Setiap majlis yang bermula dengan doa, berakhir dengan keberkatan. Berikut dikongsikan teks doa majlis dan mesyuarat rasmi yang boleh dijadikan rujukan dan panduan rasmi bagi pembacaan doa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penting bagi setiap penganjur majlis untuk memastikan teks doa yang digunakan adalah bersesuaian dengan panduan yang telah ditetapkan bagi menjaga kualiti dan imej profesionalisme kementerian.
[PANDUAN] Cara-Cara Mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 Untuk Guru
Mulai tahun 2026, sistem SPLKPM dimansuhkan dan pengisian kursus, bengkel, latihan, pembelajaran kendiri direkodkan di dalam sistem HRMIS 2.0. Akibatnya, ramai guru masih keliru cara mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0.
Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0, dibahagikan kepada 3 kategori utama:
- Kursus & Latihan
- Sesi Pembelajaran
- Pembelajaran Kendiri
Berikut panduan ringkas cara-cara mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 untuk panduan guru.
1️⃣ Log Masuk HRMIS
- Masuk ke portal HRMIS menggunakan: • ID pengguna • Kata laluan
- Klik: Pembangunan → Program Pembangunan Kompetensi.
- Klik: Fungsi → Permohonan Program Pembangunan Kompetensi.
- Klik tab: Program Pembangunan Kompetensi yang telah dihadiri.
- Kemudian tekan Permohonan Baharu.
5️⃣ Pilih Kategori Aktiviti
- Dalam sistem HRMIS pilih salah satu kategori berikut:
- Kursus / Latihan
- Sesi Pembelajaran
- Pembelajaran Kendiri
6️⃣ Isi Maklumat Aktiviti
- Masukkan maklumat seperti:
- Tajuk aktiviti
- Tarikh mula & tamat
- Tempoh jam pembelajaran
- Penganjur / sumber pembelajaran
7️⃣ Muat Naik Bukti
8️⃣ Simpan & Hantar
📌 Tip penting:
- Lampirkan dokumen sokongan seperti:
- Sijil
- Screenshot webinar / kursus
- Bukti pembelajaran
8️⃣ Simpan & Hantar
- Klik: Simpan → Hantar untuk Pengesahan.
- Rekod akan dihantar kepada pegawai pengesah dalam HRMIS.
📌 Tip penting:
Simpan semua bukti pembelajaran seperti sijil kursus, tangkap layar webinar atau bahan pembelajaran untuk memudahkan pengesahan.
Kredit/Sumber:
Kredit/Sumber:
Cikgu Sue
Cuti Tambahan 18 Mac 2026 Semua Sekolah KPM Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026.
Alhamdulillah.
Cuti tambahan ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih teratur.
Alhamdulillah.
Berdasarkan kalendar akademik sesi 2026:
Kumpulan A (Selangor, Negeri Sembilan)
➡️ Cuti tambahan: 19 Mac 2026 (Khamis)Kumpulan B (Kelantan, Kedah, Terengganu)
➡️ Cuti tambahan: 19 & 20 Mac 2026 (Khamis & Jumaat)Cuti tambahan ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih teratur.
Sumber:
Pengambilan Guru COS (Contract of Service) dan Guru Interim KPM Bermula 2 Mac 2026
Graduan Ijazah Pendidikan (Interim)- Graduan yang memiliki ijazah pendidikan dan juga pemegang diploma pendidikan melalui laluan interim.
- Rujuk: https://www.spp.gov.my/.../hebahan-pengambilan-pegawai...
- Permohonan: https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php
- Tarikh permohonan: 2 Mac - 20 Mac 2026
Graduan BUKAN Ijazah Pendidikan (COS)- Graduan bukan pendidikan yang tidak mempunyai latar belakang ikhtisas, tetapi bersedia dilatih dan melalui tapisan ketat sebelum diserap masuk menerusi laluan Contract of Service (COS).
- Rujuk: https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26
- Syarat dan kelayakan: https://mypdpp.moe.gov.my/PDPP26/IKLAN/PDPP_COS26.pdf
- Tarikh permohonan: 2 Mac - 20 Mac 2026
- Ditempatkan mengajar di sekolah rendah
- Diwajibkan mengikuti PDPP (Latihan perguruan) secara mod hibrid di IPG selama 1 tahun (3 semester)
- Yuran PDPP dengan pembiayaan sendiri
- Selepas tempoh kontrak 1 tahun dan lulus PDPP, Guru CoS yang berjaya memenuhi syarat dan prestasi berpeluang dilantik ke Kontrak Interim, dan seterusnya berpeluang untuk lantikan tetap dalam perkhidmatan pendidikan.
![]() |
| Guru COS |
![]() |
| Timeline Guru COS |
Graduan Ijazah Pendidikan (Lantikan Interim)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) secara lantikan Kontrak (Interim).
Graduan tidak layak memohon
Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:- Graduan yang memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026
- Graduan Pendidikan Tajaan KPM
- Guru Interim
- Guru Kontrak (Lantikan SPP dan KPM)
- Sedang dalam proses siasatan/menjalani hukuman tatatertib
- Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; atau
- Seorang bankrap.
Graduan BUKAN Ijazah Pendidikan (Lantikan COS)
KPM mempelawa graduan TANPA Ijazah Pendidikan menyertai profesion keguruan sebagai guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara lantikan Contract of Service (COS) bagi keperluan guru sekolah rendah KPM.
Syarat dan kelayakan:
Sumber:
Pengambilan Calon Guru Latihan Praperkhidmatan Tajaan KPM bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2026
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti latihan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi tahun 2026. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru bagi keperluan guru sekolah rendah KPM.
Nama program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Tempoh pengajian: 1 tahun (3 semester)
Tempoh pengajian: 1 tahun (3 semester)
Mod program: Sepenuh masa (Tajaan KPM)
Tarikh permohonan: 9 - 27 Mac 2026
Tarikh permohonan: 9 - 27 Mac 2026
Interaksi kuliah: Bersemuka sepenuhnya di IPG
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/ atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.
Syarat dan Kelayakan
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada 30 Jun 2026
- Memiliki Indeks Jisim Tubuh (BMI) 32.5 dan ke bawah
[BIJAK BAHASA] Jauhi Kesalahan Lazim dalam Penulisan | Bilangan 1/2026
Frasa Pemakluman dan Pembuka Ayat
❌Adalah dimaklumkan bahawa ...
✅ Dimaklumkan bahawa ...
❌Sukacita dimaklumkan ...
✅ Dengan sukacita dimaklumkan ...
✅ Dimaklumkan bahawa ...
❌Sukacita dimaklumkan ...
✅ Dengan sukacita dimaklumkan ...
- Elakkan penggunaan perkataan 'adalah' pada permulaan ayat makluman ini.
Frasa Hubung dan Penulisan Senarai
❌Sehubungan itu
✅ Sehubungan dengan itu
✅ Sehubungan dengan itu
- Kata sendi 'dengan' wajib disertakan untuk menjadikannya gramatis.
❌.. seperti berikut
✅... seperti yang berikut
✅... seperti yang berikut
Pelepasan Cukai Individu Tahun 2025 LHDN
Perkhidmatan E-Filling Pelepasan Cukai Individu Tahun 2025
LHDN memaklumkan perkhidmatan e-Filling bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) individu melibatkan borang BE telah dibuka pada hari ini, 1 Mac 2026.Alhamdulillah, saya telah selesai.
Penjawat awam yang sudah mempunyai pemotongan Cukai Bulanan (PCB) tahun 2025, boleh rujuk slip gaji (payslip) masing-masing di bahagian potongan cukai, jika ada, claim atau tuntutan pelepasan cukai sudah boleh dibuat pada 1 Mac 2026 iaitu hari ini.
😄 1/3/2026 - selesai isi e-Filling (e-BE)
😁😁 6/3/2026 - lebihan bayaran cukai diterima?
😁😁😁 21/3/2026 - duit raya, alhamdulillah
😁😁😁 21/3/2026 - duit raya, alhamdulillah
💥Update: 10/3/2026 - lebihan bayaran cukai telah diterima
Penjawat awam yang sudah mempunyai pemotongan Cukai Bulanan (PCB) tahun 2025, boleh rujuk slip gaji (payslip) masing-masing di bahagian potongan cukai, jika ada, claim atau tuntutan pelepasan cukai sudah boleh dibuat pada 1 Mac 2026 iaitu hari ini.
Antara rekod pembayaran dan dokumen resit yang perlu ada untuk rujukan pelepasan cukai (mesti atas nama sendiri) dan perlu disimpan selama 7 tahun.
1. Bil langganan internet
2. Resit pembelian buku/bahan bacaan
3. Resit bayar gimnasium
4. Resit beli peralatan sukan
5. Resit beli handphone/laptop/tab
6. Resit zakat
7. Resit sumbangan derma
8. Resit bayar yuran universiti untuk master/PhD
9. Bil perubatan (penyakit kritikal/vaksin)
10. Penyata SSPNI, takaful, PRS, KWSP, insurans pendidikan
11. Kenderaan elektrik
12. Bayaran Faedah rumah pertama (SPA 2025-2027)
- Antara cadangan cara menyimpan semua dokumen dan resit adalah; scan semua dokumen, email kepada diri sendiri, upload ke google drive atau cloud storage. Dokumen dan resit asal disimpan dalam sampul atau fail khas.
- Untuk proses tuntutan pelepasan cukai, sila layari https://mytax.hasil.gov.my/.
- Untuk maklumat jenis potongan cukai individu LHDN: https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/lapor-pendapatan/pelepasan-cukai/
Cara Pendaftaran E-Filling
- Pergi ke Web MyTax dan register
- Pilih bahagian E-Daftar. Boleh register melalui online sahaja.
- Selepas selesai dan dapat Nombor TIN, boleh login dan mulakan urusan claim.
- Isi borang e-BE bagi yang punca pendapatan hanya gaji penjawat awam dan tiada punca perniagaan.
- Tempoh pelaporan dalam e-Filling bagi penggajian (Borang e-BE) – sebelum atau pada 15 Mei setiap tahun
[HEBAHAN] Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 27/2026
Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) mempelawa pegawai di bawah KPM untuk menyumbangkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan (e-PRD) Jilid 27/2026. Sumbangan artikel ini bertujuan memperkukuh budaya penyelidikan serta memperkasa perkongsian amalan terbaik dalam bidang pendidikan ke arah peningkatan kualiti sistem pendidikan negara.
![]() |
Panduan penulisan dan artikel boleh diakses melalui pautan berikut:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
03-8884 6580 / 03-8884 6201
jurnal.bppdp@moe.gov.my
03-8884 6580 / 03-8884 6201
jurnal.bppdp@moe.gov.mySumber:
Buku Kecil Ramadan: Puasa dan Tarawih 2026/1447H Terbitan ABIM
Buku Kecil Ramadan: Puasa dan Tarawih 2026/1447H yang diterbitkan oleh ABIM versi terkini tahun 2026. Buku ini sesuai untuk kegunaan muslimah yang lebih afdal bersolat sunat tarawih di rumah.
Kandungan buku kecil ini merangkumi:- Hal Ehwal Puasa Ramadan
- Solat Sunat Tarawih, Witir, Zikir & Doa
Sumber:
Alasan Atau Sebab Tidak Hadir ke Sekolah Mengikut Sistem IDME KPM
Berikut merupakan jenis-jenis alasan tidak hadir ke sekolah mengikut sistem IDME untuk rujukan ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa dan penjaga perlu menyatakan alasan ketidakhadiran anak dengan jelas berdasarkan senarai yang diberikan bagi mengelakkan rekod kehadiran dilabel sebagai PONTENG oleh pihak sekolah. Alasan dan sebab yang tepat juga dapat membantu guru kelas merekodkan kehadiran murid dengan betul dan cepat.
Alasan atau sebab tidak hadir ke sekolah dikategorikan kepada 12 pecahan utama seperti berikut:
- Aktiviti luar sekolah
- Ancaman keselamatan
- Bencana alam
- Digantung sekolah
- Masalah keluarga
- Masalah peribadi
- PDPR
- Penggiliran peperiksaan
- Kebenaran Pengetua/Guru Besar
- Ponteng
- Masalah kesihatan
- Sekolah dalam hospital
AKTIVITI LUAR SEKOLAH
1) Wakil sekolahANCAMAN KESELAMATAN
2) Binatang liar/buas/berbisa3) Diculik
4) Gangguan mistik/makluk halus
5) Gangguan kumpulan kongsi gelap
6) Kebakaran
7) Pengganas/lanun
8) Rusuhan di luar kawasan sekolah
9) Ugutan daripada pihak luar
10) Mangsa buli
11) Mangsa seksual
12) Tidak dapat dikesan/hilang
BENCANA ALAM
13) jerebu14) kemalangan
15) banjir
16) gempa bumi
17) hujan lebat/ribut taufan
18) pencemaran udara
19) kemarau
20) cuaca panas El Nino
21) pencemaran sisa kimia
22) pencemaran alam
23) tanah runtuh
DIGANTUNG SEKOLAH
24) Digantung sekolahMASALAH KELUARGA
25) Bekerja26) Berpindah randah
27) Perebutan hak penjagaan anak
28) Mengikut keluarga bercuti/berkursus
29) Menjaga/menguruskan ahli keluarga
30) Menjaga ahli keluarga yang sakit
31) Kematian ahli keluarga terdekat
32) Kemiskinan/kesempitan hidup
33) Masalah pengangkutan
34) Menziarahi keluarga sakit
35) Balik kampung
36) Berpindah ke luar negara
37) Krisis keluarga
38) Lari dari rumah
MASALAH PERIBADI
39) Tekanan perasaan/trauma40) Kesakitan akibat haid/permulaan haid
PDPR
41) Pembelajaran di rumahPENGGILIRAN PEPERIKSAAN
42) Urusan peperiksaanKEBENARAN PENGETUA/GURU BESAR
43) Haji/umrah/kegiatan agama44) Peperiksaaan/ujian selain KPM
45) Pertandingan/aktiviti selain KPM
46) Proses perpindahan sekolah
47) Terlibat kes jenayah
48) Terlibat kes trafik
49) Urusan rasmi agensi kerajaan
50) Latihan/ujian lesen memandu
51) Tahanan pihak berkuasa
52) Terlibat prosiding mahkamah
53) Perlindungan jabatan kebajikan masyarakat
54) Cuti semester
55) Menjalani latihan industri
PONTENG
56) Bangun lewat57) Malas ke sekolah
58) Ketagihan gajet
59) Tidak menyiapkan kerja sekolah
60) Malas ke aktiviti kokurikulum
MASALAH KESIHATAN
61) Makluman ibu bapa penjaga62) Kecederaan/patah tulang
63) Surat cuti sakit hospital/klinik
64) Imunisasi rendah
65) Demam
66) Tantrum (MBK)
67) Temujanji hospital/klinik
68) Menjalani terapi/rawatan/kuarantin
69) Tidak melepasi saringan kesihatan (MBK)
70) Mendapatkan rawatan tradisional
71) Kemurungan
72) Batuk kokol
73) Beguk
74) Cacar air
75) Chikungunya
76) Covid 19 bergejala
77) Covid 19 dengan kebenaran ibu bapa
78) Covid 19 kuarantin
79) Covid 19 penggiliran
80) Denggi
81) Swine Flue (H1N1)
82) Hepatitis
83) Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)
84) Influenza
85) Japanese Encephalitis
86) Leptospirosis (penyakit kencing tikus)
87) Kudis buta
88) Malaria
89) Mers COV
90) Sars
91) Taun
92) Tibi
93) Sakit Mistik
94) Sakit mental
95) tekanan emosi
SEKOLAH DALAM HOSPITAL
96) Sekolah dalam hospitalRancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035
Dokumen Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026- 2035 setebal 375 muka surat telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia boleh dimuat turun di lama sesawang KPM di sini: RPM 2026-2035
RPM 2026-2035 ialah hala tuju 10 tahun pendidikan negara bertujuan untuk membina semula sistem pendidikan negara.
Enam (6) perubahan sistem pendidikan negara yang terkandung dalam RPM:
- 6 tahun masuk darjah satu mulai 2027
- Bahasa Melayu dan Sejarah wajib untuk semua warganegara
- Penilaian pembelajaran baharu
- RM100 juta untuk naiktaraf bilik guru
- Pendidikan TVET seawal peringkat rendah
- Reformasi sekolah
RPM 2026-2035 juga menyentuh perkara-perkara berikut:
- Sasaran literasi & numerasi
- Pengukuhan peranan guru kepada PdP
- Autonomi terpimpin sekolah
- Pemerkasaan prasarana fizikal & digital
- Tujuh Teras Strategik yang akan membentuk landskap pendidikan hingga 2035
Lima (5) ciri murid yang ingin dihasilkan:
- Beradab
- Berilmu
- Berkemahiran
- Berdaya tahan
- Berkeyakinan
Sumber:
KPM
81 Aktiviti PAK21 (Pembelajaran Abad Ke-21 | 21st Century Learning)
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) ialah pendekatan pendidikan berpusatkan murid yang menfokuskan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kolaborasi, kreativiti, komunikasi, dan nilai murni. Ia bertujuan menyediakan murid untuk cabaran masa depan melalui teknologi dan pembelajaran aktif, selaras dengan transformasi pendidikan negara. PAK21 telah mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 2014 secara rintis. Pelaksanaan PAK21 dibudayakan sepenuhnya di bilik darjah pada tahun 2016.
81 Aktiviti PAK21 | Pembelajaran Abad Ke-21
1. I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, saya fikir dan saya bertanya)
2. Recap Group (Mengulangi / mengingat semula)
3. Rocket writing (Penulisan pantas)
4. Galery Walk (Lawatan ke galeri)
5. Time capsules (Kapsul Masa)
6. Survey (Tinjauan)
7. Presentations (Persembahan) - individu, berpasangan, berkumpulan
8. Qudrat Activity (Aktiviti Berempat)
9. Chunking (Gabungan)
10. Café (Kedai Kopi)
11. SWOT
12. Checklist (Senarai Semak)
13. Bus Stop (Hentian Bas)
14. Table Talkers (Perbincangan di meja)
15. Brainstorming (Sumbangsaran)
16. Personal Learning Experiences (Pengalaman Peribadi)
17. Think – Pair – Share (Fikir-Pasang-Kongsi)
18. Games (Permainan)
19. Learning Trios A-B-C (Tiga serangkai A-B-C)
20. Read and highlight (baca dan tanda)
21. Puzzle it Out (Selesaikan)
22. Cloze Procedures (Isikan tempat kosong)
23. KWL Chart (Carta KWL)
24. Quick Quiz (Kuiz Cepat)
25. Mind Map (Peta Minda)
26. Jigsaw Reading (Susun Suai)
27. Chart and Share (Catat dan kongsi)
28. Table Cloth (Alas Meja)
29. Colaboration (Kolaborasi)
30. Stretch to Sketch (Lukis mengikut kreativiti)
31. Traffic Lights (Lampu Isyarat)
32. Talk Partners (Rakan Berbual)
33. Make Predictions (Membuat andaian)
34. Snow Balling (Bola Salji)
35. Hot Seating (Kerusi Panas)
36. Goldfish Bowl (Mangkuk ikan emas)
37. Free Discussion (Perbincangan Bebas)
38. Listerning Triad (Pendengaran bertiga)
39. Role-Play (Main peranan)
40. Rally Table
41. Round Table
- Dengan menggunakan gambar / objek murid diminta:
- Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat (see)
- Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan kehidupan seharian / lain-lain perkara (think)
- Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang telah dipelajari sebelum ini. (wonder)
2. Recap Group (Mengulangi / mengingat semula)
- Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan apa yang telah dipelajari sebelum ini.
3. Rocket writing (Penulisan pantas)
- Jangka masa diberi (contohnya 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka tahu berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.
4. Galery Walk (Lawatan ke galeri)
- Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik / dewan untuk:
- Melihat
- Berfikir dan
- Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal
5. Time capsules (Kapsul Masa)
- Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid pada awal tahun (contohnya) dan membuka jawapan tersebut beberapa bulan kemudian untuk murid membaca semula apa yang telah mereka tulis.
6. Survey (Tinjauan)
- Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik / isu.
7. Presentations (Persembahan) - individu, berpasangan, berkumpulan
- Persembahan murid dalam bentuk:
- Lisan
- Vieo
- Powerpoint
- Pameran
- yanyian
- Tarian
- Lakonan
- Lain-lain yang kreatif
8. Qudrat Activity (Aktiviti Berempat)
- Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar.
- Di luar bulatan guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid).
- Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan.
- Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah dipersetujui semua ahli kumpulan dalam bulatan.
9. Chunking (Gabungan)
- Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan pembelajaran baru untuk mempertingkatkan pemahaman mereka.
10. Café (Kedai Kopi)
- Seperti di kafe pelajar duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang mengenai soalan / topik yang diletakkan di atas meja (table cloth).
11. SWOT
- Murid mengemukakan soalan / sitiuasi / isu untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki mengisi borang yang mempunyai empat petak:
- S: Strengths (Kekuatan)
- W: Weaknesses (Kelemahan)
- O: Obstacles (Halangan / Cabaran)
- T: Thoughts (Soalan-soalan untuk tindakan / kajian seterusnya)
12. Checklist (Senarai Semak)
- Murid dikehendaki menanda item-item tertentu dalam senarai semak mereka untuk mengetahui kefahaman mereka tentang tajuk/topik-topik tertentu.
13. Bus Stop (Hentian Bas)
- Soalan / topik ditampal didinding di beberapa tempat di dalam kelas / dewan.
- Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan berbincang tentang soalan / topik yang berkenaan.
- Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperolehi.
14. Table Talkers (Perbincangan di meja)
- Kad-kad yang mengandungi topik / isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan kumpulan secara lisan atau bertulis.
15. Brainstorming (Sumbangsaran)
- Cara yang terbaik untuk mendapatkan idea-idea yang bernas daripada murid.
16. Personal Learning Experiences (Pengalaman Peribadi)
- Murid dikehendaki berkongsi pengalaman peribadi mengenai isu/topik yang dibincangkan.
17. Think – Pair – Share (Fikir-Pasang-Kongsi)
- Murid dikehendaki memikirkan topik / soalan yang diberi secara individu
- Murid dikehendaki berbincang dengan rakan / pasangan
- Mereka perlu berkongsi maklumat /hasil perbincangan dengan pasangan lain/kumpulan/kelas
18. Games (Permainan)
- Permainan boleh dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi / perbincangan.
19. Learning Trios A-B-C (Tiga serangkai A-B-C)
- Satu kaedah pengurusan perbincangan dalam kalangan murid.
- Murid A bercakap, murid B dan C mendengar dan bertanya soalan.
- Murid B bercakap, murid A dan C mendengar dan bertanya soalan.
- Murid C bercakap, murid B dan A mendengar dan bertanya soalan.
- Murid juga perlu membuat catatan tentang hasil perbincangan mereka.
20. Read and highlight (baca dan tanda)
- Satu strategi membaca yang berpandu.
- Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi penting/utama.
21. Puzzle it Out (Selesaikan)
- Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat.
22. Cloze Procedures (Isikan tempat kosong)
- Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai / tepat.
23. KWL Chart (Carta KWL)
- Carta diberikan kepada murid sebelum PdP dan diminta untuk mengisi ruang-ruang seperti:
- Know (What I know about / Apa yang saqya tahu tentang) pengetahuan sedia ada
- What (What I want to know / Apa yang saya mahu tahu lebih lanjut) – Soalan-soalan murid
- Learned (What I haved Learned / Apa yang telah saya pelajari) – Penilaian sumatif.
24. Quick Quiz (Kuiz Cepat)
- Kuiz yang digunakan untuk menilai kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada atau apa yang telah mereka pelajari (Awal/akhir PdP).
25. Mind Map (Peta Minda)
- Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untukmenunjukan kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar.
- Mind map mempunyai pelbagai bentuk.
- Ia boleh berubah mengikut kreativiti, citarasa dan mood murid.
26. Jigsaw Reading (Susun Suai)
- Murid diberi keratan atau perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula ayat-ayat / perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan cerita/ kronologi.
27. Chart and Share (Catat dan kongsi)
- Borang chart and share diberikan kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi borang serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.
28. Table Cloth (Alas Meja)
- Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja.
- Murid bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas tersebut.
29. Colaboration (Kolaborasi)
- Murid diberi tugasan untuk disiapkan mengikut kumpulan dan mereka mesti bekerjasama dengan kumpulan lain untuk melengkapkannya/menyiapkan.
30. Stretch to Sketch (Lukis mengikut kreativiti)
- Guru memberi arahan/maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu) tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian.
- Hasil kerja murid ditampal dan guru akan membuat pengiktirafan/hadiah kepada lukisan yang paling kreatif.
31. Traffic Lights (Lampu Isyarat)
- Satu cara penilaian kendiri di awal, semasa atau di akhir PdP.
- 3 warna digunakan.
- Green – (Hijau) Saya yakin saya tahu
- Yellow – (Kuning) Rasa-rasa saya tahu
- Red – (Merah) Saya tidak tahu
32. Talk Partners (Rakan Berbual)
- Murid diberi peluang berbual/berbincang mengenai isu / topik yang dipelajari dengan rakan mereka.
33. Make Predictions (Membuat andaian)
- Murid diminta membuat andaian / jangkaan sebelum demo/ujikaji dijalankan.
- Selepas demo/ujikaji dijalankan murid diminta berbincang mengenai andaian mereka sebelum ujikaji tersebut adakah tepat atau kurang tepat.
34. Snow Balling (Bola Salji)
- Guru menyatakan satu soalan/pernyataan kepada semua murid.
- Setiap murid menyatakan satu jawapan mereka secara individu
- Kemudian murid akan berkongsi jawapannya dengan rakan.
- Jadikan dua jawapan yang ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama.
- Ulang proses yang sama.
- Cara ini boleh mensentisiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan.
35. Hot Seating (Kerusi Panas)
- Seorang murid dipilih ke hadapan kelas.
- Dia bertindak untuk menjawab soalan atau menyatakan pendangan daripada pertanyaan rakan-rakannya di dalam kelas berkaitan dengan tajuk yang diperbincangkan.
36. Goldfish Bowl (Mangkuk ikan emas)
- Sama seperti hot Seating tetapi yang tampil ke hadapan ialah satu kumpulan untuk menyatakan pandangan dan menjawab soalan.
- Murid lain boleh bertanya soalan kepada kumpulan murid ini.
37. Free Discussion (Perbincangan Bebas)
- Ini dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.
- Oleh kerana ianya tidak berstruktur perbincangan ini memerlukan guru atau murid yang berpengalaman sebagai pemudah cara.
38. Listerning Triad (Pendengaran bertiga)
- 3 orang murid dalam satu kumpulan.
- Seorang murid sebagai penyoal, seorang menjawab dan seorang pencatat.
- Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan berakhir
- Untuk keseterusnya peranan seseorang itu akan bergilir.
39. Role-Play (Main peranan)
- Gunakan cerita, drama. Main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dengan topik sensitif dan emosi. Contohnya minta murid membincangkan perasaan mereka tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan kemudian meminta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang yang mengalami situasi tersebut.
40. Rally Table
- Secara berpasangan, murid bergilir-gilir memberikan respons atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen atau pensel yang sama.
- Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
- Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
- Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
42. Simultaneous Round Table
- Dalam pasukan, murid menulis respons kepada masalah dalam kertas masing-masing.
- Kemudian, murid mengedarkan catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah atau membetulkan apa yang ditulis.
43. Three Stray, One Stay
- Kaedah alternatif pembentangan kumpulan. Hasil kerja ditampal. Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan. Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.
- Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir.
- Murid 1: susun kad seperti kipas
- Murid 2: pilih kad dan bacakan soalan
- Murid 3: jawab soalan
- Murid 4: beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi
- Murid mencari pasangan masing-masing.
- Murid membentuk dua bulatan iaitu satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2).
- Murid berdiri menghadapi pasangan
- Guru memberikan soalan atau tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
- Murid dalam Bulatan 2 menjawab dan rakannya hanya mendengar
- Murid memberikan pujian atau membetulkan jawapan rakan apabila dia telah habis memberikan jawapan.
- Kemudian murid bertukar peranan dengan soalan yang baharu.
- Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan.
- Murid secara berpasangan bergilir-gilir memberikan respons tentang sesuatu perkara secara lisan.
47. Round Robin
- Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.
48. Spin-N-Think
- Menggunakan kadbod dengan anak panah berputar untuk menentukan giliran murid dalam peranan menyoal, menjawab, membetulkan, dan memberi pujian.
- Contoh aktiviti: Seorang murid menyoal tentang cara meningkatkan semangat patriotik, manakala murid lain menjawab dan memberi maklum balas.
- Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip ditengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberikan pendapat.
- Murid tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberikan peluang untuk bercakap.
50. Mix-N-Match
51. Trade-A- Problem
52. Team Stand-N-Share
- Murid bergaul dan bergerak mencari bahan atau perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.
51. Trade-A- Problem
- Pasukan membina masalah atau soalan dan menghantar kepada pasukan lai unutk mencari penyelesaian atau jawapan.
52. Team Stand-N-Share
- Ahli pasukan berdiri.
- Guru atau murid memberikan soalan.
- Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan atau pendapat dengan pasukan lain.
53. Find the Fib/Guess the Fib
55. Formations
56. Window Pane
57. Showdown
- Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah.
- Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah.
- Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan.
- Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi.
- Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju.
55. Formations
- Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan.
56. Window Pane
- Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
- Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut.
57. Showdown
- Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah.
- Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak.
- Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan
58. Lyrical Lessons
59. Timed Pair Share
60. Stir- the- Class
61. Team Word-Web
- Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak.
59. Timed Pair Share
- Secara pasangan, murid 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa yang ditetapkan dengan murid 2.
- Kemudian tukar peranan.
60. Stir- the- Class
- Pasukan duduk dalam bulatan.
- Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah.
- Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan.
- Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya.
61. Team Word-Web
- Murid tulis topik di tengah-tengah kertas mahjong.
- Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka.
62. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
63. Paraphrase Passport
64. Mix-Freeze Group
65. Roam the Room
66. Gallery Tour
- Seorang murid mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi lagu.
- Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya.
- Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni.
63. Paraphrase Passport
- Murid hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya.
64. Mix-Freeze Group
- Murid membentuk pasukan mengikut arahan guru.
- Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan, diletakkan dalam “Lost and Found”.
- Dengan isyarat guru, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan.
- Apabila guru beri isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan lain.
66. Gallery Tour
- Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan.
- Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya.
- Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka.
- Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula.
- Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi.
67. Rotating Review
68. The Yarn Yarn
69. Kinesthetic Symbols
70. Team Statements
71. Who am I?
72. Sages Share
73. Traveling File
74. Team Interview
75. Team Project
76. Value Lines
77. Find-Someone-Who
78. Rotating Review
79. Three-Step Interview
- Pasukan bincang topik.
- Buat carta/pengurusan grafik.
- Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang hasil perbincangan kumpulan itu.
- Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu.
- Begitulah seterusnya.
68. The Yarn Yarn
- Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan.
- Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea.
69. Kinesthetic Symbols
- Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran.
70. Team Statements
- Murid berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu.
- Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua.
71. Who am I?
- Setiap orang murid diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju).
- Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang identity masing-masing.
- Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”.
- Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya.
72. Sages Share
- Murid buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat ‘initial” mereka.
- Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya.
73. Traveling File
- Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan.
- Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain.
- Setiap pasukan yang mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
- Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
74. Team Interview
- Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri).
75. Team Project
- Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak (team cheers), logo pasukan dan warna pasukan.
76. Value Lines
- Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup.
- Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain.
- Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka.
77. Find-Someone-Who
- Murid dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu.
78. Rotating Review
- Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik, kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing.
- Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan.
- Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza.
79. Three-Step Interview
- Empat orang murid dalam satu pasukan.
- Langkah 1: Secara berpasangan seorang murid menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga.
- Langkah 2: Pasangan bertukar peranan di atas.
- Langkah 3: Setiap murid secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain.
80. Two-Box Induction
81. Same Different
- Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh.
- Fasilitator beri ransangan.
- Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis.
- Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut.
81. Same Different
- 2 orang murid dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka.
- Kemudian mereka bandingkan jawapan.
- Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan.
Kalendar Akademik 2026 Berdasarkan Takwim Persekolahan KPM
![]() |
Kalendar 2026 ini disertakan dengan cuti sekolah KPM, tarikh gaji penjawat awam, cuti umum persekutuan dan juga cuti umum negeri.
Untuk muat turun kalendar dalam format pdf, sila ke group Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau: https://t.me/CikguHaseni
Kredit dan terima kasih:
Cikgu Share




.jpg)
.jpg)
.jpg)
















Tarikh tutup sumbangan: 31 Mac 2026
























