Punca Kelewatan Membaca dan Cara Membantu Murid

PUNCA MURID LEWAT MEMBACA

  1. Kurang pendedahan awal - tidak mendapat pendedahan membaca buku di rumah atau tiada bahan bacaan.
  2. Bahasa pengantar berbeza – bahasa di rumah berbaza dengan bahasa yang di pelajari di sekolah (contoh SJKC/SJKT).
  3. Kelemahan asas fonologi – tidak kenal bunyi huruf/suku kata.
  4. Tumpuan singkat – cepat hilang fokus, tidak minat membaca.
  5. Faktor sosioekonomi – tiada sokongan pembelajaran di rumah.
  6. Kecelaruan pembelajaran – contohnya disleksia (perlu pendekatan berbeza).

CARA MEMBANTU MURID MEMBACA


1. Pegang prinsip SEMUA GURU IALAH GURU MEMBACA

- Walaupun BM ialah teras, semua guru subjek perlu menyokong literasi. Contohnya:

• Guru Matematik: gunakan soalan berbentuk gambar + nombor ringkas, baca bersama-sama dahulu sebelum murid jawab.
• Guru Sains: tekankan kosa kata mudah (contoh: air, panas, sejuk), minta murid ulang baca istilah penting.
• Guru Sejarah: gunakan garis masa + perkataan mudah, murid baca bersama-sama dengan guru.
• Guru Pendidikan Islam/Moral: bacakan doa/nilai → murid ikut baca secara berulang.

2. Gunakan strategi MEMBACA BERSAMA-SAMA

• Guru baca dahulu → murid ikut →kemudian murid baca berpasangan.
• Sesuai untuk teks semua mata pelajaran.

3. Pecahkan TEKS KEPADA UNIT KECIL

• Daripada satu perenggan panjang → ambil 2–3 ayat ringkas.
• Tandakan perkataan penting dengan warna/gambar.

4. Sokong dengan VISUAL DAN GAMBAR

• Letak ikon, carta, kad bergambar.
• Murid boleh kaitkan perkataan dengan makna, bukan sekadar bunyi.

5. AKTIVITI BERULANG tetapi bermakna

• Bacaan berantai (setiap murid baca satu ayat).
• Baca → tulis → lukis → cerita semula.
• Murid lewat tidak dipaksa baca panjang, tetapi tetap terlibat.

6. PEMBELAJARAN TERBEZA (differentiated learning)

• Murid laju: diberi teks lebih panjang + tugasan kefahaman.
• Murid lewat: diberi teks pendek + bantuan guru/rakan.

7. KOLABORASI rakan sebaya

• Pasangkan murid lewat dengan murid cemerlang (reading buddy).
• Rakan bantu bacakan, kemudian murid lewat ikut semampunya.

8. Gunakan PELBAGAI KAEDAH MEMBACA

a. Fonik Sistematik

- Murid belajar bunyi → huruf → gabungan → perkataan → ayat secara berperingkat.

i. Ajar bunyi huruf (contoh: /b/, /a/).
ii. Gabungkan jadi suku kata (ba, bi, bu).
iii. Latih murid bunyikan perkataan (batu, bola).
iv. Baca ayat mudah (Ali ada bola).

b. Latihan Kesedaran Fonologi

- Murid sedar bahawa bahasa boleh dipecahkepada bunyi.

i. Ajar tepuk suku kata → “ba-tu” (2 tepukan).
ii. Cari bunyi awal → “Apa bunyi mula bola? (/b/)”.
iii. Rima → “kucing – pancing, sama bunyi akhir”.

c. Bacaan Berulang

- Murid jadi lebih lancar jika ulang teks sama banyak kali.

i. Pilih teks pendek (2–4 ayat).
ii. Guru baca → murid ikut → baca berpasangan → baca sendiri.
iii. Ulang beberapa kali sehingga lancar.


d. Bacaan Dialog Interaktif

- Guru/ibu bapa tidak hanya membaca, tapi libatkan murid melalui soal jawab.

i. Guru baca buku bergambar
ii. Tanya soalan terbuka: “Apa yang kamu nampak?”, “Kenapa kucing lari?
iii. Murid jawab ikut tahap (tunjuk, sebut, atau beri pendapat).
iv. Guru tambah kosa kata baharu semasa berbincang.

e. Language Experience Approach (LEA)

- Bacaan bermakna lebih mudah difahami kerana murid sendiri cipta teks.

i. Minta murid ceritakan pengalaman (“Saya pergi pasar”).
ii. Guru tulis ayat di papan.
iii. Baca bersama-sama → guna untuk aktiviti lain (contoh: bulatkan perkataan pasar).

f. Multisensory Structured Language (MSL)/Orton-Gillingham

- Menggunakan banyak deria (lihat, dengar, gerak) serentak.

i. Murid sebut bunyi sambil menulis huruf di udara.
ii. Guna pasir/papan putih untuk menulis dan ulang sebut.
iii. Gabungan fonik + pergerakan badan.

Sumber/Kredit: 

  • Facebook SISC Azura



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment