Cara dan Latihan Memegang Pensel Bagi Kanak-Kanak atau Murid Pada Peringkat Permulaan Tulisan Mekanis




Latihan menulis peringkat permulaan untuk kanak-kanak atau murid hendaklah menggunakan pensel atau krayon. 

Terdapat beberapa cara dan latihan untuk mengajar kanak-kanak atau murid memegang pensel dengan betul. 



CARA #1

1. Murid diminta mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukan setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.



3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.


CARA #2






CARA #3

Cara memegang alat tulis yang betul adalah seperti berikut:

Pegang alat tulis antara ibu jari (2) dan jari penunjuk (3) menghala ke hulung alat tulis, dengan meletakkan alat tulis di atas jari tengah (1) (ada orang menyebut jari hantu), jari manis dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan.




Kedudukan buku atau kertas yang betul semasa menulis





Sumber / Kredit: 

Terima Kasih

4 comments:

  1. kat mana boleh beli apparatus pegang pensil tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca di entri ini - http://cikguhijau.blogspot.com/2014/02/alat-genggaman-pensel-pencil-grip-device.html

      Delete
  2. pm saya klu sesiapa berminat utk dptkan pencil grip tool

    ReplyDelete
  3. Saya nak beli pencil grip

    ReplyDelete