Berita Harian
22/12/2011
SEBAGAI penjawat awam, saya amat berterima kasih kepada Perdana
Menteri kerana mengumumkan sebulan bonus dan juga kenaikan gaji
penjawat awam dalam Bajet 2012 baru-baru ini.
Malah Skim Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan pada Oktober lalu dijangka membawa
pelbagai faedah dan insentif. Memang tidak dinafikan ia akan membawa
banyak perubahan terutama dalam skim pencen, gaji beserta elaun.
Tempoh berkhidmat juga dilanjutkan sehingga usia 60 tahun, disambut
baik kakitangan awam. Persoalannya mengapa ada perbezaan dari segi
kenaikan gaji antara Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan SBPA?
Contohnya, seorang penjawat awam A gred gaji N1 berkhidmat selama 6
tahun dan penjawat awam B gred gaji N17 juga berkhidmat selama 6 tahun.
Apabila saya menyemak kenaikan tangga gaji skim SSM ke skim
SPBA, penjawat awam B hanya mendapat separuh daripada kenaikan penjawat
awam A, masalah sama juga berlaku kepada penjawat awam C gred gaji N1
yang berkhidmat lebih 20 tahun mendapat kenaikan kurang daripada
penjawat awam A. Padahal penjawat awam C sepatutnya layak menerima
lebih kenaikan berbanding penjawat awam A.
Satu lagi persoalan
mengapa penjawat awam yang berkhidmat selama tahun ganjil tangga
gajinya dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang
berkhidmat setahun awal daripada mereka? Ini akan membawa banyak
keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah
kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan
penjawat awam tahun genap.
Pertukaran pergerakan gaji tahunan
juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam
dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan
ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan
ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah
membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti
dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4
juta penjawat awam.
PENJAWAT AWAM,
Kuala Lumpur.
Posted by
CUEPACS
at
6:36 PG
Respon 1
Contoh utk guru DG41-P1:
Gaji semasa SSM P1T5 = 2057.65
pelarasan gaji yg dikatakan dlm SBPA: diberi kenaikan satu tangga gaji SSM ;
P1T6 = 2148.10
Sebenarnya kenaikan satu tangga gaji yg diberi itu adalah kebiasaan/ lumrah yg
diberi apabila sesuatu jwtn itu ditukar skim.(dari kump sokongan ke kump.
pelaksana) Contohnya dulu Skim Pembantu Tadbir(kesetiausahaan) ditukar ke skim
Pembantu setiausaha pejabat, memang staff tersebut mendapat satu kenaikan gaji
yg disebut sebagai "hadiah". tak perlu diumum dlm belanjawan pun, tak
terlibat dlm pelarasan gaji pun. dlm erti kata lain; wajib dapat.
Slps dinaikkan gaji satu tgga di SSM, pergi ke gaji trhmpir dlm SBPA: T2 =
2150
Kenaikan yg diberi cuma:
RM2150 - RM2148.10 = RM1.90
Dimana kenaikan antara 7% - 13% ???
Dimana kenaikan antara RM80 - 320?
Respon 2
Pada
pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya
jadi begitu.
Punca utama adalah kenaikan amaun KGT. Amaun KGT dalam SSM adalah rendah
berbanding amaun KGT dalam SBPA.
Jadi untuk membolehkan pelarasan dibuat, terjadilah pertindihan bagi 2 pegawai
yang berbeza tahun.
Contoh mudah
KGT SSM = 100.00
KAtakan
GAji SSM T1 = 1800.00
GAji SSM T2 = 1900.00
Gaji SSM T3 = 2000.00
Gaji SSM T4 = 2100.00
GAji SSM T5 = 2200.00
__________________________
KGT SBPA = 150.00
KAtakan
Gaji SBPA T1 = 1800.00
GAji SBPA T2 = 1950.00
GAji SBPA T3 = 2100.00
GAji SBPA T4 = 2250.00
GAji SBPA T5 = 2400.00
JAdi Pegawai di T2 SSM =
GAjinya = T2 + 1KGT SSM dan kemata terdekat = 1900.00 + 100 = 2000.00
GAji SBPA terdekat = 2100.00
Pegawai di T3 SSM = T3 + 1 KGT SSM dan ke mata terdekat
= 2000 + 100 = 2100.00
Mata terdekat = 2100.00
Jadi gaji pegawai T2 SSM dan T3 SSM adalah sama dalam SBPA. Jadi itulah antara
sebab penyebab gaji jadi begini. Untuk selaras kan bila amaun KGT lebih tinggi,
ada pihak yang perlu sacrifice la sikit. Berlapang dadalah saudara2. InsyaAllah
akan ada kebaikan untuk semua.