Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts
Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts

CUEPACS minta kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari 2014 dikaji semula secara menyeluruh

Kadar baharu tarif elektrik Januari 2014



Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman menggesa kadar kenaikan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan dikaji semula. Beliau berpendapat kajian secara menyeluruh perlu dilakukan demi kebajikan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Berdasarkan laporan BERNAMA

Subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Walau bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Anda dinasihatkan untuk sila semak bil elektrik di rumah anda untuk tahu jumlah penggunaan. Kalau lebih, cadangan seperti dibawah....

Bil elektrik lama
Bil elektrik terkini
Baca lagi...

Bonus @ imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi 2013 akan dibayar pada 2 Januari 2014

Alhamdulillah. Berita gembira untuk semua penjawat awam. JPA sudah pun mengeluarkan pekeliling berkenaan dengan pembayaran BONUS bagi tahun 2013.





Bonus atau imbuhan tahunan akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 2 Januari 2014 berdasarkan SETENGAH BULAN GAJI pada GAJI POKOK bagi bulan DISEMBER 2013 atau minimum RM500.

Contoh:

             Gaji Pokok pada bulan Disember 2013 = RM3000.00

             Bonus  = RM3000.00 X 0.5 = RM1500.00


Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional seperti guru dan sebagainya.

Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.


MUAT TURUN: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 37 TAHUN 2013



Add caption




Kenyataan penyelarasan kadar elaun baru COLA, Perumahan dan ITKA untuk penjawat awam adalah tidak benar - Ketua Pengarah JPA

Berita yang tersebar luas berkaitan dengan penyelarasan dan kenaikan elaun COLA, Perumahan, ITKA , Subsidi Bahan Mentah (SBM) telah dinafikan kebenarannya oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal melalui akaun Facebook beliau.






Mesej WhatsApp yang tersebar luas

Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012
Lebih 1.1 juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah Rancangan Transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini. 
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di Malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama. 
Menurutnya perjumpaan bersama CUEPACS dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014. 
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan CUEPACS mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun COLA diselaraskan RM 500 samarata. 
Selain itu, kerajaan masih mengekalkan elaun ITKA, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150. 
Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM, ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.

Harap maklum.

Sumber:
https://www.facebook.com/mohamadzabidi.zainal/posts/160199190857127
http://www.beritaterkini.my/kenaikan-elaun-naik-2014-penjawat-awam

Bajet 2014 | Bonus Setengah Bulan Gaji untuk Kakitangan Awam dan Bantuan Khas Kewangan RM250 untuk Pesara

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH yang memberikan rezeki. Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia di atas pengumuman kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500. 



Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.

Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. 


Petikan sumber:

  1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bajet2014_Kakitanganawamterimabonussetengahbulangaji_minimumRM500-Najib/Article/index_html
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131025/dn_41/Bajet-2014-Bonus-setengah-bulan-gaji-untuk-penjawat-awam

Bantuan RM500 Kepada Penjawat Awam Sempena Sambutan Aidilfitri 2013

CUEPACS melaporkan melalui blognya, cuepacs.blogspot.com ....

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. 





Kerajaan Negeri Selangor pula mengumumkan bonus sebulan gaji kepada kakitangan mereka. Apapun, bersyukurlah atas rezeki pemberian Allah.

Bonus 1 bulan gaji?


Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta.



Kakitangan Awam Naik Gaji 1 Julai 2013

Hari ini akhbar Berita Harian melaporkan 1.3 juta kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. Kenaikan satu tangga gaji dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182, 434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

Kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1.5 bilion.


Contoh pengiraan 

Kes 1Gred J48
Gaji 1 Januari 2013 : RM 5000.00
KGT : RM 270.00
TPG : 1 April

Jumlah Gaji Tahun 2013 tanpa kenaikan Julai :
Gaji 1 April 2013 = RM 5270.00
Gaji 1 Julai 2013 = RM 5270.00
Gaji 1 Disember 2013 = RM 5270.00

Jumlah gaji 2013 = (Januari - Mac) + (April - Disember)
= (5000 x 3) + (5270 x 9)
= 15000 + 47430
= RM 62,430.00

Jumlah Gaji Tahun 2013 dengan kenaikan Julai :
Gaji 1 April 2013 = RM 5270.00
Gaji 1 Julai 2013 = RM 5540.00
Gaji 1 Disember 2013 = RM 5540.00

Jumlah gaji 2013 = (Januari - Mac) + (April - Jun) + (Julai - Disember)
= (5000 x 3) + (5270 x 3) + (5540 x 6)
= 15000 + 15810 + 33240
= RM 64, 050.00

Pertambahan Gaji = 64050 - 62430 = RM 1,620.00

Kes 2 : Gred J48
Gaji 1 Januari 2013 : RM 5000.00
KGT : RM 270.00
TPG : 1 Oktober

Jumlah Gaji Tahun 2013 tanpa kenaikan Julai :
Gaji 1 Julai 2013 = RM 5000.00
Gaji 1 Oktober 2013 = RM 5270.00
Gaji 1 Disember 2013 = RM 5270.00

Jumlah gaji 2013 = (Januari - September) + (Oktober- Disember)
= (5000 x 9) + (5270 x 3)
= 45000 + 15810
= RM 60,810.00

Jumlah Gaji Tahun 2013 dengan kenaikan Julai :
Gaji 1 Julai 2013 = RM 5270.00
Gaji 1 Oktober 2013 = RM 5540.00
Gaji 1 Disember 2013 = RM 5540.00

Jumlah gaji 2013 = (Januari - Jun) + (Julai - September) + (Oktober - Disember)
= (5000 x 6) + (5270 x 3) + (5540 x 3)
= 30000 + 15810 + 16620
= RM 62,430.00

Pertambahan Gaji = 62430 - 60810 = RM 1,620.00




Sumber :
Blog Cikgu Rahman

Peluang Pekerjaan di Sektor Awam Dijangka Akan Berkurangan Pada tahun 2013


Impak pelaksanaan opsyen persaraan pada umur 6o tahun.

PENGAMBILAN PENJAWAT AWAM DIJANGKA KURANG TAHUN DEPAN - PENGERUSI SPA

PUTRAJAYA, Dis 8 (Bernama) - Pengambilan penjawat awam dijangka berkurangan pada tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam pada Sabtu.

Secara purata, beliau berkata SPA menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

"Pada tahun ini dan tahun depan, ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun, maka pengambilan sudah berkurang."

"Namun, selepas tahun depan, apabila ramai yang bersara pada usia 60 tahun, jumlah pengambilan akan bertambah sekurang-kurangnya 10 peratus. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 penjawat awam akan diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Sektor Awam di Pejabat SPA di sini.

Mahmood berkata seminar yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk membantu calon yang memohon pekerjaan dengan SPA agar melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran skil pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan peratusan kebolehdapatan pekerjaan di sektor awam.
 
Bernama 8/12/2012

Sekadar hiasan

Keperluan 7 Hari Berkursus dan Kaedah Pengiraan Hari Berkursus Bagi Penjawat Awam

Semua penjawat awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun. Keperluan 7 hari berkursus setahun ini termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 - Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. 

Entri ini sebenarnya ada perkaitan dengan entri tentang eSPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru yang  saya tulis sebelum ini.


Kenapa perlu berkursus?
Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

sekadar hiasan

7 hari setahun? Bagaimana pengiraannya?

Ada 3 kaedah atau cara:

1. Latihan - kursus, seminar, konvensyen, bengkel, forum, simposium, kolokium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar, klinik kaunseling.
6 jam berterusan = 1 hari berkursus 
(tidak terhad tetapi terpakai bagi kursus jangka pendek tidak melebihi 3 bulan sahaja).
2. Sesi pembelajaran - Executive Talk, perhimpunan bulanan anjuran jabatan, sesi perkongsian ilmu, menyampaikan ceramah dan sebaginya.
6 jam terkumpul = 1 hari berkursus 
(maksima 5 hari/30 jam terkumpul setahun)
3. Pembelajaran kendiri - pembacaan buku atau bahan ilmiah
1 pembentangan = 1 hari berkursus 
(maksima 3 hari setahun)

Kaedah pembacaan buku (Book Review)
  • Sekiranya tidak memenuhi keperluan 7 hari berkursus dalam setahun (maksudnya tak cukup 7 hari atau 42 jam)
  • Bilangan buku bergantung kepada bilangan hari kursus yang diperlukan bagi mencukupkan 7 hari.
  • Melibatkan pembentangan dan penulisan sinopsis buku yang dibaca. 
  • Pembentangan mengambil masa antara 10 - 15 minit.
  • Pembentangan boleh dilakukan semasa mesyuarat, perhimpunan bulanan yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan atau orang yang lebih kekanan pangkatnya.
  • Pembentangan melibatkan sesi soal-jawab.

[DOWNLOAD] Garis Panduan eSPLG atau Sistem Pengurusan Latihan Guru


Sistem Pengurusan Latihan Guru atau eSPLG merupakan sistem aplikasi secara atas talian (on-line) yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dihadiri oleh warga guru. 

Sebelum ini, para guru menggunakan kad kecil yang berwarna biru untuk merekod latihan seperti kursus, bengkel, taklimat, seminar, konvensyen, forum, simposium, lawatan sambil belajar atau lawatan rasmi yang dihadiri sama ada yang diadakan di luar sekolah atau di dalam sekolah. Kad pelaporan ini perlu diisi secara manual. Kad pelaporan ini kecil, maka guru-guru selalunya akan terpaksa membuat salinan terlebih dahulu sebelum mengisinya sebagai persediaan awal mengelak "liquid" digunakan.




Kenapa eSPLG penting? 
SPLG dibangunkan bagi mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dilaksanakan di peringkat pelaksana di samping merekod kursus-kursus, sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri yang dihadiri oleh guru-guru melalui modul Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan modul ‘Book Review’ (BR).

Bila mula guna eSPLG? 

Merujuk kepada surat siaran KPM bertarikh 10 Julai 2012 -
PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG)
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 3/2011 pada 15 November 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa sistem pengurusan latihan guru iaitu Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) sahaja digunakan untuk mengumpul maklumat tentang kursus dan latihan guru.

Surat Siaran ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi makluman mengenai pelaksanaan penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) kepada semua Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu sistem yang menguruskan semua pentadbiran kursus dan latihan dalam perkhidmatan bagi semua guru dan warga pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia.

Apa yang perlu guru lakukan?
  1. Mendaftar eSPLG di alamat URL berikut http://apps1.moe.gov.my/splg/
  2. Pilih Modul Individu, kemudian klik pada ikon Modul Individu. Anda akan dibawa ke capaian baru untuk pendaftaran iaitu http://apps1.moe.gov.my/splg/i_SPLG/index.cfm
  3. Login menggunakan nombor Kad Pengenalan tanpa ada tanda sempang (-). Kata laluan adalah 4 digit terakhir nombor K/P anda. Selepas berjaya login, kata laluan boleh ditukar kepada yang baru dengan memilih menu tukar kata laluan.
  4. Kemaskini eProfil - pilih profil 1
  5. Daftar kehadiran kursus luar (KKL) iaitu kursus yang dihadiri di luar sekolah seperti di PPD, JPN.
  6. Daftar Book Review (BR) jika keperluan 7 hari kursus setahun tidak mencukupi.
  7. Semak dan cetak pelaporan.

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh muat turun bahan-bahan berikut di Folder eSPLG atau di Portal rasmi eSPLG.
  1. Garis panduan SPLG
  2. Modul Individu eSPLG
  3. Modul eProfil
  4. Pelaksanaan kaedah latihan pembacaan buku (Book Review)
  5. Kaedah pengiraan hari berkursus
  6. Nota tentang eSPLG dalam bentuk slaid powerpoint

[DOWNLOAD] Pekeliling Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua Tahun 2012 (Bonus)

Sila baca dengan senyuman!

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan bilangan 2/2012 yang berkaitan dengan pembayaran bonus bagi tahun 2012 seperti yang telah diwar-warkan semasa pembentangan bajet 2013 yang lalu.















Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua tahun 2012  
Klik di bawah untuk muat turun surat pekeliling









Bajet 2013 : Bonus SATU SETENGAH BULAN GAJI untuk Penjawat Awam

  ISI PENTING BAJET 2013

  1. Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji (1.5 X). Dibayar 3X - Raya 2012 yang sudah dibayar, Disember 2012 (setengah bln) dan Januari 2013 (setengah bln).
  2. Diskaun 20% ke atas pinjaman pelajaran PPTN bagi peminjam yang melangsaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun bermula bulan Oktober 2012 sehingga 30 September 2013. Diskaun 10% setahun bagi yang membayar hutang secara konsisten bermula 1 Oktober 2012.
  3. Rebat RM200 secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G utk belia 21-30 tahun berpendapatan RM3000 dan ke bawah.
  4. Diskaun 50% tambang komuter KTMB utk semua warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 dan kebawah sebulan.
  5. Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah akan diteruskan.
  6. Bantuan Bauchar buku akan diberikan dan ditingkatkan dari RM200 kepada RM250
  7. Pemberian BR1M 2.0 akan dilaksanakan. Kriteria yang sama dan sebagai tambahan, BR1M 2.0 ini turut diperluaskan kepada individu bujang bagi yang bergaji kurang dari RM2000 dan akan menerima bantuan RM250. Bagi yang telah mendaftar tidak perlu lagi berbuat demikian. 
  8. Pelepasan cukai RM6000 untuk ibubapa bagi pendidikan tinggi anak-anak .
  9. Sebanyak 38.7 bilion diperuntukan kpd KPM utk peruntukan mengurus dan pembangunan. Tambahan 500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru bagi subjek-subjek teras spt BM, MT, BI dan Sains melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills.
  10. Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 bilion akan dikendalikan oleh SME Bank
  11. Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta utk pembiayaan modal kerja PKS yg usahakan pengeluaran produk halal.
  12. Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan beri pinjaman RM25,000 bg “licensee” & RM500,000 kpd “licensor” dlm usaha memodenkan perniagaan penjaja & peniaga kecil.
  13. Pengecualian cukai 1) pengecualian cukai pendapatan 100% utk 10 tahun; 2) pengecualian cukai pegangan; 3) pengecualian duti setem.
  14. Pengurangan Cukai Pendapatan individu. Penurunan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM2500 - RM50,000.
  15. Pengecualian cukai pendapatan bg tempoh 10 tahun kpd syarikat berstatus TRX (Tun Razak Exchange).
  16. SC akan perkenalkan Graduate Representative Program dgn kerjasama sektor swasta bg melatih graduan memenuhi keperluan industri.
  17. Utk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota.
  18. Geran RM10,000 kpd persatuan penduduk berdaftar utk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan & mempertingkatkan peranan rukun negara.
  19. Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan.
  20. Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan kepada RM150/5 tahun dan RM80/2 tahun untuk warga emas dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
  21. Skim PerlindunganTakaful Padi dibawah 10 hektar.
  22. Subsidi gula dikurangkan 20 sen per kg. (Harga gula naik lagi?)
  23. Peruntukan utk Bajet 2013 ialah RM251.6 bilion. Perbelanjaan Mengurus ialah RM201.9 bilion & Peruntukan Pembangunan ialah RM49.7 bilion.

Bonus Raya Tahun 2012 Untuk Penjawat Awam: Setengah Bulan Gaji

 
Seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan akan mendapat DUIT RAYA pada 9.8.2012 ini. Berita ini paling ditunggu-tunggu  rasanya...

Perdana Menteri semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini.

PM berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. 

ALHAMDULILLAH....REZEKI... Tapi tak boleh beraya sakan  jugak. Duit bonus tu akan pergi melayang kepada syarikat insuran kereta bulan 9 nanti.... hu hu hu. Nampaknya belum rezeki lagilah dapat melaram dengan Samsung Galaxy Tab/Galaxy S3/Galaxy Note.