BONUS Penjawat Awam 2014 (Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014)

BONUS Setengah Bulan Gaji? Alhamdulillah...

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2014 bagi pembayaran Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 @ BONUS. Kadar bayaran Bonus tahun 2014 adalah SETENGAH BULAN GAJI atau 0.5 X Gaji pokok bulan Disember 2014. Pembayaran akan dibuat pada 22 JANUARI 2015.










Kepada sesiapa yang memerlukan surat pekeliling di atas, anda bolehlah muat turun pekeliling tersebut melalui pautan di bawah:

Pekeliling Pembayaran Bonus 2014


Luahan Hati Seorang Guru Jadual Waktu


ASc Timetables

Luahan perasaan seorang guru jadual waktu sekolah.

Nampaknya saya belum boleh meletakkan jawatan sebagai guru jadual waktu lagi tahun ini. Tugas ini bermula dari tahun 2010 sehinggalah  tahun 2015 bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Saya berharap ini kali yang terakhir.... InsyaAllah.

Bukan apa, saya mula berasa jemu dan hilang 'mood' untuk mengadap perisian Asc Timetables dan menyudahkan kerja-kerja yang sewaktu dengannya yang perlu dilakukan pada waktu cuti hujung tahun, tinggal berbaki 3 minggu beberapa hari sahaja lagi. 

'Kejemuan' makin parah apabila jadual waktu yang telah kita siapkan menerima komen-komen negatif dan ketidakpuasan hati daripada rakan-rakan guru.

Salah satunya adalah seperti dibawah:

Komen guru yang mungkin tidak pernah menjadi guru jadual waktu

Setiap guru memang 'mengidamkan' jadual waktu yang 'cantik', 'best', 'cun', 'terbaik' dan seumpamanya. Pengalaman saya, walaupaun Asc Timetables secara automatik menjana jadual waktu setelah saya key-in semua data yang diperlukan, namun saya masih perlu murnikan dan tambahbaik secara manual jadual tersebut supaya semua guru mendapat jadual waktu yang tidak 'melelahkan' atau kurang 'melelahkan'.

Penjanaan jadual waktu terpaksa dibuat berulang-ulang kali. Sesungguhnya proses itu memenatkan dan meletihkan akal dan minda.

Apabila kita ubah jadual waktu seorang guru untuk menjadikan ia lebih baik, perubahan tersebut memberi kesan kepada guru lain pula kerana terpaksa menerima 'hasil buangan sisa' yang tidak disukai guru lain.

Luahan hati guru jadual waktu

Apapun, saya perlu 'hadap' juga benda ini dan sudahkannya walau sejuta kali hati saya mengatakan 'benci' dan tidak sudi.

Siapa lagi kalau bukan saya?

SYMP.


Garis Panduan Untuk Guru Pemulihan Khas LINUS

KPM telah mengedarkan surat siaran tentang garis panduan perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS melalui Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2014: Garis Panduan Perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS bertarikh 28 Februari 2014. 

Kepada guru-guru Pemulihan Khas LINUS yang telah dilantik dan baru dilantik dan belum membaca surat siaran tersebut, anda boleh muat turunnya melalui link di bawah;



Ia berkaitan dengan perjawatan, pelantikan, urusan penempatan di sekolah, bayaran gaji, cuti, LNPT, APC, pertukaran dan perpindahan, persaraan sama ada perkara-perkara tersebut dibawah bidang kuasa PPD atau bidang kuasa sekolah.

Siapa Guru Pemulihan Khas LINUS?

Surat Siaran Bil. 6 Tahun 2014

Latarbelakang

Definisi istilah

Standard Operating Procedure

Penempatan/Pelantikan guru
Bidang tugas PPD - SEKOLAH


Logo Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Salam Pandu Puteri!

