Salam dan hai semua.
Di sini saya kongsikan kad bacaan bergred atau berperingkat untuk kegunaan para guru semua. Bahan ini saya gunakan sebagai bahan bacaan murid Pemulihan Khas di dalam satu program intervensi peringkat sekolah yang saya jalankan pada waktu PdP iaitu Program Ganjaran Saya Suka Membaca (SASUBA) dan juga dalam satu program intervensi Klinik Asas 2M pada setiap hari Jumaat selepas waktu persekolahan. Sambutan murid sangat menggalakkan dengan sokongan ibu bapa yang jitu.
✅Boleh baca maklumat program intervensi tersebut di sini:
- Intervensi Kemahiran Asas Membaca | Program Ganjaran SASUBA (Saya Suka Membaca)
- Intervensi Kemahiran Asas Membaca | Klinik Asas 2M | Klinik Asas Membaca & Menulis
✅Muat turun bahan program di sini: https://bit.ly/4bn0rwA
- Kad bacaan bergred untuk kemahiran:
- KP5, KP7, KP10, KP11 (3/5/2024)
- KP8 (4/5/2024)
- bahan dalam format word dan pdf
- boleh ubah suai atau murnikan (edit) ikut kreativiti sendiri
- Rekod bacaan murid (sebagai contoh)
Sama-samalah kita para guru berusaha semampu mungkin untuk membantu dan membimbing murid kita keluar dari 'kegelapan' agar mereka sentiasa bermotivasi dan bersemangat dalam menuntut ilmu apabila jalan itu dipermudahkan.