Showing posts with label Pemulihan Khas. Show all posts
Showing posts with label Pemulihan Khas. Show all posts

[KP28] Kemahiran Membaca Perkataan, Frasa & Ayat Melibatkan Perkataan 3 Suku Kata KV+KVKK+KVK | Video PDP & Latihan LIVEWORKSHEEETS

Salam semua,

Bahan pembelajaran kemahiran membaca perkataan 3 suku kata ini terdiri daripada:

1. Video Pengajaran & Pembelajaran

  • Pautan (Youtube): https://youtu.be/lt8zn2MUUSg
  • membaca 6 perkataan, contohnya seperti belangkas, gelongsor dan perangkap.
  • membaca 4 frasa, contohnya seperti telur belangkas, papan gelongsor dan perangkap tikus.
  • membaca 3 ayat sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

 


2. Latihan Secara Dalam Talian (online) 

  • latihan - memadankan gambar dengan perkataan dan frasa yang betul.
  • latihan - memilih perkataan dan frasa yang betul berdasarkan gambar.





Kisah Inspirasi #2: Daripada Murid Disleksia Dilabel Lembap Kini Bergelar Doktor (PhD)

Salam semua.

Kisah seorang murid yang dahulunya dilabel lembap dan murid bermasalah tetapi akhirnya berjaya menggenggam ijazah kedoktoran (Doktor Falsafah, PhD).

Kisah yang cukup memberikan inspirasi dan teladan kepada saya kali ini adalah tentang kisah yang dikongsikan oleh Ts. Dr. Mohd Farizul di akaun Facebook beliau.

Kisah Inspirasi_disleksia_Cikgu Hijau


************************************************************

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai "BUDAK DYSLEXIA". Telah lama rakan-rakan di Sekolah Rendah dulu minta saya kongsi tips bagaimana saya daripada seorang "BUDAK DYSLEXIA" boleh siapkan PhD…

Selalunya yang dyslexic (gelaran untuk yang budak dyslexia) ini seseorang yang sukar mengenal huruf atau numbers, apatah nak membaca dan yang obvious mereka menulis beberapa huruf secara terbalik. 

Contoh mudah, tulis b dan d. u jadi n, q tertukar dengan p. Maka, masyarakat yang tidak tahu seringkali melihat anak-anak ini sebagai yang tidak cemerlang a.k.a lembab dalam belajar kerana “ketidakcerdikan” mereka dalam membaca, mengira dan menulis. 

Sebak…!

Pengalaman saya sebagai "BUDAK DYSLEXIA" berlaku di Sekolah Rendah sahaja…
Sekolah Rendah saya dulu di SRK Undang, Terengganu, tidak ada apa menarik tentang saya ketika di Sekolah Rendah seorang budak yang tidak boleh membaca daripada Darjah 1 hingga ke Darjah 5 memang tak ada cikgu pandang dan digolongkan dikalangan pelajar bermasalah/lembab.
 
Saya YAKIN tak ada siapa tahu tentang "BUDAK DYSLEXIA" symptoms seperti saya nyatakan diatas pada tahun 80an. Cikgu pada masa itu, hanya melabelkan sebagai budak lembab.

Mengimbau zaman sekolah rendah, saya akui saya tidak menyukainya! saya BENCI.. BENCI dan BENCI ke sekolah. 

Saya jugak dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bermula darjah 1, 2,3, 4 dan darjah 5. Setiap kali peperiksaan keputusan amat mengecewakan, lagi teruk Cikgu suruh pergi ke kanan saya ke kiri… Cikgu suruh ke kiri saya ke kanan… itu pun saya confuse... itu lah "BUDAK DYSLEXIA".

Tapi saya bersyukur Mak dan Ayah saya tidak pernah melabelkan saya sebagai lembab atau bermasalah mereka tidak pernah membandingkan saya dengan adik-adik saya yang lain.. walaupun ternyata adik saya lebih pandai daripada saya.

