9 Orang Dijangkiti COVID19 Selepas Makan Di Sebuah Restoran Di Guangzhou, China

Hari ini 4 Mei 2020 bermula fasa PKP Bersyarat (PKPB) susulan kejayaan Malaysia melandaikan lengkuk jangkitan COVID19. Antara kelonggaran yang diberikan kerajaan adalah pembukaan semula semua sektor ekonomi di mana rakyat dibenarkan makan di restoran, kedai, warung dan seumpamanya. Secara peribadi saya agak berbelah bahagi, tidak yakin dan 'takut' walaupun terdetik di hati ingin bebas keluar selepas 46 hari 'berkurung' di rumah.

Kegusaran saya dan mungkin ramai lagi netizen adalah berasas. Buktinya, terdapat satu kajian di negara China [BACA DI SINI] menunjukkan 9 orang mendapat jangkitan COVID19 selepas makan tengah hari di sebuah restoran di Guangzhou, China.

Artikel kajian di EID Journal oleh 10 Penyelidik CDC & Prevention, Guangzhou, China

Jangkitan tersebut bermula daripada seorang pelanggan (A1), tidak bergejala yang makan bersama dengan 4 lagi ahli keluarga di meja A (famili A2-A5) kemudian merebak kepada 3 orang pelanggan di meja B (famili B1-B3) dan seterusnya 2 lagi pelangan yang lain di meja C (famili C1-C2).

Diagram tempat duduk 10 orang pelanggan iaitu A1-A5, B1-B3 dan C1-C2
sejajar di bawah penyaman udara restoran
Virus dikatakan tersebar melalui titisan air / droplet pelanggan A1 yang ditiup melalui ventilator penyaman udara. Restoran tersebut merupakan restoran 5 tingkat dan tidak mempunyai tingkap. Jarak antara meja makan adalah kira-kira 1 meter. Pada ketika itu terdapat seramai 83 pelanggan makan tengah hari di situ di tingkat 3 restoran.



Kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa jangkitan COVID19 yang menjangkiti 9 orang pelanggan itu disebabkan oleh penyebaran titisan air/droplet pelanggan A1 yang ditiupkan dan dialirkan melalui udara mengikut arah aliran ventilasi penyaman udara.

Walau apa pun, semoga rakyat Malaysia sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Kuasa dan kita semua akan bebas daripada ancaman COVID19. Bersamalah #kitajagakita.

Sumber & bacaan lanjut:
1. https://wwwnc.cdc.gov/eid/article/26/7/20-0764_article
2. https://www.businessinsider.my/how-restaurant-air-conditioning-gave-nine-people-covid-china-2020-4#.Xq185xnO1Yp.twitter

Azhar Ali Mengaku Tidak Terima Biasiswa NASA - Ditipu Scammer atau Gila Glamer?

Alahai, baru semalam saya 'tweet' Azhar Ali ucap tahniah dan hari ini dapat tahu kejayan dia dapat tajaan biasiswa NASA adalah tidak benar.


Pagi tadi Azhar Ali telah membuat penafian tentang berita tersebut melalui akuan Twitter Saturn@theotherazharal. Dia terangkan secara panjang lebar tapi kesimpulannya katanya dia kena 'scam' atau ditipu oleh 'scammer'. Katanya dia terus kongsi berita kejayaan tersebut kerana sangat teruja tanpa membuat sebarang semakan tentang kesahihannya.


Setakat jam 3 petang Sabtu 2 Mei 2020, status perkongsian kejayaan Azhar Ali mendapat tajaan biasiswa NASA tersebut menjadi 'trending' dan dikongsi lebih 26,000 pengguna twitter. Ia juga mendapat liputan media-media utama malah mendapat perhatian Perdana Menteri, Menteri KPT dan juga Menteri MOSTI. 
Trending di Twitter - Azhar & NASA

Pengajaran buat semua orang terutamanya pihak media, orang-orang berpengaruh (politikus) dan paling penting DIRI SENDIRI untuk semak dahulu KESAHIHAN sesuatu perkara sebelum dikongsikan.

Walau bagaimana pun, warga twitter membuat dua kemungkinan:
1. Azhar Ali ditipu 'scammer'
2. Azhar Ali adalah penipu


Sumber & bacaan lanjut:
  1. https://says.com/my/news/m-sian-guy-azhar-ali-claims-nasa-nus-is-giving-him-a-scholarship-but-things-aren-t-adding-up
  2. https://www.thevocket.com/status-biasiswa-nasa-meragukan-azhar-ali-akhirnya-mengaku-ia-hanya-rekaan/
  3. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/574067/azhar-akui-ditipu-tak-dapat-biasiswa-nasa

Manusia Paling Popular - Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (SINAR HARIAN)

Akhbar Sinar Harian pada 5 April menamakan YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah antara manusia yang paling popular di Malaysia ketika ini. Di negara China, China Global TV Network (CGTN) pula telah mengiktiraf Dr Noor Hisham antara doktor terbaik di dunia dalam menangani krisis COVID-19. Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield dalam perang menentang Coronavirus.

