Apakah Program Pemulihan Khas?

Catatan Nota

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.


Definisi Program Pemulihan Khas

Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )

“ Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.”
(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain - 1977)

“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”. (Panduan Am KBSR - 1982)

“Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR”.


Murid Pemulihan Khas

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )

Rasional

PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid antara 25-30 orang sahaja.

PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.

Kumpulan Sasaran

Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.

1) Masalah pembelajaran akibat :
    a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
    b) sering tidak hadir ke sekolah
    c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
    d) leka dan lambat

2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
    a) masalah peribadi
    b) masalah psikologi
    c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan)

 
Buku Panduan GPK


Apakah Cabaran dan Nasib Guru Pemulihan Khas?

Berikut adalah sedutan sepucuk surat oleh seorang guru Pemulihan Khas yang beliau layangkan kepada pihak KPM dan JPN bagi mendapatkan kepastian tentang permasalahan yang dihadapi. Di sini saya hanya ingin berkongsi tentang cabaran, hala tuju dan juga mungkin nasib yang sedang dihadapi oleh para GPK pada masa kini dan masa hadapan. 

Renung-renungkan...

Saya ingin mendapatkan kepastian tentang beberapa perkara yang melibatkan bidang kerja saya sebagai guru pemullihan khas. Untuk makluman pihak tuan, saya ditempatkan di sekolah ini bermula pada Julai 2007. Saya merupakan Guru Pemulihan Khas KPLI (Mode KDC) Ambilan November 2007.

Berikut adalah perkara-perkara yang sentiasa menjadi pertanyaan dan kekeliruan bagi diri saya diri dan pihak pentadbir. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan atau kalau boleh berserta dengan perkeliling tentang perkara-perkara ini.

1.     Saya telah diberikan amanah menjadi guru Bahasa Malaysia tahun 1 selama 2 tahun (bermula thn 2010 dan thn 2011), guru Matematik tahun 3 (2008), Guru Bahasa Malaysia tahun 3 (2009)
   
      Persoalannya:
  • Bolehkah Guru Pemulihan Khas mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1 (12 waktu) dan dalam masa yang      sama mengajar pemulihan Bahasa Malaysia dan Matematik bagi kelas tahun 3 dan tahun 4?
  • Kalau murid yang masih dalam kategori LINUS tegar, siapakah yang dapat ‘membantu’ saya meringankan tugas saya sebagai guru Bahasa Malaysia tahun 1, sedangkan saya juga guru pemulihan?
  • Sebagai guru Bahasa Malaysia tahun 1, saya terikat dengan silibus LINUS dan KSSR, PLBS, PKJR, Ujian Bulanan dan Semester yang menuntut saya untuk membuat banyak persiapan dan kerja tambahan kerana semua maklumat murid perlu direkodkan, justeru bukankah perkara ini amat membebankan kerja saya sebagai guru pemulihan?
  •       Ada masanya saya terpaksa kerja lebih masa pada waktu petang untuk mengemas kini fail murid-murid kerana sibuk dengan kerja lain, justeru adakah ini memang satu kelaziman bagi guru pemulihan khas

2.     Kelas bimbingan Waktu Petang 
      Saya juga terlibat dengan kelas bimbingan untuk murid tahun 1. Seperti sebelum ini, saya turut terlibat dengan kelas bimbingan Tahun 3, Tahun 4 Dan Tahun 6.

  • Bolehkah guru pemulihan terlibat dengan kelas bimbingan pada waktu petang sedangkan ada masanya saya perlu untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan menyemak fail murid pemulihan?
  • Wajibkah guru pemulihan mengikuti kelas bimbingan?


3.     Tugas tambahan

Jika merujuk kepada garis panduan guru pemulihan khas edisi 2008, KP/JPK(BPP)2M/009Jld.1 (44) bertarikh 28 Disember 2007, Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar Guru PemulihanKhas tidak dibebani dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas (seperti Pengerusi Buku Teks, Pengerusi RMT, Setiausaha Sukan). Namun di sekolah situasinya adalah berlalinan. Antara tugas tambahan saya ialah:

·         Setiausaha Kokurikulum
·         Setiausaha Panatia Bahasa Malaysia
·         Setiausaha Mesyuarat Staf
·         Penyelaras Stor Sukan
·         Juruacara Setiap Majlis
·         AJK Buku Program (Setiap Aktiviti)


4.  Guru pengganti (merujuk kepada GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat Siaran KPM KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)].
Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai guru ganti / mengajar sebahagian mata pelajaran di kelas biasa adalah tidak dibenarkan.

a.     Sepanjang 3 tahun di sini, saya sentiasa menjadi kambing hitam.
b.    Setiap kali ada guru yang berkursus, saya ialah orang pertama yang akan menggantikan semua jadual waktu guru tersebut. Selama mana guru itu berkursus, selama itulah saya diminta untuk menutup kelas pemulihan dan menggantikan guru itu mengajar di kelas biasa.
c.     Pernah satu ketika saya menggantikan guru Bahasa Malaysia tahun 6 kursus selama 2 bulan dan dalam masa yang sama mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. Kelas Pemulihan diminta tutup. Saya kesian dengan murid-murid Pemulihan, prestasi makin merosot sekiranya diabaikan.
d.    Pada tahun lepas (2010) dan tahun sebelumnya (2009) saya telah diminta untuk menggantikan guru Pra sekolah yang berkursus 2-3 minggu. Saya betul-betul tertekan kerana sekali lagi terpaksa menutup kelas pemulihan khas. Malah pada masa cuti sekolah saya dipaksa untuk menggantikan Guru Prasekolah yang bercuti semata-mata untuk mengikuti Kursus Guru Prasekolah.
e.     Baru-baru ini awal Feb 2011, guru pra mengambil CRK, jadi sekali lagi saya ‘sit in’ kelas Prasekolah dan cikgu lain yang menggantikan saya sit in masa kelas Bahasa Malaysia Tahun 1 saya. Saya betul-betul saya sedih sedangkan semangat saya untuk mengajar Tahun 1 yang masih lagi baru kenal ABC berkobar-kobar dengan andaian saya cuba sedaya untuk mengurangkan kadar murid LINUS untuk saringan 1 bulan mac 2011. Acap kali guru prasekolah CRK, Berkursus dan taklimat saya terpaksa MENUTUP KELAS PEMULIHAN. Alasan pentadbir, orang yang pertama mengganti ketiadaan Guru Prasekolah ialah GURU PEMULIHAN KHAS.
f.     Saya tersepit di tengah-tengah. Pemulihan Khas bidang saya dan sangat penting, LINUS pun penting, UPSR pun penting dan prasekolah????
g.    Mungkin tuan hairan kenapa saya diberi tugas mengajar tahun 1 dan tahun 6 serentak (Tahun 2010) seolah-olah tiada guru lain yang lebih layak menjadi guru pengganti. Tetapi inilah konflik yang saya hadapi atas alasan pihak pentadbir bahawa mereka percaya dengan kemampuan saya.
h.     Namun, mereka tidak sedar bahawa mereka “menambahkan beban” dan “tekanan” kerja yang saya hadapi.
i.      Cara penyelesaian mereka ialah meminta saya menutup kelas pemulihan, jadi kelas pemulihan xdapat dilaksanakan. Tetapi atas rasa tanggungjawab, selepas kelas tambahan sebelah petang saya terpaksa membuat kelas pemulihan pada waktu malam untuk back up murid-murid pemulihan agar tidak terus tercicir.
j.      Jadi sampai bila saya terus dijadikan macam “bola”? Terpaksa ditendang ke ulu ke hilir. Memang logik juga kenapa guru yang paling ramai masuk ke pusat sakit jiwa kalau situasi macam ini berlanjutan!!


5.    Saya bukan jenis yang terlalu berkira, tetapi apa yang amat menyedihkan pihak pentadbir sendiri seolah-olah mempergunakan kemahiran yang ada pada diri saya untuk mencapai misi dan visi mereka kerana mereka mahukan UPSR cemerlang dan LINUS 100% dan begitu juga dengan KELAS PEMULIHAN.

6.   Sasaran terhadap pencapaian murid itu yang sentiasa nak dicapai, tetapi saya guru yang paling banyak “menanggung keperitan dalam senyap”.

