Sumber:
[DOWNLOAD] Modul Aktiviti Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Edisi 2015
Modul ini sesuai dan boleh digunakan oleh semua guru prasekolah Pendidikan Khas mahupun perdana sebagai bahan rujukan tambahan. Modul ini dijalankan secara bertema.
[IKLAN] Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016 Anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Bengkel Empat Siri Pengkarya Guru KPM merupakan anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:
- 24, 25, 26 dan 27 Mac 2016
- 21, 22, 23 dan 24 April 2016
- 26, 27, 28 dan 29 Mei 2016
- 11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016
(Khamis - Ahad)
*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri. Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.
Berminat ?
Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi atau kedua-duanya) ke mbkmmoe@gmail.com sebelum 31 Januari 2016.
Info Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Sumber:
|
Cuti Perayaan 2016 Yang Diperuntukkan KPM
Berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 19 Tahun 2015, cuti sekolah sempena sambutan perayaan telah diselaraskan oleh KPM yang melibatkan perayaan-perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali. Cuti tersebut merupakan cuti sekolah yang TIDAK PERLU diganti.
Penggal Persekolahan & Cuti Sekolah 2016
Takwim penggal persekolahan tahun 2016 adalah seperti berikut. Untuk muat turun, klik di sini.
Kumpulan A : Hujung minggu JUMAAT - SABTU |
Kumpulan B : Hujung minggu SABTU - AHAD |
Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016
Untuk penjawat awam, di sini saya kongsikan tarikh / jadual pembayaran gaji bagi tahun 2016 (hasil carian di google). Penting juga untuk kita tahu tarikh gaji dibayar supaya pengurusan kewangan berjalan lancar - hutang, bayaran bil, perbelanjaan dapat diurus dengan baik.
Klik di sini untuk muat turun Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2015 berkaitan tarikh dan peraturan pembayaran gaji tahun 2016.
Sumber:
Klik di sini untuk muat turun Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2015 berkaitan tarikh dan peraturan pembayaran gaji tahun 2016.
Sumber:
- www.tehpanas.com
- www.malaysiastream.com
- rabiasensei.blogspot.com
- www.bicaradariaku.com
- maksyeh.blogspot.com