Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Semua Sekolah Ditutup Bermula 9 November 2020 & Dibuka Semula Pada 20 Januari 2021

Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin baharu sahaja mengumumkan penutupan semua sekolah bermula esok, Isnin, 9 November 2020 semasa sesi sidang media di TV1 dan Astro Awani pada jam 11.30 pagi tadi.



Antara info penting:

  1. Sekolah ditutup tetapi 'home based learning' / PDPR diteruskan hingga 18/12 2020. 
  2. Guru perlu menjalankan PDPR dan berada di stesen bertugas masing-masing.
  3. Penggal persekolahan akan bermula 20/1/2021 bagi sekolah rendah secara bersemuka.
  4. Sekolah menengah juga sama 20/1/2021 kecuali murid tingkatan 2&3 akan 'home based learning' hingga 8/3/2021.
  5. SPM, SVM, STAM ditunda ke 22/2/2021.
  6. STPM ditunda ke 8/3/2021.
  7. Pelaksanaan pentaksiran kemasukan ke sekolah khusus (PKSK) tingkatan 1 dan tingkatan 4 ditangguhkan.
  8. Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) untuk pelajar matrikulasi ditangguhkan.
  9. Program Matrikulasi akan kembali ke pusat pengajian pada 4 Januari 2021.
  10. Pelajar IPG kembali semula ke IPG pada 17 Januari 2021.


Sumber:


NUTP Gesa Penilaian Semula Pindaan Takwim Persekolahan 2020 Dibuat

NUTP iaitu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia yang mewakili suara guru menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penilaian semula terhadap pindaan takwim persekolahan 2020 yang tular media sosial semalam.

Aminuddin Awang selaku Presiden NUTP menyatakan bahawa beliau mengetahui tentang pindaan tersebut melalui media sosial selepas ia tular. Beliau berpendapat keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang dengan pihak NUTP terlebih dahulu.

Sememangnya saya sendiri agak terkejut memandngkan sebelum ini Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa takwim persekolahan sedia ada tidak akan berubah sehingga akhir tahun.

"Kita hanya mendapat berita sama seperti guru lain, apabila ia tular di media sosial dan kenyataan dikeluarkan KPM. Ini adalah suatu yang mengejutkan kita. Kita kesal kerana kita tidak dibawa berbincang. Sekiranya kita dibawa berbincang, kita akan dapat memberikan pandangan dari sudut guru-guru di peringkat bawah," - Aminuddin Awang, Presiden NUTP

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Takwim sekolah tahun ini kekal.

Ramai guru meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di media sosial terhadap perubahan takwim persekolahan yang berlaku yang dianggap sebagai 'u-turn' kali kedua selepas pembukaan semula prasekolah diumumkan. Ada dalam kalangan guru telah membuat tempahan tiket kapal terbang untuk pulang  ke kampung sempena cuti pertengahan penggal 2 yang juga sempena perayaan Hari Raya Korban jika mengikut takwim asal. Cuti pertengahan penggal 2 merupakan saat dan peluang ditunggu-tunggu setelah lebih 3 bulan terhalang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bertemu mata dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Semoga ada cahaya yang kembali menyinar buat semua warga guru.










Sumber rujukan:

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020

Hari ini KPM mengedarkan kenyataan media berhubung dengan pindaan takwim penggal persekolahan tahun 2020. Buat masa ini, para guru seeloknya tidak merancang sebarang agenda seperti percutian yang melibatkan pembelian tiket atau seumpamanya kerana perubahan akan berlaku tanpa kita duga.

Antara perubahan penting:
1. Cuti pertengahan penggal 2 menjadi 5 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan berganjak ke hujung bulan 8 (20-24 Ogos/ Khamis-Isnin).
2. Cuti akhir tahun dipendekkan dari 41/42 hari menjadi 13/14 hari (18 - 31 Disember).


Kenyataan Media KPM_1

Kenyataan Media KPM_2

Takwim kumpulan A - negeri berhujung minggu hari Jumaat

Takwim kumpulan B - negeri berhujung minggu hari Sabtu

Pindaan tarikh cuti sempena perayaan

Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala?

Tidak, kerana;

Saya Yang Menjalankan Amanah!


Sumber rujukan:
1. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-pindaan-takwim-penggal-persekolahan-tahun-2020

Kemudahan Cuti Kuarantin Bagi Denggi & 5 Penyakit Lain Untuk Penjawat Awam


Kemudahan Cuti Kuarantin adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2017.

KELAYAKAN
Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. Anak hendaklah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun, sekiranya anak adalah OKU - tiada had umur.

Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah. Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes.

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria

(Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa)