Murid tekun membuat latihan. |
Catatan Nota
Ciri-ciri kanak-kanak Pemulihan Khas juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.
Antara ciri-ciri murid Pemulihan Khas adalah seperti berikut:
1) Emosi dan Tingkahlaku
2) Sosial
3) Kesihatan
1) Emosi dan Tingkahlaku
- Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.
- Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
- Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
- Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
- Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
- Bersikap pasif.
- Malas
2) Sosial
- Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan.
- Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
- Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
- Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
- Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
- Hyper aktif.
- Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.
- Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
- Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
- Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
- Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
- Kurang menjaga kebersihan diri.
4) Kesediaan Belajar
- Belum bersedia untuk belajar.
- Perbendaharaan kata kurang.
- Lemah pemahaman.
- Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
- Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
5) Pengamatan
- Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
- Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
- Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
- Lambat mengelaskan benda atau nombor.
- Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
- Tidak dapat menyelesaikan masalah.
- Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
- Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
- Lemah pergerakan dan perbuatan.
- Lemah daya pemikiran/ingatan.
- Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
- Sukar untuk membuat kenyataan am
Sumber:
Jabatan Pendidikan Khas, 2009
Jabatan Pendidikan Khas, 2009
No comments:
Post a Comment