7.     Justeru, saya berharap ada pihak seperti KPM dan JPN yang sudi memberikan maklum balas hitam putih terhadap permasalahan seperti ini kerana ramai di sekolah-sekolah lain juga guru pemulihan menghadapi masalah yang sama. PROGRAM PEMULIHAN DAN PROGRAM LINUS dipantau terus di bawah kementerian, tetapi adakah kedua-dua program ini diletakkan 100% di bawah guru pemulihan? Dasar kerajaan sebenarnya sangat “cantik” tetapi pelaksanaan di peringkat sekolah yang tidak secantik dan seindah yang kita dengar.

Contoh Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas dengan LINUS Tegar

Salam sejahtera.

Beberapa contoh jadual waktu kelas Pemulihan Khas.

Model 1:

Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3 melebihi 30 orang


Murid
Bahasa Melayu
Matematik
Jumlah Waktu Seminggu
Guru
Catatan
Tahun 1
Murid LINUS Tegar (tidak menguasai konstrak 1&2)
12
7
19
Guru Pemulihan Khas (Tambahan)
atau
Guru LINUS
Murid
Maksima 15 orang
Tahun 2
Murid Pemulihan Khas
10
7
17
Guru Pemulihan Khas
Murid maksimum 15 orang
Tahun 3
Murid Pemulihan Khas
10
7
17
Guru Pemulihan Khas
Murid maksimum 15 orang














Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS Tahun 1, hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas (tambahan sekiranya ada ) atau Guru LINUS (Bahasa Melayu & Matematik). Guru Pemulihan Khas tambahan dikehendaki membantu guru Pemulihan Khas mengajar tahun 2 dan 3 ( 15 waktu)


Model 2:

Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3 antara 16 hingga 30 orang

Tahun
Murid
Bahasa Melayu
Matematik
Jumlah Waktu Seminggu
Guru
Catatan
Tahun 1
Murid LINUS Tegar(tidak menguasai konstrak 1&2)
5
5
10
Guru Pemulihan Khas atau
Guru LINUS
Murid 4 -5 orang
Tahun 2
Murid Pemulihan Khas
7
5
12
Guru Pemulihan Khas
Murid maksimum 15 orang
Tahun 3
Murid Pemulihan Khas
7
5
12
Guru Pemulihan Khas
Murid maksimum 15 orang

Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS tahun 1, hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas , 10 waktu seminggu. Baki waktu pengajaran hendaklah diajar oleh guru LINUS (BM / Matematik). Kaedah ‘gabung kelas’ antara murid Pemulihan Khas / murid LINUS Tegar boleh dijalankan (maksimum 15 orang murid)


Model 3:

Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3 kurang 15 orang

Tahun
Murid
Bahasa Melayu
Matematik
Jumlah Waktu Seminggu
Guru
Catatan
Tahun 1
Murid LINUS Tegar(tidak menguasai konstrak 1&2)
12
7
19
Guru Pemulihan Khas
Murid 4 -5 orang
Tahun 2 dan 3
Murid Pemulihan Khas
8
7
15
Guru Pemulihan Khas
Murid maksimum 15 orang

Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS tahun 1, hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas. Kaedah ‘gabung kelas’ antara murid pemulihan / murid LINUS boleh dijalankan (maksimum 15 orang murid) 

Model 4:

Program Pemulihan Khas di SJKC dan SJKT (Guru Melayu sebagai Guru Pemulihan Khas)

Tahun
Murid
Bahasa Melayu
Matematik
Jumlah Waktu Seminggu
Guru
Catatan
Tahun 1
Murid LINUS Tegar( tidak menguasai konstrak 1&2)
12
Diajar oleh Guru LINUS
12
Guru Pemulihan Khas
Murid 4 -5 orang
Tahun 2
Murid Pemulihan Khas
11
Diajar oleh guru matematik
11
Guru Pemulihan Khas
Murid maksimum 15 orang
Tahun 3
Murid Pemulihan Khas
11
Diajar oleh guru Matematik
11
Guru Pemulihan Khas
Murid maksimum 15 orang

Mata pelajaran Bahasa Melayu untuk LINUS Tegar hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas dan mata pelajaran Matematik akan diajar oleh Guru LINUS (Matematik). Kaedah gabung kelas juga boleh dilaksanakan.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Logo SBPA







MAKLUMAN SBPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

p/s: Maklumat lanjut klik di sini