Pertandingan Esei ASEAN 2017 Sempena Sambutan Hari ASEAN Ke-50

Sempena sambutan Hari ASEAN Ke-50, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) menganjurkan pertandingan esei ASEAN. Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu A, B dan C seperti berikut:

A : Pelajar sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5)
B : Pelajar IPT, kolej matrikulasi dan tingkatan 6
C : Warganegara Malaysia 21 tahun ke atas

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Julai 2017, Jumaat.

Kategori penyertaan & hadiah

Syarat-Syarat Penyertaan

Tajuk Esei
A : ASEAN Economic Community ( 1000 - 1200 patah perkataan)
B : ASEAN Economic Community - Opportunities and challenges to the Malaysian Business community (2500 - 2700 patah perkataan)
C : Benefits of ASEAN Economic intergration (2500 - 2700 patah perkataan)

Borang Penyertaan
Sila klik di sini untuk muat turun borang penyertaan.

Contact

All queries and further clarification regarding the ASEAN Essay Competition 2017 should be forwarded to allasean@miti.gov.my.

The ASEAN Essay Competition 2017 focal point are:

Noor Hazreen Ahmad Murad
ASEAN Economic Integration Division
Telephone: +603-6200 0380
E-mail: hazreen@miti.gov.my

Siti Nur Ramizah Abd Razak
ASEAN Economic Integration Division
Telephone: +603-6200 0387
E-mail: ramizah.razak@miti.gov.my

Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3203-pertandingan-esei-asean-2017
  2. http://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/4160?mid=548




Kemudahan Cuti Kuarantin Bagi Denggi & 5 Penyakit Lain Untuk Penjawat Awam


Kemudahan Cuti Kuarantin adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2017.

KELAYAKAN
Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. Anak hendaklah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun, sekiranya anak adalah OKU - tiada had umur.

Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah. Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes.

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria

(Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa)