contoh penulisan sinopsis buku |
.jpg)


.jpg)