Untuk pengetahuan guru-guru pemimpin Pandu Puteri di sekolah, ahli-ahli Pandu Puteri dan juga sesiapa sahaja yang ingin menggunakan logo Pandu Puteri, sama ada untuk cetakan pada sijil, fail, cenderamata, t'shirt dan sebagainya, pastikan anda menggunakan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang betul seperti berikut:




Penggunaan logo yang salah untuk acara/aktiviti rasmi melibatkan Pandu Puteri masih berlaku. Ini mungkin kerana reka bentuknya yang sama. Tambahan pula ramai dalam kalangan kita yang hanya merujuk Mr. Google tanpa merujuk kepada yang berautoriti dalam perkara ini iaitu pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 


Penggunaan Logo Rasmi PPPM yang betul


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PPPM, anda bolehlah berkunjung ke laman web rasmi PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Kepada yang berminat, anda boleh juga mendaftar secara atas talian (online) sebagai Sukarelawan dan juga Sahabat Pandu Puteri.

Website Rasmi PPPM



Takwim Sekolah 2015, Cuti Sekolah 2015, Cuti Umum Persekutuan & Negeri 2015, Kalendar 2015

Walaupun cuti sekolah masih panjang dan masih berbaki satu bulan, sebagai guru kita perlu membuat persediaan dan persiapan awal sebelum menyambung tugas semula pada tahun 2015. Sambil bercuti bersama keluarga tercinta, sambil kita  'study' takwim sekolah 2015 sebagai persediaan dalam menyediakan RPT. Untuk tahun 2015, bilangan minggu masih sama seperti tahun 2014 iaitu 42 minggu.

Kumpulan A

Kumpulan B


Dan yang paling penting untuk ibu bapa dan pelajar ingat ialah tarikh mula bersekolah tahun depan, (he he he). Bolehlah rancang bila nak mula beli pakaian seragam sekolah dan kelengkapan yang perlu sebelum sekolah bermula. Guru pun perlu ambil maklum juga walaupun guru sebenarnya lebih awal lagi perlu ke sekolah. Kebiasaannya guru-guru 2 minggu sebelum sekolah buka sudah "terpacak" di sekolah untuk bermesyuarat, kursus dalaman, kemas dan hias kelas dan yang sewaktu dengannya.


Tarikh sekolah buka

Dan juga ada beberapa kalendar 2015 yang boleh dijadikan rujukan, terutamanya bila nak bercuti lagi ...(Penting!).

Malaysia + Singapura

Malaysia sahaja
Terbaik! Kalendar dengan cuti panjang bersambung dengan cuti hujung minggu/cuti umum

Motivasi dalaman ni....

Ok, jumpa lagi!


Gambar Aktiviti Sepanjang Kem Serlah Minda Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Rasa agak lama juga saya tidak mengemaskini Blog Cikgu Hijau, entri terakhir pada bulan Oktober 2014 selepas balik daripada Kem Tekali, Hulu Langat, Selangor setelah berkampung di sana hampir seminggu.

Kali ini saya ingin kongsikan gambar-gambar aktiviti sepanjang berlangsungnya Kem Serlah Minda Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan 2014.


HARI PERTAMA

Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali

Pendaftaran Kontinjen

Sebelum check-in, mesti ambil cadar dan selimut dulu

Macam nak pergi "oversea" seminggu lagaknya.

Dewan Makan yang selesa dan luas









HARI KEDUA

Penilaian Numerasi (IKAM) dikendalikan oleh Jurulatih Utama

Penilaian Literasi (IPP2M) dikendalikan oleh Jurulatih Utama


HARI KETIGA

Malam Kebudayaan

Pertandingan tarian

Hebat!

Aktiviti Didik Hibur

Aktiviti Didik Hibur

Aktiviti Didik Hibur





HARI KEEMPAT

Penilaian - Ujian Post

Persembahan oleh Naib Johan pertandingan tarian Malam Kebudayaan

Majlis Penutupan Rasmi

Persembahan oleh Johan pertandingan tarian Malam Kebudayaan


Peserta terbaik lelaki/perempuan

Lawatan ke Putrajaya

Cruise Tasik

Kem Serlah Minda Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan 2014

Saya terlibat sebagai AJK Dokumentasi yang menerbitkan Buletin Pagi


Kem Serlah Minda Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan 2014 telah diadakan pada 24-28 September 2014 di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Selangor. Kem Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Saya telah dilantik sebagai AJK Dokumentasi & Buku Program bagi kem ini. Ia satu pengalaman baru bagi saya kerana saya belum pernah menyertai sebarang program atau aktiviti yang melibatkan program Pemulihan Khas.