Dipendekkan cerita.. Walaupun ramai Cikgu melabelkan saya sebagai pelajar lembab/bermasalah ada seorang cikgu ini melayan jer karenah saya iaitu Cikgu Ruslan. Ketika saya Darjah 4 ada suatu hari Kelas Bahasa Melayu Cikgu Ruslan meminta kami menulis karangan tentang cuti sekolah yang lepas, tentulah sekali saya tak mampu menulis. Tapi saya buat-buat pandai menulis dengan yakinnya. 

Cikgu Ruslan meminta beberapa orang pelajar membaca karangan mereka, tiba-tiba nama saya dipanggil juga dengan penuh yakin ke saya hadapan kelas. Saya pandang pada buku dan baca karangan saya, sebenarnya saya bercerita apa yang ada dalam kepala saya dan susun ayat-ayat dengan rapi itu kelebihan "BUDAK DYSLEXIA" kami mempunyai DAYA IMAGINASI yang sangat tinggi selain itu, apa yang saya perasan kelebihan saya adalah petah bercakap dan suara lebih lantang daripada orang lain. 

Cikgu Ruslan memuji BAGUS!. Alahamdulilah Cikgu Ruslan tak mintak buku saya kalau tak memang malu, saya sendiri tak tahu apa yang saya tulis. Sebenarnya Cikgu Roslan ingin memberi keyakinan kepada saya. Semenjak hari itu, saya sangat teruja setiap kali sesi Kelas BM.

Saya lalui proses itu sehinggalah ke Darjah 5. Pada saya di Darjah 5 ada seorang Cikgu Practical saya dah lupa namanya, dia banyak mengajar saya macam mana nak bagi Huruf dan No tak terbalik… pertama dia mintak saya focus setiap kali saya menulis dan setiap kali terbalik dia mintak saya turus baiki dan dalam masa yang sama dia didik saya supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Alhamdulilah Darjah 6 saya dah boleh membaca walaupun merangkak - merangkak. 

Ketika Darjah 6, masing-masing sibuk dengan persiapan UPSR tapi saya masih main-main kerana Cikgu tak bagi tumpuan pun pada saya dan tak ramai cikgu tahu saya dah boleh membaca.

Hinggalah pada suatu hari, saya angkat tangan bila Cikgu Samsudin minta pelajar membaca karangan dalam buku teks… kebanyakan pelajar terutama sekali perempuan yang selalu pandang sinis kepada saya terbeliak mata mereka bila saya angkat tangan secara sukarela untuk membaca teks tersebut tanpa paksa… saya membaca walaupun merangkak haa… saya semakin YAKIN… Cikgu Samsudin dah mula bagi tumpuan dan memberi sokongan yang positif setiap hasil kerja yang saya lakukan.

Sampailah masa exam UPSR dan result saya tak seberapa… tapi pada saat itu saya berazam untuk jadi pelajar terbaik, jadi perhatian dan berguna untuk orang dikeliling saya.

Masuk ke Alam Sekolah Menengah saya nekad tidak mahu peristiwa yang dilebalkan “BUDAK LEMBAB” biarlah kisah di Sekolah Rendah jadi satu sejarah. Dengan RESULT UPSR tak berapa Cemerlang saya ditempatkan dikelas hujung pada Tingkatan 1. 

Alamdulilah pada tahun pertama di Sekolah Menengah saya diantara TOP Students daripada kelas bawah tahun berikutnya saya berada antara Kelas-Kelas terbaik. PMR dan SPM saya memperolehi KEPUTUSAN CEMERLANG… dan merupakan antara pelajar yang AKTIF dalam Sukan, Pidato, Debat dan lain-lain.
 
Berada di Universiti ramai rakan-rakan di SRK Undang sudah lupa siapa saya dulu iaitu sorang "BUDAK DYSLEXIA" …

Ramai yang sangkakan saya merupakan pelajar CEMERLANG daripada Sekolah Rendah… Alahamdulilah sekarang saya telah berjaya menggenggam segulung PhD.
 
Terima Kasih kepada Allah SWT, MAK dan AYAH saya, GURU-GURU saya di SRK Undang dan Rakan-Rakan yang banyak membantu… tanpa mereka mungkin saya tidak seperti hari ini.

INI NASIHAT SAYA (BUDAK DYSLEXIA) kepada ibu,bapa yang mempunyai anak DYSLEXIA agar tidak fikir anak itu bodoh atau lemba mahupun OKU, anda perlu mengesan bakat dan kebolehan yang ada pada anak itu dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka... 

kepada GURU-GURU jika anda mempunyai pelajar seperti ini bimbing mereka, jangan sesekali sisihkan mereka dan mereka juga perlu didiagnos seawal mungkin supaya mereka tidak dibiarkan terus hidup dalam keadaan yang bermasalah. 

Mereka perlu mendapat pendekatan pembelajaran yang sesuai tidak sama dengan pelajar-pelajar lain. PERCAYALAH! BUDAK DYSLEXIA mempunyai kelebihan tersendiri terutama sekali DAYA PEMIKIRAN KREATIF dan DAYA IMAGINASI YANG TINGGI dengan itu mereka dengan mudah boleh berfikir diluar KOTAK.

Terima Kasih.

Ts. Dr. Mohd Farizul

***************************

Saya sebagai guru Pemulihan Khas yang terlibat secara langsung dan berhadapan hampir setiap hari dengan murid-murid sebegini yang sering dilabel dengan perkataan yang tidak sepatutnya sama ada oleh guru, ibu bapa, rakan-rakan sebaya dan juga masyarakat sekeliling, secara jujur merasa sedih dan sangat terkilan seolah-olah murid-murid ini tiada hati dan perasaan untuk dijaga.

Saya percaya semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini tidak dilahirkan dengan tujuan yang sia-sia kerana Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Hidup bukanlah litar perlumbaan tetapi adalah ladang hirarki yang saling melengkapi, saling memberi dan menerima seadanya.


***************************

Sumber asal:

[DOWNLOAD] Siri 4 | Itik Serati | KP10 | Modul Bacaan Bergred SeBaTu Perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas

Salam semua.

Seseorang murid atau kanak-kanak dianggap menguasai kemahiran membaca apabila mereka dapat membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja dengan sebutan yang betul, suara yang jelas, mengikut intonasi yang sesuai berdasarkan tanda baca serta memahami bahan yang dibaca.

Di sini saya kongsikan bahan bacaan bagi set ke-4 modul bacaan bergred/berperingkat dalam Modul SeBaTu untuk kemahiran ke-10 perkataan dua suku kata V+KVK mata pelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Bahan bacaan ini boleh digunakan sebagai latihan pengukuhan dan pengayaan setelah murid menguasai kemahiran membaca perkataan V+KVK. 

Bahan bacaan ini juga sesuai digunakan kepada murid prasekolah, murid tahap 1 (tahun 1, 2, 3) dan murid PPKI atau sesiapa sahaja yang memerlukan sebagai bahan bacaan sokongan pembelajaran anak-anak di rumah.


Modul SeBaTu (Sebut, baca, tulis):

1. Bahan bacaan digredkan/diperingkatkan kepada 2 bahagian: 

    - Baca 4(a) - 4 ayat 

    - Baca 4(b) - 4 ayat - penambahan kosa kata

2. Latihan bertulis sebagai pengukuhan kepada bacaan.

3. Video bacaan dengan bimbingan guru: Sedang dikemaskini


Langkah-langkah pengajaran:

1. Guru membaca secara kuat di hadapan murid dan murid mendengar bacaan guru.

2. Murid membaca bersama guru dan rakan-rakan (Membaca secara mekanis).

3. Murid membaca secara individu (Membaca secara mentalis/senyap).

4. Murid melengkapkan latihan.

5. Murid membaca secara individu di hadapan guru.


DOWNLOAD Bahan / Modul

1. Klik pada imej/gambar, kemudian 'right click' pada tetikus dan pilih 'save image as'. 

2. Tinggalkan email anda di ruangan komen sekiranya memerlukan bahan dalam bentuk PDF.


Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_1
Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_1

Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_2
Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_2

Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_3
Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_3

Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_4
Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_4


[DOWNLOAD] Siri 3 | Ikan Kerapu | KP10] Modul Bacaan Bergred SeBaTu Perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas

Salam semua,

Di sini saya kongsikan set ke-3 modul bacaan bergred/ berperingkat SeBaTu bagi kemahiran ke-10 perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Modul ini boleh digunakan sebagai latihan pengukuhan dan pengayaan kemahiran membaca setelah murid menguasai kemahiran membaca perkataan V+KVK. 

Bahan ini juga sesuai untuk murid prasekolah, murid tahun 1-2, murid PPKI dan juga boleh juga dijadikan bahan bacaan sokongan pembelajaran anak-anak di rumah yang sedang belajar membaca.

Modul SeBaTu (Sebut, baca, tulis):

1. Bahan bacaan bergred/ berperingkat: 

    - Baca 3(a) - 4 ayat 

    - Baca 3(b) - 5 ayat

2. Latihan bertulis sebagai pengukuhan bacaan.

3. Video bacaan dengan bimbingan guru: Sedang dikemaskini


Cara pengajaran

1. Guru membaca secara kuat di hadapan murid dan murid mendengar bacaan guru.

2. Murid membaca bersama guru dan rakan-rakan (Membaca secara mekanis).

3. Murid membaca secara individu (Membaca secara mentalis/senyap).

4. Murid melengkapkan latihan.

5. Murid membaca secara individu di hadapan guru.


DOWNLOAD Bahan / Modul

1. Klik pada imej/gambar, kemudian 'right click' pada tetikus dan pilih 'save image as'. 

2. Tinggalkan email anda di ruangan komen sekiranya memerlukan bahan dalam bentuk PDF.


Modul SEBATU VKVK [Ikan kerapu]_1
Modul SEBATU VKVK [Ikan kerapu]_1

Modul SEBATU VKVK [Ikan kerapu]_2
Modul SEBATU VKVK [Ikan kerapu]_2

Modul SEBATU VKVK [Ikan kerapu]_3
Modul SEBATU VKVK [Ikan kerapu]_3

Modul SEBATU VKVK [Ikan kerapu]_4
Modul SEBATU VKVK [Ikan kerapu]_4


Koleksi Video PDP Kemahiran Asas Membaca Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas

Salam semua.

Koleksi video PDP kemahiran asas membaca ini merupakan himpunan video PDP yang saya hasilkan dan gunakan dalam PDPR Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas di sekolah bermula sejak pelaksanaan PDPR pada Oktober 2020.

Video ini sesuai untuk kanak-kanak atau murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis atau baru mula belajar membaca.

Apa Itu Kemahiran Asas Membaca dan Menulis (2M)?


Saya ada menulis tentang kemahiran asas membaca dan menulis dalam entri sebelum ini, anda boleh dengan lanjut melalui pautan berikut.

ENTRI: https://cikguhijau.blogspot.com/2021/02/kemahiran-asas-3m-membaca-menulis-dan.html


___________________________________

KP1-KP3: Huruf
KP4: Suku kata KV
KP5: Perkataan KV+KV (bola, baju, buku)
KP6: 
KP7: Perkataan KV+KV+KV (kerusi, kereta)
KP8: Perkataan KVK (bas, kek, sos)
KP9: 
KP10: Perkataan V+KVK (ayam, ikan, itik)
KP11: Perkataan KV+KVK (gajah, rumah)
KP12: Perkataan KVK+KV (lembu, lampu)
KP13: Perkataan KVK+KVK (tandas, pensel)
KP14: Perkataan KV+KV+KVK (sekolah, basikal)
KP15
KP16
KP17
KP18: Perkataan KV+KVKK (bawang, kacang, pisang)
KP19
KP20
KP21
KP22
KP23
KP24
KP25
KP26
KP27
KP28
KP29
KP30
KP31
KP32: Bacaan & Pemahaman (membaca petikan mudah dan menjawab soalan pemahaman)

*KP=Kemahiran Pemulihan

Struktur Bahasa Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu

  • Prabacaan dan pratulis
  • Abjad
  • Suku Kata - terbuka, tertutup
    • 2 suku kata
    • 3 suku kata
  • Perkataan
  • Ayat

Koleksi video PDP kemahiran asas membaca.

Membaca ayat dalam petikan mudah.

Membaca petikan mudah dan menjawab soalan berdasarkan petikan yang dibaca.


[DOWNLOAD] Siri 1 | Ayam Serama | KP10 | Modul Bacaan Bergred SeBaTu Perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas

Salam semua,

Berikut saya kongsikan set pertama Modul Bacaan Bergred SeBaTu bagi kemahiran ke-10 perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Modul ini boleh digunakan sebagai latihan pengukuhan dan pengayaan kemahiran membaca setelah murid menguasai kemahiran membaca perkataan V+KVK. 

Bahan ini juga sesuai untuk murid prasekolah, murid tahun 1-2, murid PPKI dan juga boleh juga dijadikan bahan bacaan sokongan pembelajaran anak-anak di rumah yang sedang belajar membaca.


Modul SeBaTu (Sebut, baca, tulis):

1. Bahan bacaan bergred/ berperingkat:

    - Baca 1(a) - 4 ayat

    - Baca 1(b) - 5 ayat

2. Latihan bertulis sebagai pengukuhan bacaan.

3. Video bacaan dengan bimbingan guru - https://youtu.be/-B-lg5OKxBA



Langkah-langkah pengajaran

1. Guru membaca secara kuat di hadapan murid dan murid mendengar bacaan guru.

2. Murid membaca bersama guru dan rakan-rakan (Membaca secara mekanis).

3. Murid membaca secara individu (Membaca secara mentalis/senyap).

4. Murid melengkapkan latihan.

5. Murid membaca secara individu di hadapan guru.


DOWNLOAD Bahan / Modul

1. Klik pada imej/gambar, kemudian 'right click' pada tetikus dan pilih 'save image as'. 

2. Tinggalkan email anda di ruangan komen sekiranya memerlukan bahan dalam bentuk PDF.


Modul SEBATU VKVK [Ayam Serama]_1
Modul SEBATU VKVK [Ayam Serama]_1

Modul SEBATU VKVK [Ayam Serama]_2
Modul SEBATU VKVK [Ayam Serama]_2

Modul SEBATU VKVK [Ayam Serama]_3
Modul SEBATU VKVK [Ayam Serama]_3
Modul SEBATU VKVK [Ayam Serama]_4
Modul SEBATU VKVK [Ayam Serama]_4

[DOWNLOAD] Kemahiran Asas 3M [Membaca, Menulis dan Mengira] Berserta Contoh Perkataan, Ayat dan Petikan

Salam para pembaca semua.

Mungkin ada dalam kalangan guru arus perdana atau pun ibu bapa yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kemahiran asas 3M. Saya sebagai guru PEMULIHAN KHAS berasa terpanggil untuk berkongsi apa yang dimaksudkan dengan kemahiran asas 3M. 

Kemahiran asas 3M sangat penting dikuasai oleh murid kerana ia akan memudahkan proses pembelajaran murid seterusnya memudahkan murid menguasai kemahiran dan cabang ilmu yang lain yang lebih mencabar.

Mana-mana murid yang belum menguasai kemahiran ini akan mengikuti program khas di sekolah iaitu PROGRAM PEMULIHAN KHAS di sekolah masing-masing.

Program Pemulihan Khas merupakan program khas KPM yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1960-an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah dalam pembelajaran iaitu belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Seorang Guru Pemulihan Khas dipertanggungjawabkan di setiap sekolah bagi membantu dan membimbing murid-murid ini menguasai kemahiran asas 3M seterusnya membantu murid mencapai potensi diri masing-masing agar dapat bersaing dengan rakan-rakan yang lain di arus perdana.

Kemahiran asas 3M di dalam program Pemulihan Khas melibatkan 2 subjek di sekolah iaitu BAHASA MELAYU dan MATEMATIK.

Murid-murid akan mengikuti program Pemulihan Khas mengikut jadual waktu subjek Bahasa Melayu dan Matematik sekolah masing-masing.


KEMAHIRAN ASAS MEMBACA DAN MENULIS (2M) BAHASA MELAYU

Murid-murid dikatakan telah menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (2M) sekiranya telah menguasai 32 kemahiran yang berikut: 



Nota kaki
K = konsonan (huruf konsonan), V = vokal (huruf vokal)


KEMAHIRAN ASAS MENGIRA (MATEMATIK)

Murid-murid dikatakan telah menguasai kemahiran asas Matematik sekiranya telah menguasai 9 kemahiran asas seperti yang berikut: 


MUAT TURUN PDF

1. Senarai kemahiran asas Bahasa Melayu: https://rb.gy/wsynfj

2. Senarai kemahiran asas Matematik: https://rb.gy/rouztx


Sumber: BPK, KPM

Tuisyen Percuma Cepat Membaca Bahasa Melayu Bersama Cikgu Haseni | Akademi Youtuber | AYU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca.

Adakah anda sebagai ibu bapa mempunyai anak kecil yang ingin belajar membaca atau sedang belajar membaca?

Adakah anda sebagai guru mempunyai murid yang sedang belajar membaca atau masih belum lancar membaca?

Di sini saya jemput anda semua menyertai kelas tuisyen dalam talian (online) secara PERCUMA khusus untuk kemahiran ASAS MEMBACA DAN MEMAHAMI. Tuisyen ini dikendalikan oleh Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU).

Hari: Ahad (tertakluk kepada perubahan)
Masa: 3.30 petang (tertakluk kepada perubahan)
Tempoh: 1 jam
Nama Guru: Cikgu Haseni, guru Pemulihan Khas
Tempat: Di rumah masing-masing (Dalam talian/online)
Saluran Youtube: https://www.youtube.com/c/CikguHaseni
Kaedah pengajaran: Kaedah kawalan vokal berstruktur


Senarai Kelas Tuisyen

Tuisyen Siri 1 - https://youtu.be/8LmWp3VoJC4 (vokal 'a')
Tuisyen Siri 2 - https://youtu.be/tssiJOJvwz0 (vokal 'u'/gabungan vokal 'a + u')
Tuisyen Siri 3 - https://youtu.be/BM0kztCV6QE (Pengukuhan / Ulangkaji)
Tuisyen Siri 4 - https://youtu.be/BxJuQbG2P4o (Vokal 'o')
Tuisyen Siri 5 - https://youtu.be/Ycrc7bgnfmY (Akan datang 9 Feb 2021, Selasa, 8.00 malam)








PLaN | Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah | Primary Literacy and Numeracy

Salam semua.

Kali ini saya ingin berkongsi info tentang PLaN iaitu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah. Saya ada kongsikan info ini di Facebook Page BLOG CIKGU HIJAU.


PLaN = Program Literasi & Numerasi Sekolah Rendah
1. PLaN - Primary Literacy and Numeracy / Program Literasi & Numerasi Sekolah Rendah.
2. Program selepas LINUS dimansuhkan pada tahun 2019.
3. Pelaksanaan pada tahun 2020 secara rintis melibatkan sekolah-sekolah rendah terpilih terlebih dahulu.




















Sumber & bacaan lanjut: 


Latihan [3] Matematik Operasi Tolak Dalam Lingkungan 1000 [Tanpa Mengumpul Semula] Secara Online Melalui LIVEWORKSHEETS.COM Set 2

Salam semua.

Saya kongsikan lembaran kerja / latihan Matematik operasi tolak dalam lingkungan 1000 (Tanpa mengumpul semula). 

  1. Latihan secara ONLINE dalam talian menggunakan liveworksheet.com. 
  2. Latihan mengandungi 16 soalan.
  3. LINK LATIHAN: Tolak Dalam Lingkungan 1000 Tanpa mengumpul semula
Tolak Dalam Lingkungan 1000 Tanpa mengumpul semula


Latihan [4] Matematik Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 [Mengumpul Semula] Secara Online Melalui LIVEWORKSHEETS.COM

Salam semua.

Saya kongsikan lembaran kerja / latihan Matematik operasi tolak dalam lingkungan 100 (Mengumpul semula). 

  1. Latihan secara ONLINE dalam talian menggunakan liveworksheet.com. 
  2. Latihan mengandungi 16 soalan.
  3. LINK LATIHAN: Tolak Dalam Lingkungan 100 (Mengumpul semula)

Latihan #4, tolak dalam lingkungan 100 dengan mengumpul semula

Latihan [2] Matematik Operasi Tolak Dalam Lingkungan 1000 [Tanpa Mengumpul Semula] Secara Online Melalui LIVEWORKSHEETS.COM Set 1

Salam semua.

Saya kongsikan lembaran kerja / latihan Matematik operasi tolak dalam lingkungan 1000 (Tanpa mengumpul semula). 

  1. Latihan secara ONLINE dalam talian menggunakan liveworksheet.com. 
  2. Latihan mengandungi 16 soalan.
  3. LINK LATIHAN: Tolak Dalam Lingkungan 1000 Tanpa Mengumpul Semula


Kelebihan LIVEWORKSHEETS:

1. Murid akan dapat melihat MARKAH yang diperolehi selepas klik pada butang FINISH.

2. Hasil kerja murid akan di emel kepada guru jika guru sign-in akaun dan pilih setting - 'send answer to the teacher'. Murid tidak perlu 'screenshot' jawapan untuk berikan kepada guru.

3. Hasil kerja murid juga boleh dilihat pada menu 'My mail inbox' apabila guru pilih setting 'Send answers to my mail box'.

4. Murid boleh lihat jawapan yang salah, warna hijau jawapan BETUL, warna MERAH jawapan salah.

5. Guru boleh setting masa menjawab soalan latihan (Set time limit).

6. Latihan boleh dikongsi secara terus ke Google Classroom, Microsoft Teams, WhatApps, Facebook, Twitter, Blogger.

Menu setting
Direct link yang disediakan.




Latihan [1] Matematik Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 [Tanpa Mengumpul Semula] Secara Online Melalui LIVEWORKSHEET.COM

Salam semua.

Saya kongsikan lembaran kerja / latihan Matematik operasi tolak dalam lingkungan 100 (Tanpa mengumpul semula). 

  1. Latihan secara ONLINE dalam talian menggunakan liveworksheet.com. 
  2. Latihan mengandungi 16 soalan.
  3. LINK LATIHAN: Latihan Operasi Tolak Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula

Kelebihannya:

1. Murid akan dapat melihat MARKAH yang diperolehi selepas klik pada butang FINISH.

2. Guru boleh sign-in akaun dan pilih setting - 'email to my inbox'. Hasil kerja yang telah siap akan dihantar kepada email guru tanpa perlu murid 'screenshot' jawapan.

3. Hasil kerja murid juga boleh dilihat pada menu 'My mail inbox'.

Contoh  hasil kerja murid saya yang telah siap. Guru boleh sign-in akaun dan pilih
setting - 'email to my inbox'. Hasil kerja yang telah siap akan dihantar kepada email guru
tanpa perlu murid 'screenshot' jawapan.

Murid key-in jawapan dalam petak yang disediakan.

Murid key-in jawapan dalam petak yang disediakan.
Murid klik pada butang Finish! selepas selesai menjawab semua soalan.

Murid klik pada 'check my answers' untuk lihat markah.
Paparan markah.