Showing posts with label COVID19. Show all posts
Showing posts with label COVID19. Show all posts

Kontak Rapat Kes Positif COVID-19

Catatan Nota: COVID-19

Siapa KONTAK RAPAT?


Mereka yang berkongsi persekitaran yang sama dengan kes POSITIF COVID-19 iaitu:

1. Tinggal serumah.
2. Bekerja dalam jarak dekat.
3. Berkongsi pengangkutan.

Apa yang perlu dilakukan jika anda kontak rapat?

*Untuk penduduk Klang Valley

1. Istihar status sendiri sebagai kontak rapat melalui mySejahtera.

2. Kuarantin 10 hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif COVID-19.

3. Terima Digital Home Surveillance Order (HSO) melalui MySejahtera.

4. Lakukan pemantauan kendiri menggunakan Home Assessment Tool (HAT) dalam MySejahtera setiap hari.

5. Terima Digital Release Order (RO) melalui MySejahtera setelah tamat tempoh kuarantin.

PERLU atau TIDAK UJIAN COVID-19?

Sila tonton video ini: https://fb.watch/7CVe4vy0fH/

1. PERLU sekiranya BERGEJALA. Jika ujian adalah positif, sila pergi ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) berhampiran untuk penilaian lanjut secepat mungkin.

2. TIDAK PERLU sekiranya tidak bergejala. Perlu kuarantin di rumah selama 10 hari. Digalakkan jalani ujian kendiri COVID-19 dan lapor hasil ujian kendiri melalui MySejahtera.





Sumber: KKM

PDPR Diteruskan Sehingga 31 Ogos 2021 & Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat 1 September 2021

Salam semua.

KPM mengumumkan sesi PdPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021 dan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk PdP secara bersemuka mulai 1 September 2021 namun masih tertakluk kepada penilaian risiko oleh KKM dan MKN.

Segala perubahan, pihak KPM akan maklumkan lebih awal iaitu dalam tempoh seminggu sebelum pembukaan sekolah.






Apa Itu Vaksin & Cara Daftar Vaksin COVID-19

Salam semua.

Saya kongsikan video berikut oleh Dr. Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor, pensyarah Mikrobiologi UKM tentang perkara berikut:

1. Apa itu vaksin
2. Cara vaksin berfungsi dan 'bekerja'
3. Kesan sampingan selepas ambil vaksin
4. Herd Imunity / Imuniti kelompok
5. Vaksin, halal atau haram?

Video ini disampaikan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami walaupun menggunakan dialek negeri Kelantan.




Semoga lebih ramai warga negara Malaysia mendaftar vaksin dan mengambil vaksin bagi mencapai sasaran imuniti kelompok dan kita semua kembali menjalani kehidupan yang normal seperti sebelum pandemik COVID-19 muncul.

Cara daftar vaksin



Kredit dan terima kasih:
Dr. Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor, UKM.

Cara Daftar Vaksin & Panduan Tempahan Janji Temu Vaksin AstraZeneza

Salam semua.

Menteri MOSTI memaklumkan Kerajaan akan membuka tempahan vaksin AstraZeneca untuk yang berusia 60 tahun ke bawah pada 26 Mei 2021, jam 12 tengah hari.

Sebelum membuat tempahan,
pastikan syarat-syarat berikut telah dipenuhi:


1. Sudah mendaftar untuk vaksinasi sama ada melalui aplikasi MySejahtera, laman web atau Talian Pendaftaran Vaksinasi COVId-19 kebangsaaan.

2. Menetap di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sarawak sahaja.

3. Hanya boleh memilih satu lokasi dan satu tarikh sahaja.


Panduan Tempahan Janji Temu Vaksin AstraZeneza:

2. Pilih 'MOHON SEKARANG'
3. Baca syarat tempahan.
4. Isi borang
5. Klik kotak 'Im Not Robot"
6. Hantar
7. Tutup pelayar web. Notifikasi temujanji akan dihantar dalam masa 48 jam selepas tempahan berjaya dibuat melalui MySejahtera atau SMS.


Maklumat yang diperlukan semasa mengisi borang:

- no. KP, tarikh lahir
- ID MySejahtera jika pengguna MySejahtera
- jika bukan pengguna MySejahetra, pilih "SAYA BUKAN PENGGUNA APLIKASI MYSEJAHTERA'
- no. telefon
- tempat tinggal
- lokasi PPV dan tarikh


Cara Daftar Vaksin

Pendaftaran vaksin boleh dibuat melalui 3 cara:

1. Aplikasi MySejahtera
    - klik ikon Vaksinasi "COVID-19/ COVID-19 Vaccination"
    - klik "Vaksinasi Untuk/ Vaccine for"
    - kemaskini butiran
    - tunggu notifikasi temujanji

2. Laman web pendaftaran: https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
    - isi borang yang disediakan

3. Talian
    - Hubungi 1800-888-828
    - beri maklumat yang diminta kepada pegawai bertugas
    - tunggu notifikasi temu janji vaksinasi anda



Panduan tempahan janji temu vaksin AstraZeneva (Versi BM)

Panduan tempahan janji temu vaksin AstraZeneva (Versi BI)







Cara mendapatkan ID MySejahtera

Cara-cara mendaftarkan diri untuk Vaksinasi


Sumber:

'Self-Imposed Lockdown' Sukar Dilaksanakan? Displin Tinggi Penduduk Di Taipei, Taiwan Sangat Patut Dicontohi

Salam semua.
Susulan pengumuman kerajaan tidak akan melaksanakan 'full lockdown' tetapi mengetatkan SOP PKP sedia ada, pihak KKM menggesa orang ramai mempraktikkan 'self-lockdown', displin kendiri dan kawalan kendiri dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran COVID19.
Namun, sebilangan besar rakyar Malaysia tidak berpuas hati kerana berpendapat 'self-lockdown' sukar diamalkan.
Adakah ini membawa maksud sebilangan besar rakyat Malaysia tidak mampu mengawal diri sendiri dan mengharapkan satu bentuk 'paksaan' dalam setiap tindakan?
'Self-lockdown', adakah sangat sukar untuk diamalkan?
Tetapi tidak di Bandar Taipei, Taiwan. Tanpa sebarang arahan atau gesaan, penduduk di sana secara automatik mengamalkan “self-imposed lockdown” apabila berlaku peningkatan kes positif COVID19.

Sebaik kerajaan Taiwan mengumumkan peningkatan kes positif COVID19 sebanyak 180, dan amaran bahaya bertukar kepada level 3, mereka tanpa perlu disuruh terus secara sukarela mempraktikkan “self-imposed lockdown”.

Hal ini kerana masyarakat di sana mempunyai displin kendiri dan kesedaran kendiri yang sangat tinggi.

“They know how to protect themselves and are extremely disciplined. The majority choose to stay home after the spike in cases. 
“The streets are almost empty and quiet, ” said Chua, 39, Taiwanese who is originally from Melaka.
“If you are seen taking photos outdoors, you will be scolded. By staying home, we are protecting ourselves, our loved ones and also the public, ” he said. 
“We do not want to be a burden to the healthcare system.”




Sumber: 

  1. https://worldofbuzz.com/empty-streets-in-taipei-as-citizens-practice-self-lockdown/
  2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/05/20/taiwanese-play-active-role-in-curbing-virus
  3. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4373277169362804&id=578835322140360


Semua Sekolah Ditutup Bermula 9 November 2020 & Dibuka Semula Pada 20 Januari 2021

Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin baharu sahaja mengumumkan penutupan semua sekolah bermula esok, Isnin, 9 November 2020 semasa sesi sidang media di TV1 dan Astro Awani pada jam 11.30 pagi tadi.



Antara info penting:

  1. Sekolah ditutup tetapi 'home based learning' / PDPR diteruskan hingga 18/12 2020. 
  2. Guru perlu menjalankan PDPR dan berada di stesen bertugas masing-masing.
  3. Penggal persekolahan akan bermula 20/1/2021 bagi sekolah rendah secara bersemuka.
  4. Sekolah menengah juga sama 20/1/2021 kecuali murid tingkatan 2&3 akan 'home based learning' hingga 8/3/2021.
  5. SPM, SVM, STAM ditunda ke 22/2/2021.
  6. STPM ditunda ke 8/3/2021.
  7. Pelaksanaan pentaksiran kemasukan ke sekolah khusus (PKSK) tingkatan 1 dan tingkatan 4 ditangguhkan.
  8. Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) untuk pelajar matrikulasi ditangguhkan.
  9. Program Matrikulasi akan kembali ke pusat pengajian pada 4 Januari 2021.
  10. Pelajar IPG kembali semula ke IPG pada 17 Januari 2021.


Sumber:


Semua Sekolah Di Daerah Klang, Selangor Ditutup Mulai Esok, Khamis 8 Oktober 2020 Kerana Zon Merah COVID19

Semua sekolah yang telah disahkan Zon Merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarahkan ditutup mulai esok, 8 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober 2020 iaitu selama 16 hari. Ini berdasarkan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diedarkan hari ini.

Kenyataan media KPM: https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-penutupan-sekolah-di-kawasan-zon-merah-di-seluruh-negara







Pembukaan Penuh Sekolah & SOP Terkini Penjarakan Sosial Untuk Semua Murid KPM

Pada 1 Julai 2020, Rabu melalui sidang media Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah secara penuh kepada semua murid tingkatan 1 hingga 4, tingkatan Enam semester 1 dan semua murid sekolah rendah (tahun 1 hingga 6) bermula 2 minggu dari sekarang.


Tarikh pembukaan penuh sekolah:

1) 15 Julai 2020, Rabu
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 6 semester 1, tingkatan 1 hingga 4
  • Sekolah Rendah: Tahun 5 dan 6

2) 22 Julai 2020, Rabu
  • Sekolah Rendah: Tahun 1 hingga 4

Terdapat 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang disediakan KPM yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing setelah SOP penjarakan sosial dilaksanakan. Model berkenaan adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

Tarikh pembukaan penuh sekolah.













[Kemaskini] SOP dan susun atur di kelas:

1. Jarak 1 meter berdasarkan ukuran person to person (body to body) / bahu ke bahu / individu ke individu (sebelum ini meja ke meja).
2. Bilangan murid adalah pada tahap maksimum, dengan meja dirapatkan ke dinding. Seramai mungkin murid diletakkan di kelas dengan penjarakan sosial yang betul (Sebelum ini maksimum 20 orang setiap kelas).
3. Murid tidak boleh duduk sebelah menyebelah.
4. Murid makan di dalam kelas di meja masing-masing. Makanan sama ada bekal dari rumah atau pesanan awal (pre-order) dari pengusaha kantin. Murid digalakkan bawa sudu dan garfu sendiri.
5. Meja murid disanitasi (sanitized) selepas waktu makan dan sebelum waktu balik. Guru dan murid boleh gunakan kain yang dinyahkuman (disinfected) untuk mengelap meja.
6. Sekolah 2 sesi - meja perlu dilabel nama murid untuk pastikan murid yang sama menggunakan meja tersebut.


Penggunaan Pelitup Muka (Face Mask)
1. Murid tidak diwajibkan memakai face mask tetapi digalakkan (jenis fabrik, 3 lapis, boleh dibasuh).
2. Guru diwajibkan memakai face mask semasa mengajar, boleh buka sebahagian face mask ketika mengajar pada jarak jauh dari murid (agar suara jelas didengar) tetapi perlu tutup semula ketika menghampiri murid secara dekat (elakkan sebaran titisan air dari mulut/ hidung).


Siapa yang WAJIB pakai face mask?
KPM mewajibkan kategori murid berikut memakai pelitup muka sepanjang masa di sekolah:
  • Murid yang mempunyai daya imuniti rendah - ada masalah / penyakit paru-paru, penyakit asthma, kencing manis, buah pinggang, penyakit jantung, penyakit hati.
  • Murid yang ketara kekurangan zat makanan - selalu sakit, demam, kurus.
  • Murid yang mengambil ubat steroid atas faktor kesihatan.

Pilihan dan hak ibu bapa:
1. Sekiranya ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ibu bapa perlu menulis surat rasmi kepada pihak sekolah memaklumkan anak/ibu bapa belum bersedia ke sekolah. Tiada tindakan displin akan diambil terhadap murid tersebut (Rekod kedatangan: tidak hadir bersebab).


Video Rujukan (dikemaskini):
Boleh rujuk video ini untuk penerangan yang lebih jelas tentang SOP dan penjarakan sosial di sekolah:
1. https://www.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=tLEi1K4hdDs&app=desktop


Bahan / Dokumen untuk muat turun:


Sumber rujukan:

NUTP Gesa Penilaian Semula Pindaan Takwim Persekolahan 2020 Dibuat

NUTP iaitu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia yang mewakili suara guru menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penilaian semula terhadap pindaan takwim persekolahan 2020 yang tular media sosial semalam.

Aminuddin Awang selaku Presiden NUTP menyatakan bahawa beliau mengetahui tentang pindaan tersebut melalui media sosial selepas ia tular. Beliau berpendapat keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang dengan pihak NUTP terlebih dahulu.

Sememangnya saya sendiri agak terkejut memandngkan sebelum ini Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa takwim persekolahan sedia ada tidak akan berubah sehingga akhir tahun.

"Kita hanya mendapat berita sama seperti guru lain, apabila ia tular di media sosial dan kenyataan dikeluarkan KPM. Ini adalah suatu yang mengejutkan kita. Kita kesal kerana kita tidak dibawa berbincang. Sekiranya kita dibawa berbincang, kita akan dapat memberikan pandangan dari sudut guru-guru di peringkat bawah," - Aminuddin Awang, Presiden NUTP

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Takwim sekolah tahun ini kekal.