Latar Belakang Program

Kem Serlah Minda Pemulihan Khas merupakan siri program tahunan. Ia telah diadakan pertama kalinya di negeri Melaka pada tahun 2008, tahun 2009 di negeri Johor, 2011 di Pahang dan tahun 2012 di negeri Kedah. Kem ini tidak dapat dilaksanakan bagi tahun 2010 dan 2013 atas sebab –sebab tertentu. Program ini bermatlamat memberi peluang kepada murid-murid Pemulihan Khas menonjolkan potensi diri mereka dalam aktiviti berbentuk gabungan kokurikulum dan kurikulum. Tahun 2014 Kem Serlah Minda akan dilaksanakan di negeri Selangor.

Pada tahun ini, 2014, kem ini merupakan siri ke-5 di mana negeri Selangor terpilih menjadi tuan rumah.


Objektif Program

  • Membuka peluang kepada murid Pemulihan Khas mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa, mengira dan pengurusan diri murid.
  • Memupuk kemahiran belajar kepada murid-murid Pemulihan Khas melibatkan persekitaran luar bilik darjah atau alam sekitar. 
  • Merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid-murid Pemulihan Khas dengan murid-murid di aliran perdana.
  • Mempraktikkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid Pemulihan Khas.
  • Mencungkil bakat dan memberi peluang murid-murid Pemulihan Khas membina keyakinan diri untuk bersaing di samping pembentukan sahsiah dan nilai-nilai yang positif.
  • Meningkatkan jati diri murid-murid Pemulihan Khas sebagai individu yang suka membantu dan boleh berdikari.
  • Menjalinkan integrasi antara murid-murid Pemulihan Khas yang datang dari seluruh Malaysia.
  • Menerapkan nilai murni di kalangan murid-murid Pemulihan Khas terutamanya sifat berani, bekerjasama, berdisplin dan bertolak ansur.
  • Mempertingkatkan kemahiran diri murid-murid Pemulihan Khas dalam melakukan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).
  • Memberi peluang kepada murid-murid Pemulihan Khas bergiat aktif dan merasai diri mereka dihargai.
  • Mendedahkan murid-murid Pemulihan Khas kepada persekitaran yang baru.

Tag nama AJK
Cenderamata kepada setiap kontinjen peserta


Senarai Semak Ciri-Ciri, Kelakuan Dan Simptom Disleksia

Salam semua.

Saya kongsikan ciri dan kelakuan pengidap disleksia yang diperolehi daripada website http://www.dyslexia.com/library/symptoms.htm (maaf kerana artikel dalam Bahasa Inggeris tetapi saya cuba terjemahkan sebahagiannya).

Artikel ini boleh membantu guru supaya lebih memahami disleksia kerana ia menyenaraikan ciri-ciri dan kelakuan pengidap disleksia dengan lebih terperinci.




Most dyslexics will exhibit about 10 of the following traits and behaviors. These characteristics can vary from day-to-day or minute-to-minute. The most consistent thing about dyslexics is their inconsistency. 

[Kebanyakan pengidap Disleksia  menunjukkan kira-kira 10 ciri-ciri berikut. Ciri-ciri tersebut boleh berbeza dari semasa ke semasa].

1. General (Umum)
  1. Appears bright, highly intelligent, and articulate but unable to read, write, or spell at grade level. (Kelihatan cerdik dan bijak tetapi tidak berupaya membaca, menulis, mengeja pada level usianya)
  2. Labelled lazy, dumb, careless, immature, "not trying hard enough," or "behavior problem." (Dilabel pemalas, bodoh, cuai, tidak matang, tidak cukup berusaha, masalah tingkahlaku)
  3. High in IQ, yet may not test well academically; tests well orally, but not written. (IQ tinggi tetapi prestasi akademik rendah, kemahiran lisan lebih baik berbanding penulisan)
  4. Feels dumb; has poor self-esteem; hides or covers up weaknesses with ingenious compensatory strategies; easily frustrated and emotional about school reading or testing. (Merasa bodoh, rendah diri)
  5. Talented in art, drama, music, sports, mechanics, story-telling, sales, business, designing, building, or engineering. (Berbakat dalam bidang seni, sukan, mekanikal, bercerita, jualan, merekacipta)
  6. Seems to "Zone out" or daydream often; gets lost easily or loses track of time. (Selalu berangan atau berkhayal)
  7. Difficulty sustaining attention; seems "hyper" or "daydreamer."
  8. Learns best through hands-on experience, demonstrations, experimentation, observation, and visual aids. (Cepat belajar melalui praktikal, eksperimen, pemerhatian, dengan bantuan visual)

2. Vision, Reading, and Spelling

  • Complains of dizziness, headaches or stomach aches while reading.
  • Confused by letters, numbers, words, sequences, or verbal explanations.
  • Reading or writing shows repetitions, additions, transpositions, omissions, substitutions, and reversals in letters, numbers and/or words.
  • Complains of feeling or seeing non-existent movement while reading, writing, or copying.
  • Seems to have difficulty with vision, yet eye exams don't reveal a problem.
  • Extremely keen sighted and observant, or lacks depth perception and peripheral vision.
  • Reads and rereads with little comprehension.
  • Spells phonetically and inconsistently.

3. Hearing and Speech

  • Has extended hearing; hears things not said or apparent to others; easily distracted by sounds.
  • Difficulty putting thoughts into words; speaks in halting phrases; leaves sentences incomplete; stutters under stress; mispronounces long words, or transposes phrases, words, and syllables when speaking.

4. Writing and Motor Skills

  • Trouble with writing or copying; pencil grip is unusual; handwriting varies or is illegible.
  • Clumsy, uncoordinated, poor at ball or team sports; difficulties with fine and/or gross motor skills and tasks; prone to motion-sickness.
  • Can be ambidextrous, and often confuses left/right, over/under.

5. Math and Time Management

  • Has difficulty telling time, managing time, learning sequenced information or tasks, or being on time.
  • Computing math shows dependence on finger counting and other tricks; knows answers, but can't do it on paper.
  • Can count, but has difficulty counting objects and dealing with money.
  • Can do arithmetic, but fails word problems; cannot grasp algebra or higher math.

6. Memory and Cognition

  • Excellent long-term memory for experiences, locations, and faces.
  • Poor memory for sequences, facts and information that has not been experienced.
  • Thinks primarily with images and feeling, not sounds or words (little internal dialogue).

7. Behavior, Health, Development and Personality

  • Extremely disorderly or compulsively orderly.
  • Can be class clown, trouble-maker, or too quiet.
  • Had unusually early or late developmental stages (talking, crawling, walking, tying shoes).
  • Prone to ear infections; sensitive to foods, additives, and chemical products.
  • Can be an extra deep or light sleeper; bedwetting beyond appropriate age.
  • Unusually high or low tolerance for pain.
  • Strong sense of justice; emotionally sensitive; strives for perfection.
  • Mistakes and symptoms increase dramatically with confusion, time pressure, emotional stress, or poor health.

Sumber rujukan (cite as):
  1. Davis, R.D. (1992). 37 Common Characteristics of Dyslexia. Retrieved August 14, 2014 from Davis Dyslexia Association International, Dyslexia the Gift Web site: http://www.dyslexia.com/library/symptoms.htm

Kaedah Multisensori Sebagai Intervensi (Rawatan) Murid dan Kanak-Kanak Disleksia



















Disleksia terdapat dalam pelbagai variasi dan berbagai jenis. Sesetengah kanak-kanak disleksia sukar mengingat sesuatu perkara, sebaliknya ada pula yang ingatannya sangat baik. Ada yang mempunyai kemampuan Matematik yang baik, sebaliknya pula ada yang lemah. 

Mereka ini memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru atau ibu bapa untuk membantu kanak-kanak disleksia. 

Antaranya ialah menggunakan Kaedah multisensoriKaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria

Kaedah pelbagai deria juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagi:

V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan )
T - tactile (sentuhan)

Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.


Deria sentuh/rasa


Kaedah Multisensori (VAKT)

Kaedah multisensori untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensori untuk rawatan disleksia.

Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensori iaitu:
  1. kesedaran fonologi 
  2. gabungan bunyi dan simbol 
  3. pembinaan suku kata 
  4. morfologi 
  5. sintaksis 
  6. semantik

Kaedah multisensori semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan. 


Kaedah Multisensori, Philomena Ott (1997) 
  • Murid melihat perkataan menggunakan mata.
  • Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut.
  • Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut.
  • Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.
  • Aktiviti ini perlu diulang sehingga menjadi tabiat.


Kaedah Multisensori Fernald, Coterall (1970)

  • Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai. 
  • Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru. 
  • Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru. 
  • Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat. 
  • Murid melipat kertas tersebut. 
  • Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori. 
  • Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis. 
  • Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.

Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensori ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensori lebih berkesan daripada kaedah fonetik.

Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan. 

Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini.  


Sumber/Rujukan:
  1. Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
  2. Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties: Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.
  3. Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems: Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.
  4. http://anuarsped.blogspot.com/


Faktor-Faktor Penyebab Disleksia


Catatan ini saya perolehi daripada buku di atas.

Keturunan

Masalah disleksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak disleksia. Hal ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 kes pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.

Bagi pendapat John Bradford (1999) pula, simptom disleksia juga terdapat pada keluarga yang mempunyai anggota kidal. Menurut beliau, ibu bapa yang disleksia tidak secara automatik menurunkan gangguan ini kepada anak-anak atau anak kidal yang dikenal pasti disleksia.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika, 80% daripada kesemua subjek yang dikaji mempunyai latar belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60% memiliki anggota kidal.


Pemakanan

Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian, dan penemuan, terdapat beberapa unsur penyedap makanan, bahan awet dan pewarna tiruan yang dipercayai serta dikenal pasti boleh mengganggu otak jika diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama. Gangguan terhadap otak ini terjadi bukan melalui reaksi imunologi, tetapi kesan bahan pencemar atau racun yang terkandung dalam bahan-bahan makanan. Antaranya adalah Salicylates, tartazine (zat pewarna makanan), nitrat, monosodium glutamate (MSG), antioksidan, ragi, laktosa, benzoate dan seumpamanya.


Bawaan (Congenital)

Masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak dilahirkan. Dalam tempoh lima tahun pertama selepas dilahirkan, seseorang kanak-kanak yang sering mengalami selsema dan jangkitan kuman pada bahagian tenggorok, boleh mempengaruhi pendengaran dan perkembangannya dari semasa ke semasa hingga boleh menyebabkan kecacatan. Keadaan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan intensif yang terperinci daripada doktor pakar.

Masalah pendengaran yang dihadapi sejak dilahirkan akan menyebabkan otak yang sedang berkembang akan sukar menghubungkan bunyi atau suara yang didengar dengan huruf atau kata yang dilihatnya. Padahal, perkembangan pendengaran berkait rapat dengan perkembangan kemampuan bahasa yang akhirnya menimbulkan masalah jangka panjang, terutama jika disleksia ini tidak ditangani dengan segera khususnya daripada doktor pakar.


Perkembangan Otak

Disleksia berlaku secara berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Berlaku kecelaruan dalam dua hemisfera cerebral untuk menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisfera kiri yang menguasai bacaan. Oleh sebab hemisfera ini lemah, maka terjadilah keterbalikan huruf dan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia.





Lain-lain:
  • Komplikasi otak
  • Gangguan pesepsi penglihatan
  • Trauma semasa kecil
  • Kelahiran pramatang
  • kekurangan zat makanan
  • Jangkitan kuman ketika ibu hamil
  • Gangguan emosi


Sumber rujukan:
  1. Zainal Kassan, Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan Disleksia. Puchong : Penerbit Multimedia.