Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020

Hari ini KPM mengedarkan kenyataan media berhubung dengan pindaan takwim penggal persekolahan tahun 2020. Buat masa ini, para guru seeloknya tidak merancang sebarang agenda seperti percutian yang melibatkan pembelian tiket atau seumpamanya kerana perubahan akan berlaku tanpa kita duga.

Antara perubahan penting:
1. Cuti pertengahan penggal 2 menjadi 5 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan berganjak ke hujung bulan 8 (20-24 Ogos/ Khamis-Isnin).
2. Cuti akhir tahun dipendekkan dari 41/42 hari menjadi 13/14 hari (18 - 31 Disember).


Kenyataan Media KPM_1

Kenyataan Media KPM_2

Takwim kumpulan A - negeri berhujung minggu hari Jumaat

Takwim kumpulan B - negeri berhujung minggu hari Sabtu

Pindaan tarikh cuti sempena perayaan

Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala?

Tidak, kerana;

Saya Yang Menjalankan Amanah!


Sumber rujukan:
1. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-pindaan-takwim-penggal-persekolahan-tahun-2020

Arahan Kepada Guru Kembali Ke Kawasan Tempat Bertugas Selepas Tamat Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun Pada 8 Jun 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Sektor Operasi Sekolah pada 4 Jun 2020 telah mengeluarkan surat pemakluman tentang arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas (stesen tempat bertugas) selepas tamat cuti persekolahan pertengahan tahun. Cuti pertengahan tahun dan cuti perayaaan Hari Raya Aidilfitri bermula pada 21 Mei sehingga 8 Jun 2020 (Isnin) bagi sekolah kategori kumpulan B.

Pada 8 Jun 2020, Isnin merupakan hari kelepasan am (cuti umum) di seluruh Malaysia sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong.

Surat makluman tersebut boleh muat turun di sini [DI SINI]. Arahan ini dikeluarkan supaya SEMUA PENJAWAT AWAM berada di kawasan tempat bertugas sebagai persediaan untuk kembali bertugas.

Walaupun sekolah masih belum dibuka, guru-guru perlu bersedia untuk menjalankan tugas-tugas persiapan pembukaan sekolah.

Surat KPM bertarikh 4 Jun 2020
Lampiran

Sumber & bacaan lanjut:
1. KPM


Takwim Sekolah KPM Tahun 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi tahun 2017 untuk rujukan ibubapa, guru-guru dan pelajar.


Tahun 2017 (Kumpulan A)

Mula sekolah : 1 Jan 2017
Cuti pertengahan penggal pertama : 17 Mac - 25 Mac 2017 (9 hari)
Cuti pertengahan tahun : 26 Mei - 10 Jun 2017 (16 hari)
Cuti pertengahan penggal pertama : 25 Ogos - 2 September 2017 (9 hari)
Cuti akhir tahun : 24 November - 31 Disember 2017 (38 hari)


Tahun 2017 (Kumpulan B)

Mula sekolah : 3 Jan 2017
Cuti pertengahan penggal pertama : 18 Mac - 26 Mac 2017 (9 hari)
Cuti pertengahan tahun : 27 Mei - 11 Jun 2017 (16 hari)
Cuti pertengahan penggal pertama : 26 Ogos - 3 September 2017 (9 hari)
Cuti akhir tahun : 25 November - 1 Jan 2018 (38 hari)


Kumpulan A
Kumpulan B

Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/Takwim-Sekolah-2017
  2. http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/PENGGAL%20PERSEKOLAHAN%202017.pdf

Cuti Perayaan 2016 Yang Diperuntukkan KPM

Berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 19 Tahun 2015, cuti sekolah sempena sambutan perayaan telah diselaraskan oleh KPM yang melibatkan perayaan-perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali. Cuti tersebut merupakan cuti sekolah yang TIDAK PERLU  diganti.









Penggal Persekolahan & Cuti Sekolah 2016

Takwim penggal persekolahan tahun 2016 adalah seperti berikut. Untuk muat turun, klik di sini.

Kumpulan A : Hujung minggu JUMAAT - SABTU

Kumpulan B : Hujung minggu SABTU - AHAD

Takwim Sekolah 2015, Cuti Sekolah 2015, Cuti Umum Persekutuan & Negeri 2015, Kalendar 2015

Walaupun cuti sekolah masih panjang dan masih berbaki satu bulan, sebagai guru kita perlu membuat persediaan dan persiapan awal sebelum menyambung tugas semula pada tahun 2015. Sambil bercuti bersama keluarga tercinta, sambil kita  'study' takwim sekolah 2015 sebagai persediaan dalam menyediakan RPT. Untuk tahun 2015, bilangan minggu masih sama seperti tahun 2014 iaitu 42 minggu.

Kumpulan A

Kumpulan B


Dan yang paling penting untuk ibu bapa dan pelajar ingat ialah tarikh mula bersekolah tahun depan, (he he he). Bolehlah rancang bila nak mula beli pakaian seragam sekolah dan kelengkapan yang perlu sebelum sekolah bermula. Guru pun perlu ambil maklum juga walaupun guru sebenarnya lebih awal lagi perlu ke sekolah. Kebiasaannya guru-guru 2 minggu sebelum sekolah buka sudah "terpacak" di sekolah untuk bermesyuarat, kursus dalaman, kemas dan hias kelas dan yang sewaktu dengannya.


Tarikh sekolah buka

Dan juga ada beberapa kalendar 2015 yang boleh dijadikan rujukan, terutamanya bila nak bercuti lagi ...(Penting!).

Malaysia + Singapura

Malaysia sahaja
Terbaik! Kalendar dengan cuti panjang bersambung dengan cuti hujung minggu/cuti umum

Motivasi dalaman ni....

Ok, jumpa lagi!


Takwim persekolahan 2014 mengikut penggal

Walaupun cikgu dan cikgi sedang bercuti, dalam erti kata lain tak perlu punch-in/punch-out kedatangan ke sekolah tetapi sebenarnya cuti yang panjang ini tidak panjang sebenarnya. Dalam cuti inilah golongan guru seperti saya memanfaatkan masa cuti yang ada untuk membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun 2014. Antaranya menyediakan Rancangan Mengajar Tahunan (RPT) bagi semua subjek yang diajar.

Kepada rakan guru yang belum lagi ada takwim persekolahan sesi 2014, silalah jangan segan-segan untuk dapatkannya di sini - Takwim Persekolahan 2014


Kump.A -cuti hujung minggu hari Jumaat & Sabtu.
Negeri Johor pun termasuk mulai 2014.
Kump. B - cuti hujung minggu Sabtu/Ahad.
Negeri Johor sudah terkeluar senarai.

Sultan Johor istihar cuti hari minggu ditukar kepada JUMAAT dan SABTU mulai 1 Januari 2014

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengisytiharkan hari cuti negeri johor ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.

Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman - Sultan Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Sultan Johor membuat pengumuman itu bersempana sambutan ulang tahun baginda yang ke-55. Sebelum ini iaitu sebelum tahun 1994, cuti di negeri Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.

Pada masa Kini 4 negeri yg mengamalkan cuti Jumaat dan Sabtu iaitu:
  1. Kelantan 
  2. Terengganu
  3. Kedah
  4. Johor

Implikasi perubahan cuti

Ia dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar. Khazanah Nasional Berhad melabur berbilion ringgit untuk Wilayah Pembangunan Iskandar yang diilhamkan sebagaimana Shenzen, China merentasi Hong Kong. Kawasan pembangunan itu yang dilihat melonjakkan pasaran hartanah mula menarik usahawan kecil dan sederhana, malah syarikat lain juga berhasrat melabur di kawasan itu. Namun, pengumuman cuti baru itu akan memberi kesan terhadap pelaburan akan datang berikutan ia tidak seragam dengan kawasan jiran seperti Singapura dan kawasan lain di Semenanjung Malaysia. Salah satu perniagaan yang dilihat mencatatkan peningkatan pengunjung adalah resort Legoland apabila cuti baru itu akan menarik pengunjung dari Johor sementara yang lain memilih berkunjung pada Ahad. - Penganalisis

Cuti peristiwa dan cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2013

Berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 16 Tahun 2013, pihak KPM telah bersetuju memberi kemudahan cuti peristiwa dan cuti berganti pada 4, 5 dan 6 Ogos sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Ini bermakna, sekolah di negeri Selangor dan yang sewaktu dengannya akan mula bercuti pada 3 Ogos sehingga 18 Ogos 2013, iaitu lebih kurang 2 minggu. 

Alhamdulillah.


Tindakan Pihak Sekolah Menangani Fenomena Jerebu

KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN TINDAKAN PIHAK SEKOLAH MENANGANI FENOMENA JEREBU YANG MELANDA NEGARA


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersetuju agar sekolah-sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU mencecah bacaan melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada KPM

Bacaan IPU 250 dan ke atas - sekolah BOLEH ditutup - perlu maklum kpd KPM


Namun sekiranya bacaan IPU mencecah melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada KPM.

Bacaan IPU 300 dan ke atas - sekolah WAJIB ditutup - TIDAK perlu maklum kpd KPM 







Semua Sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor Dibuka Semula Esok, 25 Jun 2013

Akhbar Kosmo Online melaporkan.....
KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin berkata semua sekolah itu dibenarkan beroperasi semula esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan perkembangan positif.



Setakat pukul 5 petang tadi, IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing menunjukkan bacaan 168 dan 189 manakala IPU di Putrajaya merekodkan 156.

"Sekolah di Pelabuhan Klang pula masih diarah tutup apabila mencatat IPU tahap bahaya iaitu 319,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Status Bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) Pada 24 Jun 2013 Seluruh Malaysia

Untuk mengetahui status bacaan indek pencemaran udara (IPU), anda boleh ke laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di alamat berikut: 







Status bacaan IPU pada 24 Jun 2013 setakat pukul 11 pagi
(Kategori tidak sihat)


JOHOR
Larkin  Lama - 107
Muar - 132

KELANTAN
SMK Tanjung Chat, Kota Bharu - 114

MELAKA
Bandaraya Melaka - 141
Bukit Rambai - 170
Nilai - 149
Port Dickson - 292

PAHANG
Balok Baru, Kuantan
Indera Mahkota, Kuantan
Jerantut

PERAK
Seri Manjung
Tanjung Malim

SELANGOR
Banting - 180
Kuala Selangor - 128
Pelabuhan Kelang - 288
petaling Jaya - 193
Shah Alam - 162

TERENGGANU
Kemaman - 253
Paka - 158

WILAYAH PERSEKUTUAN
Batu Muda, Kuala Lumpur - 198
Cheras, Kuala Lumpur - 160
Putrajaya - 152


Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu Bermula 24 Jun 2013

Sekolah diarah ditutup akibat Jerebu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 24 Jun 2013 untuk memastikan kesihatan pelajar terjamin memandangkan jerebu boleh menyebabkan kesesakan nafas dan mata berair. Sekolah akan dibuka semula apabila bacaan IPU pulih dan ada penurunan.


Jerebu di Kuala Lumpur

Senarai Sekolah Ditutup Akibat Jerebu
1) Semua sekolah di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
2) Sekolah di beberapa daerah di Johor yang terjejas teruk
3) Sekolah di Port Dickson
4) Sekolah di Kuantan


JOHOR
Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 buah sekolah di Kluang dan 175 buah sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik dan sekolah masih ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih ditahap tidak sihat. 
110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup apabila IPU mencecah 400. 
211 sekolah di Muar dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat berikutan IPU mencecah diparas berbahaya. 
Bagaimanapun, semua 300 buah sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu mula dibuka semula pada Isnin selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.


Jerebu di Muar 1 hari yang lalu


SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
23 Jun 2013, BERNAMA: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok  seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel. "Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar".

NEGERI SEMBILAN
Datuk Seri Mohammad Hasan mengumumkan semua sekolah, tabika dan tadika di daerah Port Dickson ditutup berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara hampir mencecah 300.

MELAKA
Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup berikutan  Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya. Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta diarah tutup.


PAHANG

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah Kuantan dan  kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup.


Sebelum dan selepas jerebu


Sumber:

Selamat Bercuti Cikgu-Cikgu!

Bermula 23 Mac sehingga 31 Mac 2013, sekolah akan bercuti selama seminggu. Ia adalah cuti  pertengahan penggal pertama. Bila cuti sekolah tiba, bukan hanya murid sekolah sahaja yang seronok, guru pun menumpang seronok sama.





Bagaimana murid menghabiskan cuti sekolah mereka? 
  • bantu ayah-ibu
  • jaga adik
  • main game
  • tengok TV
  • pergi kelas tuisyen
  • balik kampung
  • melancong


Bagaimana pula dengan guru-guru?
  • balik kampung
  • pergi melancong
  • mengajar kelas tuisyen



[DOWNLOAD] Takwim Minggu Persekolahan Beserta Tarikh Cuti Umum dan Cuti Peristiwa

Di sini saya ingin kongsikan takwim minggu persekolahan sesi 2013 yang mengandungi bilangan minggu persekolahan (42 minggu), tarikh mengikut minggu, tarikh cuti umum dan juga cuti peristiwa. Saya telah sesuaikan dengan takwim sekolah saya.


MUAT TURUN

Minggu & Tarikh Persekolahan 2013



Tugas Guru Semasa Cuti Akhir Tahun dan Sebelum Bermulanya Sesi Persekolahan 2013

Bermula pada 17.12.2012, saya dan semua guru yang lain diwajibkan hadir ke sekolah. Ini adalah rutin yang harus dilalui oleh seorang guru sebelum  sesi persekolahan bermula. Kebiasaannya, pada tahun-tahun sebelum ini, kami diwajibkan berada di sekolah sepanjang minggu pertama cuti akhir tahun untuk menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi kursus-kursus yang telah dihadiri pada tahun semasa. 

Pada tahun ini, Guru Besar membenarkan kami bercuti terus tetapi hadir bertugas di sekolah dua minggu lebih awal sebelum sekolah dibuka.



Agak-agaknya apa yang dilakukan oleh guru selama 2 minggu berada di sekolah? Berikut adalah catatan saya bagi menjawab persoalan tersebut:

Minggu 1
17.12.2012 - LDP KSSR tahun 3 (MT, PSV)
18.12.2012 - LDP KSSR tahun 3 (Sains, BI, PJ)
19.12.2012 - Mesyuarat Guru Kali 1/2013
20.12.2012 - Mesyuarat Induk Kurikulum Kali 1/2013
21.12.2012 - Mesyuarat Induk HEM Kali 1/2013
                    - Mesyuarat Induk Kokurikulum Kali 1/2013

Semua mesyuarat tersebut mengambil masa antara 3 - 4 jam.

Minggu 2
26.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (BM, BI, SNS, Aga, BA)
27.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (MT, KT, PSK, KH)
28.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (PSV, MZK, MORAL, PJK)
31.12.2012 - Mesyuarat Pendidikan Khas
                    - Mesyuarat Prasekolah
                    - Persediaan kelas, bilik-bilik khas dan bilik guru
                    - Penghantaran Buku Rekod Mengajar


Buku Rekod Mengajar Tahun 2013

Itulah dia rutin seorang guru setiap tahun!


[DOWNLOAD] Kalendar Tahun 2013

Kalendar ini agak menarik disebabkan ia mengandungi cuti umum bagi negeri dan persekutuan, cuti sekolah bagi Malaysia dan Singapura.

Untuk cetak atau simpan.

Klik IMEJ untuk besarkan, kemudian right click dan pilih 'save image as'.
 





































[DOWNLOAD] Cuti Sekolah & Kalendar Persekolahan 2013

Sesiapa yang ingin tahu tarikh cuti sekolah pada tahun 2013 bolehlah merujuk kepada perincian penggal persekolahan 2013 yang telah dikeluarkan oleh KPM pada bulan Oktober lepas.

Bagi negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu, persekolahan akan bermula pada 1 Januari 2013. Bagi negeri selain Kelantan, Kedah dan Terengganu, persekolahan akan bermula pada 2 Januari 2013.


MUAT TURUN

Perincian penggal persekolahan 2013

Takwim bagi negeri kumpulan B