[DOWNLOAD] Buku Pengoperasian Program LINUS2.0 Edisi 2015 (Terkini)

Buku Pengoperasian Program LINUS pertama kali dicetak pada 2011. Untuk muat turun Buku Pengoperasian program LINUS2.0 cetakan 2015, sila  klik DI SINI.

Muka depan Buku Pengoperasian LINUS2.0

Isi kandungan buku


KPI LINUS2.0


Konstruk Literasi BM


Konstruk Literasi BI


Konstruk Numerasi



Peranan Guru LINUS


Peranan Guru Pemulihan




25 jenis Kad Perkataan / Ayat

Salam semua.

Terdapat sekurang-kurangnya 25 jenis kad perkataan dan kad ayat yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu belajar semasa proses PdP berlangsung.

Jenis-jenis kad perkataan/ayat





















Antara kad perkataan/ayat ialah:

1. kad pusing
2. kad gantung
3. kad lekat / kad tampal
4. kad kalendar
5. kad jambangan
6. kad album
7. kad sisip
8. kad selit
9. kad 'pop-up'
10. kad lipat
11. kad siri (gambar, abjad, dll)
12. kad cerita
13. kad gelung kata
14. kad cantum
15. kad gabung / suai
16. kad wayang
17. kad terowong
18. kad sorong
19. kad letak
20. kad toing-toing
21. kad tingkap
22. kad poket
23. kad juntai
24. kad tarik
25. kad malas

kad pop-up

kad terowong

kad poket


gelung kata

Hasil 'ternakan' bengkel


Menulis Imlak Sebagai Aktiviti PdPc Untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja

Aktiviti LARI & TULIS (Running Dictation)  

Salam semua.

Untuk meningkatkan kemahiran mengeja murid-murid pemulihan, antara aktiviti yang sering saya jalankan adalah menulis imlak perkataan dan ayat

Saya akan sebut perkataan dan ayat, kemudian murid akan menulis imlak di papan putih, kertas kosong, 'sticky notes', buku poket atau buku latihan. 

Saya akan jalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil atau berpasangan dalam bentuk permainan, pertandingan antara kumpulan yang juga merupakan sebahagian aktiviti didik hibur selain dapat memupuk budaya bersaing secara sihat. 

Selepas itu saya akan adakan kuiz ejaan secara individu. 

Murid seronok belajar dan lebih mudah mengingat ejaan perkataan yang dipelajari.


Contoh aktiviti mengimlak perkataan yang disebut rakan.


Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan imlak sebagai perbuatan menyebut perkataan (ayat dan lain-lain) supaya ditulis oleh orang lain atau sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain. 

Makna yang setara dengan imlak dalam Bahasa Inggeris adalah dictation

Aktiviti mengimlak akan lebih berkesan jika ia dijalankan secara berpusatkan murid iaitu murid adalah pengimlak (Dictator)

Aktiviti mengimlak ini berkesan kerana beberapa sebab iaitu:
  1. Boleh dilakukan untuk semua tahap penguasaan murid, bergantung kepada teks yang digunakan. Murid boleh mengimlak perkataan, frasa, ayat atau pun petikan cerita.
  2. Boleh dipelbagaikan aras untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai aras kecerdasan. Contohnya, murid lemah diberikan kertas yang mengandungi separuh jawapan (isi tempat kosong) manakala murid normal diberikan kertas kosong.
  3. Persiapan bahan yang sedikit.
  4. Boleh meningkatkan 4 kemahiran secara serentak iaitu membaca, mendengar, mengeja dan menulis.

Cadangan Aktiviti Mengimlak (Berpusatkan Murid)

Aktiviti 1

Sediakan teks ayat yang telah dipotong dan beri satu baris kepada setiap murid. Mereka perlu bergilir-gilir mengimlak ayat sementara murid yang lain mendengar dan menulisnya ke dalam buku atau kertas. Kemudian berikan murid teks penuh untuk dibandingkan dengan jawapan mereka.


Aktiviti 2

Bahagikan kelas kepada pasangan. Murid memilih ‘runner’ dan ‘writer’. Tampal teks yang hendak diimlak ke dinding kelas. ‘Runner’ perlu pergi kepada teks dan menghafal baris pertama kemudian kembali kepada pasangan atau pun ‘writer’. ‘Runner’ pergi kepada teks dan berpatah balik kepada pasangan sehinggalah semua teks telah diimlak. Peranan ‘runner’ dan ‘writer’ boleh ditukar apabila separuh teks telah diimlak. Teks yang telah selesai diimlak kemudian disemak berpandukan teks penuh. Aktiviti ini sebaiknya menggunakan teks pendek sahaja.


Aktiviti 3

Guru menjadi pengimlak tetapi murid dibenarkan mengawal kelajuan perkataan atau ayat yang disebut guru. Guru juga perlu melakukan pengulangan beberapa kali. Dalam aktiviti ini guru berlakon sebagai ‘tape recorder’. Murid boleh ‘Stop’, ‘Rewind’, ‘Play’, ‘Decrease speed’ dan sebagainya.


Contoh teks imlak untuk murid lemah atau pemulihan


Running Dictation - murid bersedia bersama pasangan masing-masing.
Masa diberikan tidak melebihi 5 minit. (Sumber: google)


Sumber:

Kursus Pedagogi Guru-Guru Pemulihan Khas Bil. 1/2015

Pada 28 Januari 2015 yang lepas saya telah menghadiri Kursus Pedagogi Guru-Guru Pemulihan Khas yang dianjurkan oleh PPD Petaling Utama. Kursus ini adalah siri 1 yang mungkin akan ada lagi siri-siri yang seterusnya. InsyaAllah.

Kursus bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang di PPD. Saya menyertai kursus bagi kumpulan yang pertama iaitu pada hari pertama, 28.1.2015.

Slot 1 - Pengenalan Kepada Pemulihan Khas
Guru-guru boleh merujuk kepada garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas edisi 2012

Slot 2 - Pengenalan Kepada Pendidikan Khas
Penceramah adalah bekas guru Pendidikan Khas. Beliau lebih banyak berkongsi pengalaman beliau berkaitan dengan bidang pendidikan khas.

Slot 3 - Bengkel Pedagogi
Slot ini menekankan tentang peringkat TULISAN, kepentingan pratulisan dan tulisan mekanis.
Aktiviti dalam kumpulan dan pembentangan hasil kumpulan.


Aktiviti pratulisan - membina garisan
Aktiviti pratulisan - membina garisan


Tulisan mekanis - cara menulis huruf kecil yang betul


Tulisan mekanis - cara menulis huruf besar yang betul
3 peringkat TULISAN
Kaedah pengajaran tulisan mekanis
Cara memegang pensel yang betul



Aktiviti dalam kumpulan - tulisan mekanis





BONUS Penjawat Awam 2014 (Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014)

BONUS Setengah Bulan Gaji? Alhamdulillah...

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2014 bagi pembayaran Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 @ BONUS. Kadar bayaran Bonus tahun 2014 adalah SETENGAH BULAN GAJI atau 0.5 X Gaji pokok bulan Disember 2014. Pembayaran akan dibuat pada 22 JANUARI 2015.










Kepada sesiapa yang memerlukan surat pekeliling di atas, anda bolehlah muat turun pekeliling tersebut melalui pautan di bawah:

Pekeliling Pembayaran Bonus 2014


Luahan Hati Seorang Guru Jadual Waktu


ASc Timetables

Luahan perasaan seorang guru jadual waktu sekolah.

Nampaknya saya belum boleh meletakkan jawatan sebagai guru jadual waktu lagi tahun ini. Tugas ini bermula dari tahun 2010 sehinggalah  tahun 2015 bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Saya berharap ini kali yang terakhir.... InsyaAllah.

Bukan apa, saya mula berasa jemu dan hilang 'mood' untuk mengadap perisian Asc Timetables dan menyudahkan kerja-kerja yang sewaktu dengannya yang perlu dilakukan pada waktu cuti hujung tahun, tinggal berbaki 3 minggu beberapa hari sahaja lagi. 

'Kejemuan' makin parah apabila jadual waktu yang telah kita siapkan menerima komen-komen negatif dan ketidakpuasan hati daripada rakan-rakan guru.

Salah satunya adalah seperti dibawah:

Komen guru yang mungkin tidak pernah menjadi guru jadual waktu

Setiap guru memang 'mengidamkan' jadual waktu yang 'cantik', 'best', 'cun', 'terbaik' dan seumpamanya. Pengalaman saya, walaupaun Asc Timetables secara automatik menjana jadual waktu setelah saya key-in semua data yang diperlukan, namun saya masih perlu murnikan dan tambahbaik secara manual jadual tersebut supaya semua guru mendapat jadual waktu yang tidak 'melelahkan' atau kurang 'melelahkan'.

Penjanaan jadual waktu terpaksa dibuat berulang-ulang kali. Sesungguhnya proses itu memenatkan dan meletihkan akal dan minda.

Apabila kita ubah jadual waktu seorang guru untuk menjadikan ia lebih baik, perubahan tersebut memberi kesan kepada guru lain pula kerana terpaksa menerima 'hasil buangan sisa' yang tidak disukai guru lain.

Luahan hati guru jadual waktu

Apapun, saya perlu 'hadap' juga benda ini dan sudahkannya walau sejuta kali hati saya mengatakan 'benci' dan tidak sudi.

Siapa lagi kalau bukan saya?

SYMP.


Garis Panduan Untuk Guru Pemulihan Khas LINUS

KPM telah mengedarkan surat siaran tentang garis panduan perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS melalui Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2014: Garis Panduan Perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS bertarikh 28 Februari 2014. 

Kepada guru-guru Pemulihan Khas LINUS yang telah dilantik dan baru dilantik dan belum membaca surat siaran tersebut, anda boleh muat turunnya melalui link di bawah;



Ia berkaitan dengan perjawatan, pelantikan, urusan penempatan di sekolah, bayaran gaji, cuti, LNPT, APC, pertukaran dan perpindahan, persaraan sama ada perkara-perkara tersebut dibawah bidang kuasa PPD atau bidang kuasa sekolah.

Siapa Guru Pemulihan Khas LINUS?

Surat Siaran Bil. 6 Tahun 2014

Latarbelakang

Definisi istilah

Standard Operating Procedure

Penempatan/Pelantikan guru
Bidang tugas PPD - SEKOLAH


Logo Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Salam Pandu Puteri!

Untuk pengetahuan guru-guru pemimpin Pandu Puteri di sekolah, ahli-ahli Pandu Puteri dan juga sesiapa sahaja yang ingin menggunakan logo Pandu Puteri, sama ada untuk cetakan pada sijil, fail, cenderamata, t'shirt dan sebagainya, pastikan anda menggunakan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang betul seperti berikut:




Penggunaan logo yang salah untuk acara/aktiviti rasmi melibatkan Pandu Puteri masih berlaku. Ini mungkin kerana reka bentuknya yang sama. Tambahan pula ramai dalam kalangan kita yang hanya merujuk Mr. Google tanpa merujuk kepada yang berautoriti dalam perkara ini iaitu pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 


Penggunaan Logo Rasmi PPPM yang betul


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PPPM, anda bolehlah berkunjung ke laman web rasmi PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Kepada yang berminat, anda boleh juga mendaftar secara atas talian (online) sebagai Sukarelawan dan juga Sahabat Pandu Puteri.

Website Rasmi PPPM