Immersive Reader | Alat Pembelajaran Percuma Untuk Murid Disleksia

Immersive Reader merupakan alat pembelajaran daripada Microsoft Learning Tools yang boleh digunakan secara PERCUMA. Teknologi Immersive Reader dibangunkan oleh Microsoft khusus untuk individu yang bermasalah Disleksia bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan memudahkan pembelajaran bahasa. Immersive Reader berfungsi menggunakan suara (voice) yang membaca kuat (read aloud) teks. 

Siapa kanak-kanak Disleksia? Anda boleh baca di SINI.

Tool Immersive Reader menggunakan platform Microsoft OneNote

Dengan menggunakan Immersive Reader, perkataan boleh dicerakinkan/dibatangkan kepada bunyi suku kata,  ubah saiz teks, jarakkan baris ayat dan perkataan, pilih jenis font dan ubah warna latar teks supaya lebih senang dibaca. 

Immersive Reader juga ada fungsi narrow reading di mana kita boleh memilih untuk membaca teks dalam satu baris, tiga baris, lima baris atau secara keseluruhan teks.





Fungsi Immersive Reader
Read Aloud
Voice/Reading speed
Syllables
Text spacing
Kamus Bergambar (Picture dictionary)
Alih Bahasa (Translate)
Decoding text

Platform Immersive Reader
OneNote (Desktop/ Online)
Word (Desktop/ Online)
Outlook (Desktop/ Online)
Powerpoint
Edge
Teams
Office Lens


Sumber:
  1. MICROSOFT: https://www.microsoft.com/en-us/education/products/learning-tools
  2. MICROSOFT EDUCATION: https://educationblog.microsoft.com/en-us/2017/08/learning-tools-word-desktop-immersive-reader-update/

WHO Menjawab Dakwaan Tidak Benar (Mitos) Tentang COVID19

Cikgu Hijau muncul kembali setelah agak lama menyepikan diri.

Bersempena dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu akibat wabak pandemik COVID19, rakyat Malaysia banyak meluangkan masa berada di rumah termasuklah saya sendiri. Pasti kita banyak menerima info, maklumat dan berita yang dikongsi oleh orang-orang sekeliling kita. Banyak info dan berita yang diterima terus dikongsi secara membuta tuli sedangkan hakikatnya ia TIDAK BENAR dan TIDAK MASUK AKAL sama sekali.

Di sini saya kongsikan 14 Mitos COVID19 dan dakwaan tidak benar tersebut dijawab oleh pihak WHO (World Health Organization). WHO merupakan agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia sejak penubuhannya pada 7 April 1948.

















Secara ringkasnya:
  1. Coronavirus boleh merebak ke semua kawasan termasuk kawasan yang beriklim panas dan lembap.
  2. Cuaca sejuk dan bersajli tidak mampu membunuh Coronavirus.
  3. Mandi air panas tidak melindungi diri daripada jangkitan Coronavirus.
  4. Coronavirus tidak berjangkit melalui gigitan nyamuk.
  5. Pengering rambut (hair dryer), pengering tangan (hand dryer), radiasi lampu UV, bawang putih, mencuci hidung dengan air garam (saline) tidak mampu membunuh Coronavirus.
  6. Semburan clorine/alkohol ke seluruh badan tidak mampu membunuh Coronavirus yang telah berada dalam tubuh.
  7. Belum ada vaksin atau ubat untuk COVID19 setakat ini.
  8. Semua orang berisiko terhadap jangkitan Coronavirus.

"The best way to protect yourself against COVID-19 is by frequently cleaning your hands with alcohol-based hand rub or washing them with soap and water. By doing this you eliminate viruses that may be on your hands and avoid infection that could occur by then touching your eyes, mouth, and nose."

Sumber:
1. WHO: https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public/myth-busters
2. HARIAN METRO: https://www.hmetro.com.my/covid19antara-mitos-1-bm

Buku Bacaan Berperingkat Terbitan Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas KPM 2014

Salam semua.

Buku bacaan berperingkat yang diterbitkan oleh Unit Pemulihan Khas pada tahun 2014 ini terdiri daripada dua siri iaitu siri 1 dan siri 2. Setiap siri mempunyai 10 buah buku bacaan yang berlainan tajuk dan diolah secara berperingkat bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas. 

Buku ini dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berasaskan konsep bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid.


Siri 1
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Memuatkan kemahiran 5 – 15.
- Suku kata berwarna.
- Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.


Siri 2
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Bermula kemahiran 16 - 32.
- Suku kata tidak berwarna.


Buku Bacaan Siri 1: Buku 1 - Sara dan Sani

Buku Bacaan Siri 2: Buku 10 - Kerja Amal


Untuk muat turun Buku Bacaan Siri 1 dan Buku Bacaan Siri 2, boleh ke pautan berikut:

SAYEMBARA PENULISAN: KISAH INSPIRASI BERTERAS NILAI BPI-DBP KPM 2019

Kepada yang berminat, info ringkas adalah seperti berikut:

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) 2019

Saya kongsikan info grafik tentang PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) yang terkini berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang KPM.

Oh PBPPP!




Rujukan:

  1. https://eprestasi.moe.gov.my/manual.html
  2. https://www.moe.gov.my/index.php/pemberitahuan/pengumuman/5199-penilaian-bersepadu-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-pbppp-bil-2-2019
  3. Surat Arahan Pelaksanaan PBPPP 2019


PERTANDINGAN MENULIS ESEI "LET'S WRITE! BE CREATIVE WITH ENGLISH" SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2019

Pertandingan menulis esei Bahasa Inggeris "LET'S WRITE! BE CREATIVE WITH ENGLISH" sempena Sambutan Hari Guru 2019 yang julung kali diadakan pada tahun ini terbuka kepada guru, pensyarah dan pegawai KPM.

Tarikh tutup adalah pada 10 Jun 2019 dengan tema " Mutual respect, love and happiness within teaching and learning environmet".

Selamat mencuba!


Kenyataan media kpm


Pelaksanaan Kursus i-THINK Secara Luar Talian (KiLT) Di Semua Sekolah Sehingga 31 Disember 2017

Berdasarkan Surat siaran bagi pelaksanaan Kursus i-THINK Secara Luar Talian (KiLT) yang telah diedarkan kepada semua JPN pada 31 Oktober 2017 yang lalu, Kursus i-THINK perlu diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember 2017.

Surat siaran pelaksanaan KiLT 2017

Kursus i-THINK Luar Talian (KiLT) diberi sebagai pilihan kepada guru-guru yang menghadapi masalah mengakses kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) sebelum ini. Manakala guru-guru yang telah berjaya menamatkan KiDT tidak perlu lagi membuat KiLT.

Guru boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di halaman utama ini di http://mygfl.moe.gov.my/web/guest

Aplikasi KiLT ini disediakan bagi memudahkan guru dan pentadbir yang menghadapi masalah mengakses Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) dan mengurangkan kebergantungan kepada talian internet. 

Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh disebarkan kepada pengguna lain.

Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. 

Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 - 3 jam sehari).

Pengguna diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.

Sumber:

Kenaikan Pangkat Guru (PPP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Bagi Januari-Jun 2018

Iklan urusan kenaikan pangkat guru (PPP) lantikan Januari-Jun 2010  di peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM):

Buka: 4 Disember 2017 
Tutup10 Januari 2018 (Jam 11.59 malam)

(Alhamdulillah, saya dilantik pada Januari 2010 dan genap 8 tahun perkhidmatan pada Januari 2018, perjalanan panjang DG41-DG44, moga-moga dipermudahkanNYA)
 



PENTING

Pegawai (GURU) yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan e-Pangkat yang DIBUKA BERMULA 04 DISEMBER 2017.

Semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas beserta ULASAN DIPERAKU/TIDAK DIPERAKU WAJIB diisi dalam ePangkat semasa perakuan dibuat (MANDATORI) KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:
  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG); 
  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan; 
  3. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan; 
  4. Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan; 
  5. Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Sebab Atau Tanpa Kelulusan/Kebenaran Ketua Jabatan dan tindakan potongan emolumen yang telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 ; dan 
  6. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.
Sumber:

Pembentangan Bajet 2018

Topik paling hangat minggu ini!
Bajet 2018!



YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2018 pada petang esok, 27 Oktober 2017, Jumaat di Parlimen.


Teks Ucapan 
Teks Ucapan Bajet 2018 dan Laporan Ekonomi 2017/2018 boleh dimuat turun pada 27 Oktober 2017 sebaik sahaja sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan ucapan di Laman Rasmi Bajet 2018.
  • Ringkasan Teks Ucapan (Touchpoints Bajet 2018)
  • Lampiran Cukai

Siaran Langsung (Audio/ Video streaming)
- stesen-stesen televisyen seperti RTM, Astro, TV Alhijrah dan Bernama
- webcasting melalui Laman Khas Bajet 2018, di http://www.treasury.gov.my (MOF Stream)
- radio Nasional FM, Traxxx FM, Ai FM, Minnal FM
- akses pautan laman web Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan:

Sumber: