Showing posts with label Pemulihan Khas. Show all posts
Showing posts with label Pemulihan Khas. Show all posts

Digraf dan Konsonan Bergabung

Digraf

Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u) yang hadir secara berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi dalam perkataan.
Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap - Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP

Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
  1. gh mewakili /ɣ/ (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: ghairah, Afghan dan baligh.
  2. kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: khidmat, akhbar dan tarikh.
  3. ng mewakili /ŋ/ (sengauan velar)
  4. ny mewakili /ɲ/ (sengauan lelangit)
  5. sy mewakili /ʃ/ (geseran belakang gusi tak bersuara)

Contoh perkataan digraf:
ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat
gh - ghazal, ghairah, ghaib

Perkataan pinjaman lain 
- skuter, drama, teks, stadium, stoking, krayon, troli, zink, klip, dram, bank, trak, 








Konsonan Bergabung 

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah gabungan 2 huruf konsonan yang hadir secara berturutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Perkataan yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris.

Contoh perkataan konsonan bergabung:
- kompleks (kom + pleks)
- konkrit (kon + krit)
- traktor (trak + tor)
- strawberi (straw + beri)
- aiskrim (ais + krim)
- terminal (ter + mi + nal)
- bankrap (ban + krap)


Kekeliruan antara Digraf dan Konsonan Bergabung / Berganding / Huruf Rangkap

Kamus Dewan memberikan takrifan digraf, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy; atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang, huruf rangkap. Tidak ada maklumat yang jelas tentang konsonan berganding, konsonan bergabung dan konsonan yang berturutan dalam pangkalan data kami. Adapun perkataan lain yang mempunyai urutan huruf konsonan itulah yang disebut konsonan berganding atau konsonan bergabung, dan berkemungkinan dua huruf atau tiga huruf seperti dalam perkataan klinik dan bankrap. Tidak dinyatakan turutan huruf konsonan ini dalam satu suku kata atau sebaliknya. - Dewan Bahasa dan Pustaka, 14.12.2015

Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami, konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. - Dewan Bahasa dan Pustaka, 14.05.2014

 

DBP, 14 Disember 2015

DBP, 14 Mei 2014


*dikemaskini pada 10.10.2020

Sumber rujukan / kredit / bacaan lanjut:

Diftong dan Vokal Berganding

Definisi Diftong


Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih lantang (kuat) berbanding bunyi yang kedua.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu;
  1. ai
  2. au
  3. oi
Secara lebih terperinci, diftong ialah:
  1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. 
  2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
  3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 
  4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi. 
  5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi. 

Contoh perkataan diftong


ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai

au - harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau, pau, aurat, saudara

oi - sekoi, koboi, kaloi, amboi, dodoi, boikot, konvoi







Vokal berganding (Vokal Rangkap)

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.






Secara ringkas diftong - vokal berganding:

Diftong

Dibaca sebagai satu suku kata dan dilafazkan dengan cepat. 

Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi

Vokal berganding

Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata.

baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar 
luas = lu+as


*dikemaskini pada 9.2.2017

Sumber:

  1. http://rasfarina72.blogspot.com/2014/02/diftong-vokal-berganding-digraf-dan.html
  2. http://cikgupenmerah.blogspot.com/2012/05/apa-itu-vokal-berganding-dan-diftong.html
  3. http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/12/diftong-dan-vokal-berganding.html

Alat Genggaman Pensel (Pencil Grip Device)

Entri ini adalah susulan daripada entri dua hari lepas tentang Cara dan latihan memegang pensel untuk kanak-kanak atau murid pada peringkat permulaan tulisan mekanis

Alkisahnya, entri tersebut ditulis kerana saya mempunyai seorang murid tahun 1 yang tidak boleh menulis, dalam erti kata sebenar, bila murid ini diminta meniru atau menyalin huruf, murid hanya terkebil-kebil memandang ke arah saya tanpa berbuat apa-apa. Walaupun saya sudah menunjukkan cara menulis huruf dengan memegang tangannya tetapi masih juga tidak berjaya. 

Murid ini boleh menyambung titik-titik pada huruf tetapi tidak kemas dan banyak yang terkeluar daripada garisan. Begitu juga dengan mewarna. Saya terpikir apakah masalah sebenar murid ini lalu saya mencari maklumat di internet berkenaan dengan kemahiran menulis, lalu terhasillah entri tersebut.

Saya tidak menjual apa-apa peralatan atau barang kerana saya hanya sekadar ingin berkongsi maklumat dengan pembaca, namun ada pembaca yang bertanya tentang ALAT GENGGAMAN PENSEL (Pencil grip device).


Alat genggaman pensel


Alat Genggaman Pensil QALAMIY

Terdapat satu produk alat genggaman pensil iaitu QalamiyTM. Produk ini dicipta khusus untuk individu yang mempunyai ketidakupayaan dalam menulis, individu yang menderita strok ringan dan juga kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy.


"The QalamiyTM is a fun, affordable and effective way to teach young children how to hold their pencil correctly. Medium Grip is perfect for Kindergarten through 6th Grade. All children, including those with Autism, ADHD, developmental disabilities, learning disabilities and general fine motor delay can all benefit from using the QalamiyTM. When using the QalamiyTM., students can focus on good handwriting rather than the mechanics of holding the pencil. The result is an efficient pencil grasp and improved handwriting! The QalamiyTM is used in school settings and pediatric clinic settings across the United States."


Kepada yang berminat untuk membeli alat genggaman pensil ini, anda boleh hubungi individu yang mempromosikan alat ini di akaun Facebook atau blog seperti berikut:


QALAMIY - Alat genggaman pensil


Promosi QALAMIY di Facebook


Maklumat lanjut tentang produk QALAMIY, anda boleh baca di pautan berikut:
  1. http://qalamiytm.blogspot.com/
  2. Qalamiy Alat genggaman pensil
  3. Qalamiy Alat genggaman pensil (Video)

Prosedur Pengesahan Murid Berkeperluan Khas Oleh Pegawai Perubatan

Salam semua.

Catatan ini merujuk kepada Guru Pemulihan Khas di sekolah kerana masih terdapat rguru Pemulihan Khas yang masih belum jelas tentang tatacara atau prosedur pengesahan sama ada seseorang murid itu perlu ke kelas Pendidikan Khas atau tidak. 

Di sini saya kongsikan sedikit maklumat tentang prosedur pengesahan Murid Berkeperluan Khas atau MBK oleh Pengawai Perubatan (doktor perubatan). 

1. Sumber: Facebook Guru Pemulihan Khas Malaysia

Isi borang IPMBDM dan ISD.
Jika murid tidak melepasi kriteria, jumpa ibu bapa untuk beri penjelasan. 

Sekiranya ibu bapa setuju, baru boleh rujuk doktor di hospital, tetapi belum habis di situ, sekiranya okey, arus perdana, sekiranya tidak, minta kebenaran ibu bapa untuk menempatkan pelajar terbabit ke Pendidikan Khas. 

TETAPI, sekiranya ibu bapa enggan atau tidak bersetuju, cikgu TIDAK boleh paksa ibu bapa hantar murid ke Pendidikan Khas. PENTING itu.

* IPMBDM: Instrumen pengesanan murid bermasalah dalam pembelajaran
* ISD: Instrumen senarai semak disleksia


2. Dokumen yang diperlukan

- borang IPMBDM
- borang ISD
- borang BPKh01: Surat kebenaran ibubapa
- borang BPKh02: Permohonan menjalani pemeriksaan doktor


Proses membuat pengesahan murid MBK oleh Pegawai Perubatan
 melalui Pejabat Pendidikan Daerah (Program Outreach)



Borang BPKh01 - Surat Kebenaran Ibubapa

Borang BPKh02: Permohonan menjalani pemeriksaan doktor




[DOWNLOAD] Buku Panduan Pengajaran & Pembelajaran MATEMATIK Program Pemulihan Khas

Buku panduan PdP Matematik ini sesuai digunakan oleh guru pemulihan khas sebagai garis panduan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan khas. Ia juga boleh digunakan sebagai RPT di samping membantu GPM dalam penyediaan RPH.

Buku panduan ini diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM pada tahun 2012.

Di sini saya ingin kongsikan soft copy buku panduan ini dalam dua format. Format pertama adalah .pdf manakala format kedua adalah .doc.

Untuk muat turun fail, sila klik pada pautan berikut:
  1. Format PDF (.pdf)
  2. Format MS Word (.doc)
Kulit muka depan

Tajuk Kemahiran/Isi kandungan


1.

Pranombor



2.

Konsep Nombor



3.

Nombor 1 Hingga 9



4.

Nombor 0 Dan 10



5.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10



6.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10



7.

Nombor 11 – 50



8.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 18



9.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 18



10.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula



11.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula



12.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula



13.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula




14.
Nombor 51 Hingga 99


15.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula



16.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula



17.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula



18.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula



19.

Operasi Darab



20.

Operasi Bahagi Hingga 45 ÷ 5



21.

Wang Hingga RM10



22.

Masa Dan Waktu




Ciri-Ciri Murid Atau Kanak-Kanak Disleksia

Catatan Nota

Murid-murid disleksia merupakan murid yang mengalami kesukaran untuk membaca kerana tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam bentuk suku kata atau pun dalam bentuk perkataan.




Antara ciri-ciri murid disleksia

Masalah dalam ejaan
- masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis
- sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnya could dieja cold


Masalah dalam ingatan
- bermasalah dalam ingatan jangka pendek
- sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusiang dalam otak mereka
- selalu gagal dalam menyusun maklumat
- bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya


Masalah dalam membaca
- membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat
- membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan
- sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama, contohnya, form disebut from
- tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan


Kesan putaran
40 variasi perkataan CAT
Masalah dalam menyalin nota
- lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan
- keliru dengan abjad
- menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q"
- menulis nombor terbalik, contohnya "12" ditulis "21"





Contoh tulisan tangan murid disleksia

menulis abjad dan nombor secara terbalik
menulis keseluruhan ayat secara terbalik
menulis perkataan secara terbalik


Masalah visual motor
- memegang pensel dengan cara yang luar biasa, meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk semasa menulis
- sering memegang pensel dengan kuat sehingga mengalami kesakitan pada jari
- meletakkan kepala di atas meja untuk melihat hujung mata pensel semasa menulis
- sukar menulis di atas garis lurus