Cara dan Latihan Memegang Pensel Bagi Kanak-Kanak atau Murid Pada Peringkat Permulaan Tulisan Mekanis




Latihan menulis peringkat permulaan untuk kanak-kanak atau murid hendaklah menggunakan pensel atau krayon. 

Terdapat beberapa cara dan latihan untuk mengajar kanak-kanak atau murid memegang pensel dengan betul. 



CARA #1

1. Murid diminta mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukan setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.



3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.


CARA #2






CARA #3

Cara memegang alat tulis yang betul adalah seperti berikut:

Pegang alat tulis antara ibu jari (2) dan jari penunjuk (3) menghala ke hulung alat tulis, dengan meletakkan alat tulis di atas jari tengah (1) (ada orang menyebut jari hantu), jari manis dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan.




Kedudukan buku atau kertas yang betul semasa menulis





Sumber / Kredit: 

Pelancaran Buku Teks Digital



Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan buku teks digital bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelancaran Buku Teks Digital KPM telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya. Ketika pelancaran, terdapat 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman 1BestariNet.net. Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.

"Kementerian telah pun memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan pengenalan diri (ID) yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid," - Menteri Pendidikan II

Buku teks digital dilancarkan oleh YB Dato' Idris Jusoh di Crystal Crown,
Petaling Jaya, Selangor


Menurut Menteri Pendidikan II, penggunaan buku teks digital yang mengandungi teks dan grafik itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di semua sekolah bermula tahun ini. Pengenalan buku teks digital itu juga merupakan salah satu proses pembangunan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara untuk mencapai tahap yang baik di peringkat dunia.

Bahagian Buku Teks KPM merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang. Butiran ringkas mengenai transformasi buku teks adalah seperti berikut:

Transformasi Buku Teks 

Baca lagi:
  1. Buku teks digital dilancar - Utusan Online
  2. Buku teks digital dilancar - Kosmo!

Semakan Status Ujian Kompetensi ICT

Semua guru dan pentadbir sekolah sudah boleh menyemak keputusan Ujian Kompetensi ICT yang dijalankan pada tahun lepas. 



Saya baru sahaja menyemaknya dan keputusannya....Alhamdulillah.




Untuk menyemak keputusan ujian, anda boleh ke URL berikut:






Selamat menyemak!

Guru denda murid seperti Lembu kerana tidak menyiapkan 'homework' ditukarkan ke sekolah lain

Tahun baru 2014 belum mencecah sebulan, para guru dikejutkan dengan isu guru Bahasa Inggeris di SJKC  Khai Meng, Sungkai, Perak yang mendenda 2 orang murid yang tidak menyiapkan kerja rumah (homework). Murid tersebut dirotan kemudian digantungkan loceng dan diugut makan rumput. Selepas itu kedua-dua murid tersebut diejek kawan-kawannya sebagai LEMBU

Hal tersebut menjadi kecoh selepas ibu bapa kepada murid tersebut membuat laporan polis dan kisahnya mendapat tempat di Buletin Utama TV3.

Sebagai hukuman, guru itu menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd Izat Iqbal Mohd Harith masing-masing, 10, serta memaksa mereka memakan rumput manakala dua lagi murid tidak didenda dan difahamkan mereka tidak sihat serta mempunyai surat doktor - Berita Harian

Seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput, Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain - mStar Online

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah.




Hasil siasatan oleh pihak Jabatan Pendidikan Perak dan PPD yang terlibat, KPM telah mengeluarkan arahan supaya guru tersebut ditukarkan ke sekolah lain dan diberikan surat amaran.

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Pelajaran

Selepas Ketua Pengarah Pelajaran membuat kenyataan akhbar, timbul pula isu lain.

Isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Benarkah begitu?


Baca lagi:
  1. Kecewa guru denda anak macam lembu
  2. Murid dihukum jadi lembu
  3. http://www.youtube.com/Guru denda pelajar seperti lembu
  4. Guru denda murid makan rumput elak ditemui pemberita
  5. Denda murid ibarat lembu, Perkasa desak guru dipecat