Ramai guru meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di media sosial terhadap perubahan takwim persekolahan yang berlaku yang dianggap sebagai 'u-turn' kali kedua selepas pembukaan semula prasekolah diumumkan. Ada dalam kalangan guru telah membuat tempahan tiket kapal terbang untuk pulang  ke kampung sempena cuti pertengahan penggal 2 yang juga sempena perayaan Hari Raya Korban jika mengikut takwim asal. Cuti pertengahan penggal 2 merupakan saat dan peluang ditunggu-tunggu setelah lebih 3 bulan terhalang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bertemu mata dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Semoga ada cahaya yang kembali menyinar buat semua warga guru.










Sumber rujukan:

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020

Hari ini KPM mengedarkan kenyataan media berhubung dengan pindaan takwim penggal persekolahan tahun 2020. Buat masa ini, para guru seeloknya tidak merancang sebarang agenda seperti percutian yang melibatkan pembelian tiket atau seumpamanya kerana perubahan akan berlaku tanpa kita duga.

Antara perubahan penting:
1. Cuti pertengahan penggal 2 menjadi 5 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan berganjak ke hujung bulan 8 (20-24 Ogos/ Khamis-Isnin).
2. Cuti akhir tahun dipendekkan dari 41/42 hari menjadi 13/14 hari (18 - 31 Disember).


Kenyataan Media KPM_1

Kenyataan Media KPM_2

Takwim kumpulan A - negeri berhujung minggu hari Jumaat

Takwim kumpulan B - negeri berhujung minggu hari Sabtu

Pindaan tarikh cuti sempena perayaan

Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala?

Tidak, kerana;

Saya Yang Menjalankan Amanah!


Sumber rujukan:
1. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-pindaan-takwim-penggal-persekolahan-tahun-2020

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah, Tabika, Tadika KPM dan Swasta Pada 1 Julai 2020

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah (versi BM), sumber Bernama

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah (versi BI), sumber Bernama
Kenyataan Media KPM pembukaan semula Prasekolah/Tabika/Tadika
kendalian kerajaan dan swasta pada 1 Julai 2020, Rabu

Kenyataan Media KPM

Bahan untuk muat turun:
1. Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Pada 1 Julai 2020
2. Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah KPM


Sumber rujukan:
1. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/buka-semula-prasekolah
2. https://twitter.com/KemPendidikan/status/1273956643630247936
3. https://drive.google.com/file/d/17CcTz3avWgM07jGLIKYZKfodz0u0cSJW/view

Sekolah Dibuka Semula Pada 24 Jun 2020 Bagi Pelajar Tingkatan 5 & Tingkatan 6 Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Awam SPM, SVM, STPM, STAM

Pengumuman pembukaan semula sekolah oleh Menteri Pendidikan pada 10 Jun 2020, 4.00 petang

Sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020, pada hari Rabu. Pengumuman ini selaras dengan apa yang diberitahu oleh Dr. Radzi Md Jidin, Menteri Pendidikan, KPM sebelum ini iaitu notis pengumuman akan diberi 2 minggu lebih awal. Pada 4 Jun 2020, KPM telah mengedarkan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah (SOP) yang boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi KPM. Pembukaan semula sekolah ini akan melibatkan 500,444 pelajar dari 2,440 buah sekolah di seluruh negara.

7 Fakta Penting:

1. Hanya pelajar yang terlibat dengan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara perlu ke sekolah.

2. Pemeriksaan suhu badan dibuat kepada setiap pelajar. Pelajar yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 celcius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

3. Meja di kelas disusun dengan jarak satu meter antara satu sama lain.

4. Kapasiti maksimum pelajar dalam satu kelas tidak melebihi 20 orang.

5.  Waktu rehat pelajar dijalankan secara berperingkat. Makanan dan minuman akan siap dibungkus di kantin, pelajar perlu beratur mengikut tanda penjarakan sosial dan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.

6. Aktiviti di luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum secara bersemuka termasuk perhimpunan rasmi mingguan adalah dilarang sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

7. Katil di bilik asrama pelajar disusun pada jarak 1 meter.


Nota tambahan (Akan dikemaskini):

1. Garis panduan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

2. Murid yang tidak perlu ke sekolah akan menjalani PdP di rumah secara home-based learning.

3. Sebagai penjawat awam, semua guru akan kembali bertugas di sekolah pada 24 Jun 2020 walau pun PdP murid dijalankan di rumah (home-based learning).


Dokumen untuk muat turun:



Sumber rujukan: