Pada minggu lepas, saya telah menerima surat Pemberian Taraf Berpencen yang berkuatkuasa 1 APRIL 2014. Setelah berhempas pulas 'mengejar dan berkejaran' dengan pihak PPD dan SPP maka inilah hasilnya.
Surat kelulusan PTB daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran |
Saya memasuki bidang keguruan pada 2010 dan mendapat pengesahan pelantikan sebagai PPPS secara rasminya pada 4 Januari 2010. Kemudian setahun selepas itu pada 4 Januari 2011 saya disahkan dalam perkhidmatan. Kalau dikira agak lewat juga saya menerima PTB ini kerana ini merupakan tahun ke-5 perkhidmatan saya sebagai guru.
Syarat kelayakan & Prosedur Pemberian Taraf Berpencen
Rujukan #1 - Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya telah menolak skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tiga tahun berkhidmat yang boleh diambilkira.
Tanggungjawab Ketua Jabatan
Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan pegawai yang dikemukakan kepada Suruhanjaya disertakan dengan dokumen berikut:
- Jadual Kelima - Borang opsyen KWSP, P.U. (A) 176/2005;
- Jadual Keenam - Perakuan Pemberian Taraf Berpencen, P.U. (A) 176/2005; dan
- salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.
Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling Yang Berkaitan
- Akta Pencen 1980;
- Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
- Akta Pencen (Pindaan 1992);
- Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U.(A) 176/2005); dan
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 4 Tahun 2008 - Kaedah pelaksanaan Pemberian Taraf Berpencen Anggota Perkhidmatan Pendidikan.
Rujukan #2 - Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2008