Showing posts with label BBM Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label BBM Bahasa Melayu. Show all posts

[KP5] Modul SeBaTu KV+KV - Praktis Cepat Membaca & Menulis Siri 2 (Baju Baru) Edisi Kemaskini Januari 2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BBM (Bahan bantu mengajar) yang saya kongsikan ini merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk modul bagi kemahiran membaca dan menulis perkataan tunggal yang terbina daripada dua suku kata terbuka iaitu pola KV+KV. Modul ini terdiri daripada 12 siri yang saya gunakan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pemulihan Khas. 

Berikut dikongsikan Modul SEBATU KP5 Siri 2 yang telah dikemaskini pada Januari 2022 setelah melalui beberapa penambahbaikan.

Kemahiran membaca dan menulis diajar secara serentak dalam satu sesi PdP bagi memperkukuhkan dan mempercepatkan penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis yang perlu dikuasai oleh setiap murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2.

Berdasarkan pengalaman saya lebih 10 tahun sebagai guru, ramai murid boleh membaca dengan baik dan lancar tetapi belum menguasai kemahiran menulis dengan baik. Paling asas seseorang murid sekurang-kurangnya boleh membina dan menulis ayat tunggal yang mudah.

Kemahiran Membaca Bahasa Melayu

Standard kandungan (SK): 2.1 Asas membaca dan memahami
Standard pembelajaran (SP): 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Menulis Bahasa Melayu

Standard kandungan (SK): 3.1 Asas menulis
Standard pembelajaran (SP): 3.1.1 Menulis secara mekanis; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu

Kemahiran Pemulihan: KP5 (Perkataan KV+KV)

Sasaran Murid: Untuk menggunakan modul SeBaTu KP5 ini secara efektif, murid telah menguasai sebahagian kemahiran huruf vokal, mengenal huruf-huruf kecil dan telah menguasai sebahagian kemahiran membunyikan suku kata KV seperti ba, bu, bi, bo.

Kaedah / Teknik Pengajaran

Kaedah yang digunakan adalah kaedah Sebut, Baca dan Tulis (SeBaTu) mengikut langkah-langkah seperti berikut:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 2 (a) dan Baca 2 (b)
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 1 dan 3
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 2 dan 4


Muat turun Bahan PDP

1. Format PNG - right click pada gambar dan save image as
2. Format PNG - Telegram group: https://t.me/CikguHaseni
3. Format PDF - sila tinggalkan email anda di ruangan komen.

Panduan & Contoh Pengajaran Menggunakan Modul

1. Video di Youtube: https://youtu.be/q6PdaWopgOE
2. Video di TikTok: 










[KP5] Modul SeBaTu KV+KV - Praktis Cepat Membaca & Menulis Siri 1 (Bola Biru) Edisi Kemaskini Januari 2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BBM (Bahan bantu mengajar) yang saya kongsikan ini merupakan modul PdP bagi kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata terbuka KV+KV. Modul ini terdiri daripada 12 siri yang saya gunakan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pemulihan Khas. 

Kemahiran membaca dan menulis diajar secara serentak dalam satu sesi PdP bagi memperkukuhkan dan mempercepatkan penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis yang perlu dikuasai oleh setiap murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2.

Berikut dikongsikan Modul SEBATU KP5 Siri 1 yang telah dikemaskini pada Januari 2022 setelah melalui beberapa penambahbaikan.

Kemahiran Membaca Bahasa Melayu


Standard kandungan (SK): 2.1 Asas membaca dan memahami
Standard pembelajaran (SP): 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Menulis Bahasa Melayu


Standard kandungan (SK): 3.1 Asas menulis
Standard pembelajaran (SP): 3.1.1 Menulis secara mekanis; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu


Kemahiran Pemulihan: KP5 (Perkataan KV+KV)

Sasaran Murid: Untuk menggunakan modul SeBaTu KP5 ini secara efektif, murid telah menguasai sebahagian kemahiran huruf vokal, mengenal huruf-huruf kecil dan telah menguasai sebahagian kemahiran membunyikan suku kata KV seperti ba, bu, bi, bo.

Kaedah / Teknik Pengajaran


Kaedah yang digunakan adalah kaedah Sebut, Baca dan Tulis (SeBaTu) mengikut langkah-langkah seperti berikut:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 1 (a) dan Baca 1 (b)
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 1 dan 3
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 2 dan 4


Muat turun Bahan PDP


1. Format PNG - right click pada gambar dan save image as
2. Format PNG - Telegram group: https://t.me/CikguHaseni
3. Format PDF - sila tinggalkan email anda di ruangan komen.











[DOWNLOAD] 40 Kad Imbasan Bergambar Perkataan KV+KV Vokal i + (a, e, o, u)

Salam sejahtera.

Saya kongsikan kad imbasan perkataan KV+KV bagi vokal i+ [a, e, o, u]. Terdapat 40 kad imbasan bergambar. Antara contoh perkataan seperti cili, pipi, gigi, nasi, padi, kaki, jari, lima, tiga, besi, peti, ceri, feri, topi, kopi, roti, bumi, guli, duri, biru, siku, tisu.

Cikgu-cikgu boleh download secara percuma di link berikut:
  1. FACEBOOK PAGE Blog Cikgu Hijau: 40 Kad Imbasan Bergambar KV+KV
Jika cikgu mahukan bahan dalam bentuk softcopy, mohon tinggalkan alamat email pada ruangan komen.

Contoh kad imbasan adalah seperti gambar di bawah.



[DOWNLOAD] Kad Imbasan Perkataan Bergambar KV + KV (Vokal a+i/i+a)

Salam sejahtera.

Saya kongsikan kad imbasan perkataan KV+KV bagi vokal a+ i dan i + a. Antara contoh perkataan adalah seperti nasi, padi, kaki, jari, lima, tiga.

Cikgu-cikgu boleh download secara percuma melalui link berikut:

  1. KV+KV Vokal [a+i/i+a]


Bahan ini adalah dalam format word dan boleh edit semula mengikut kreativiti masing-masing.

Contoh kad imbasan adalah seperti gambar di bawah.

Kad imbasan perkataan KV+KV vokal a+i/i+a

[DOWNLOAD] Kad Imbasan Perkataan KV + KV (Vokal i)

Salam sejahtera.

Saya kongsikan kad imbasan bergambar perkataan KV+KV bagi vokal [i]. Terdapat 10 kad imbasan. Antara contoh perkataan seperti lidi, cili, pipi, titi, gigi dan seumpamanya. 

Cikgu-cikgu boleh download secara percuma melalui link berikut:

  1. KV+KV Vokal [i]


Bahan ini adalah dalam format word dan boleh edit semula mengikut kreativiti masing-masing. Ia bersaiz A6, boleh dicetak secara double-sided iaitu gambar pada bahagian hadapan manakala perkataan pada bahagian belakang.

Contoh kad imbasan adalah seperti gambar di bawah.





[DOWNLOAD] Kad Imbasan Bergambar Perkataan KV+KV (Vokal A)

Salam sejahtera.

Saya kongsikan kad imbasan bergambar perkataan KV+KV bagi huruf vokal [a]. Terdapat 16 kad imbasan semuanya. Antara contoh perkataan seperti lada, kaca, bapa, kaya.

Cikgu-cikgu boleh download secara percuma melalui link berikut:
  1. KV+KV Vokal [a] (landskap orientation)
  2. KV+KV Vokal [a] (potrait orientation)

Bahan ini adalah dalam format word dan boleh edit semula mengikut kreativiti masing-masing. 

Contoh kad imbasan adalah seperti gambar di bawah.

Kad imbasan perkataan bergambar KV+KV