Isu 1
Gaji junior yang masuk tahun ni (2011) T1 tahun ni akan dinaikkan ke T2
pada 1 Jan. ni. Kenaikan 2012 akan naik lagi ikut bulan kenaikan samada
Jan, April, Julai atau Oktober iaitu bulan berapa dia masuk kerja. Oleh
itu gaji mereka akan berada pada kedudukan T3.
Kalau SSM gaji
mereka hanya berada pada kedudukan T2 sahaja mengikut bulan kenaikan
seperti di atas kerana baru tahun kedua bekerja.
Sedangkan senior semuanya turun tangga gaji. Contohnya T20 ke T15, T10 ke T5 dan sebagainya.
Ini menunjukkan sistem SBPA ini tunggang langgang. Tidak mengikut tabi'i alam. Cthnya kejadian manusia dari kecil kpd besar.
Junior yg baru masuk kerja tahun 2011 akan sama gaji dgn orang kerja 10 tahun pada tahun ke 4.
Cuba
tuan-tuan fikir. Inilah yg dikatakan tidak adil. Baju besar diberi
pakai pada orang kecil dan baju kecil diberipakai pada org besar.
Kalau org yg gubal gaji baca cuba fikir sejenak.
Isu 2
Premier - Gaji single point (package salary ikut kontrak 2 tahun) Tiada
KGT diberikan. Jika Prestasi tidak tercapai - kontrak tidak diperbaharui
iaitu terus pencen.
Pengurusan Tertinggi (Turus/JUSA A/B/C /
Gred Khas A/B/C) - Gaji Minima - Maksima dalam gred masing masing. KGT
berdasakkan prestasi. LNPT bawah 70%(terbaru ? 60%)- boleh exit
LNPT 75% - <85% - KGT adalah 5% dari gaji asas.
LNPT 85% - <95% - KGT adalah 8% dari gaji asas.
LNPT >95% - KGT adalah 15% dari gaji asas
Pengurusan & Professional DAN Pelaksana - Jadual Gaji Sebaris.
LNPT bawah 60% - exit policy
LNPT 65% KEATAS - diberi satu KGT biasa dalam gred masing masing.
Untuk NAIK PANGKAT - perlu LNPT >85% tiga tahun kebelakang.
Jika LNPT >95% - MUNGKIN dapat Anugerah Sijil Cemerlang (5% dari KA) ATAU Anugerah Pingat Cemerlang (3% dari KA)
Showing posts with label Kerjaya Guru. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya Guru. Show all posts
Perbezaan Pemindahan Gaji dari SSM ke SBPA
Berita Harian
22/12/2011
SEBAGAI penjawat awam, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengumumkan sebulan bonus dan juga kenaikan gaji penjawat awam dalam Bajet 2012 baru-baru ini.
Malah Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan pada Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif. Memang tidak dinafikan ia akan membawa banyak perubahan terutama dalam skim pencen, gaji beserta elaun. Tempoh berkhidmat juga dilanjutkan sehingga usia 60 tahun, disambut baik kakitangan awam. Persoalannya mengapa ada perbezaan dari segi kenaikan gaji antara Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan SBPA? Contohnya, seorang penjawat awam A gred gaji N1 berkhidmat selama 6 tahun dan penjawat awam B gred gaji N17 juga berkhidmat selama 6 tahun.
Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam.
PENJAWAT AWAM,
Kuala Lumpur.
Posted by CUEPACS at 6:36 PG 37 comments

Apabila saya menyemak kenaikan tangga gaji skim SSM ke skim
SPBA, penjawat awam B hanya mendapat separuh daripada kenaikan penjawat
awam A, masalah sama juga berlaku kepada penjawat awam C gred gaji N1
yang berkhidmat lebih 20 tahun mendapat kenaikan kurang daripada
penjawat awam A. Padahal penjawat awam C sepatutnya layak menerima
lebih kenaikan berbanding penjawat awam A.
Satu lagi persoalan
mengapa penjawat awam yang berkhidmat selama tahun ganjil tangga
gajinya dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang
berkhidmat setahun awal daripada mereka? Ini akan membawa banyak
keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah
kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan
penjawat awam tahun genap.
Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam.
PENJAWAT AWAM,
Kuala Lumpur.
Posted by CUEPACS at 6:36 PG 37 comments
Respon 1
Contoh utk guru DG41-P1:
Gaji semasa SSM P1T5 = 2057.65
pelarasan gaji yg dikatakan dlm SBPA: diberi kenaikan satu tangga gaji SSM ; P1T6 = 2148.10
Sebenarnya kenaikan satu tangga gaji yg diberi itu adalah kebiasaan/ lumrah yg diberi apabila sesuatu jwtn itu ditukar skim.(dari kump sokongan ke kump. pelaksana) Contohnya dulu Skim Pembantu Tadbir(kesetiausahaan) ditukar ke skim Pembantu setiausaha pejabat, memang staff tersebut mendapat satu kenaikan gaji yg disebut sebagai "hadiah". tak perlu diumum dlm belanjawan pun, tak terlibat dlm pelarasan gaji pun. dlm erti kata lain; wajib dapat.
Slps dinaikkan gaji satu tgga di SSM, pergi ke gaji trhmpir dlm SBPA: T2 = 2150
Kenaikan yg diberi cuma:
RM2150 - RM2148.10 = RM1.90
Dimana kenaikan antara 7% - 13% ???
Dimana kenaikan antara RM80 - 320?
Respon 2Pada pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya jadi begitu.
Punca utama adalah kenaikan amaun KGT. Amaun KGT dalam SSM adalah rendah berbanding amaun KGT dalam SBPA.
Jadi untuk membolehkan pelarasan dibuat, terjadilah pertindihan bagi 2 pegawai yang berbeza tahun.
Contoh mudah
KGT SSM = 100.00
KAtakan
GAji SSM T1 = 1800.00
GAji SSM T2 = 1900.00
Gaji SSM T3 = 2000.00
Gaji SSM T4 = 2100.00
GAji SSM T5 = 2200.00
__________________________
KGT SBPA = 150.00
KAtakan
Gaji SBPA T1 = 1800.00
GAji SBPA T2 = 1950.00
GAji SBPA T3 = 2100.00
GAji SBPA T4 = 2250.00
GAji SBPA T5 = 2400.00
JAdi Pegawai di T2 SSM =
GAjinya = T2 + 1KGT SSM dan kemata terdekat = 1900.00 + 100 = 2000.00
GAji SBPA terdekat = 2100.00
Pegawai di T3 SSM = T3 + 1 KGT SSM dan ke mata terdekat
= 2000 + 100 = 2100.00
Mata terdekat = 2100.00
Jadi gaji pegawai T2 SSM dan T3 SSM adalah sama dalam SBPA. Jadi itulah antara sebab penyebab gaji jadi begini. Untuk selaras kan bila amaun KGT lebih tinggi, ada pihak yang perlu sacrifice la sikit. Berlapang dadalah saudara2. InsyaAllah akan ada kebaikan untuk semua.
Cuepacs: PM setuju tangguh pelaksanaan SBPA
Cuepacs: PM setuju tangguh pelaksanaan SBPA
1:04 PM Disember 22, 2011
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.
Utusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.
Datuk Omar Osman |
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.
Manakala Bernama pula memetik Omar sebagai berkata perdana menteri meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen.
Beliau memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini.
Source: http://www.malaysiakini.com/news/184775