Showing posts with label KPM. Show all posts
Showing posts with label KPM. Show all posts

Tajaan Sambung Belajar (HLP/HLPS) Peringkat Master, PhD, EdD Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2022 Untuk Guru

Selamat Tahun Baru 2022!

KPM telah membuka permohonan program penajaan pengajian pascasiswazah kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi tahun 2022 pada 24 Disember 2021 yang lalu.


Tempoh Penawaran

24 Disember 2021 - 21 Januari 2022


Peringakat Pengajian

1. Ijazah Sarjana (Master)
2. Ijazah Kedoktoran (PhD dan EdD)

Jenis Program Penajaan

1. HLP/Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa - sepenuh masa (Sarjana, PhD)
2. HLPS - separuh masa/sambilan (Part-time)(Sarjana, PhD)
3. HLP untuk Ijazah Kedoktoran Pendidikan (EdD)
4. HLP untuk IR4.0 (Sarjana, PhD)
5. HLP SPADA untuk Ijazah Sarjana Kaunseling

Pelaksanaan Program Penajaan

1. Ijazah Sarjana - mod campuran atau mod penyelidikan
2. Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) - mod penyelidikan
3. Ijazah Kedoktoran Pendidikan - mod campuran

Syarat Had Umur

1. Ijazah Sarjana - tidak melebihi 50 tahun
2. Ijazah Kedoktoran - tidak melebihi 45 tahun

Syarat-Syarat Lain

1. Tempoh perkhidmatan - sekurang-kurangnya 3 tahun
2. Jawatan - tetap, telah disahkan perkhidmatan
3. Purata Markah PBPPP - 85% dan ke atas tiga tahun berturut-turut
4. Status kesihatan - tiada penyakit kronik

Cara Memohon

- secara online melalu laman web e-Penawaran

INFO LANJUT

1. KPM: KPM
2. Laman web e-Penawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran (PdP) - Manual Operasi KPM

Asssalamualaikum/Selamat sejahtera.

Pada 1 Oktober 2021, KPM telah mengeluarkan satu manual atau garis panduan tatacara pengoperasian Pengajaran & Pembelajaran (PdP) secara penggiliran.

Manualnya ringkas dan mudah difahami.

Antara perkara penting (Kata kunci):


1. PdP berlaku 2 keadaan - PdP bersemuka di sekolah & PdPR kendiri di rumah.

2. Contoh penggiliran:

📌Minggu 1

Kumpulan A - belajar di sekolah (PdP bersemuka)
Kumpulan B - belajar di rumah (PdPR kendiri)

📌Minggu 2

Kumpulan A - belajar di rumah (PdPR kendiri)
Kumpulan B - belajar di sekolah (PdP bersemuka)

3. PdPR kendiri di rumah tidak perlu pentaksiran bilik darjah (PBD). 

📚 PdPR kendiri = PdPR secara sendiri-sendiri di rumah berpandukan bahan pembelajaran yang diberikan guru.






























[Infografik] Pembukaan Sekolah, Institusi Pendidikan KPM Mengikut Negeri Berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bermula 3 Oktober 2021

Salam semua.

Infografik pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut negeri berdasarkan fasa Pelan Pemulihan Negara.

Maksud Istilah (Terms):

  • KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
  • MBK - Murid Berkeperluan Khas
  • SMKPK - Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas
  • SMPKV - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
  • SKPK - Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
  • PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi 
  • PDPR -  Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah
  • PPN - Pelan Pemulihan Negara
  • MKN - Majlis Keselamatan Negara
  • Tahap 1 - sekolah rendah darjah/tahun 1, 2 dan 3
  • Tahap 2 - sekolah rendah darjah/tahun 4, 5 dan 6
  • Prasekolah - kanak-kanak umur 5-6 tahun bersekolah di prasekolah KPM sebelum memasuki tahun 1.

Ringkasan SOP Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa PPN Mulai 3 Oktober 2021



1. PEMBUKAAN SEKOLAH


1.1 Pendekatan KPM - berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)


- 3 Nilai Ambang iaitu:
  1. kadar vaksinasi
  2. kapasiti hospital
  3. data kemasukan ke hospital


1.2 Pembukaan Sekolah akan dibuat seperti berikut:


a. Fasa 1 - sekolah tidak dibuka.

b. Fasa 2

- sekolah dibuka bagi kelas Tingkatan 6 Semester 2 (STPM)
- murid Berkeperluan Khas (MBK) / Kelas PPKI dibenarkan hadir ke sekolah

c. Fasa 3

- sekolah dibuka untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6, kelas Peperiksaan Antarabangsa
- kelas Prasekolah
- kelas PPKI/MBK

d. Fasa 4

- kelas peperiksaan & murid-murid lain secara berperingkat.
- Sistem Penggiliran:
  • murid/pelajar ke sekolah mengikut tahun/tingkatan & minggu.
  • SMK - tingkatan 5&6, tingkatan 3&4 dan tingkatan 1&2
  • SK MBK, Prasekolah
    • murid tahap 1 akhir bulan Oktober
    • murid tahap 2
  • kehadiran murid secara bergilir 50%
  • murid akan dibahagikan 50% untuk kehadiran mengikut kelas
- Tujuan:
  • Guru mudah mengawal murid
  • Kadar jangkitan dalam kalangan murid dapat dikurangkan


2. PENGURUSAN SOP


2.1 Pemakaian 'facemask' DIWAJIBKAN semua murid guru & warga sekolah

- semua langsir & poster dalam kelas perlu ditanggalkan bagi tujuan pengudaraan yang baik
- tingkap perlu dibuka sepanjang masa

2.2 Makan dalam kelas semasa rehat kecuali kelas berhawa dingin perlu di luar kelas

- Jika di luar risiko lebih tinggi dalam kelas lebih baik

2.3. PJK

- boleh dilaksanakan
- elak berkumpul & bersalin pakaian di sekolah (berpakaian PJ dari rumah)

2.4. Guru 'ingkar divaksin'

- tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka
- ditempatkan di bilik berasingan
- diberikan tugasan lain (akan ditentukan oleh KPM)

2.5. Vaksinasi murid

- bermula umur 12 hingga 17 Tahun
- bawah 12 tahun akan ditetapkan kemudian

2.6. Pembukaan sekolah secara penggiliran

- bertujuan mendekatkan murid kembali ke sekolah
- tempoh PDPR yang terlalu lama menjejaskan emosi dan semangat mereka
- peluang guru mengenal pasti perkembangan murid & membuat program intervensi

2.7 Jika sekolah ada kes positif COVID-19?

- penutupan sekolah ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)

2.8. Murid bergejala dari rumah

-tidak perlu hadir ke sekolah
-Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak sekolah

2.9. Murid bergejala di sekolah

- diasingkan
- sekolah akan dibekalkan alat Ujian Kendiri (Self Test Kit)

2.10 Murid Sekolah Berasrama yang kembali ke sekolah

- akan diuji tahap kesihatan mengikut hari iaitu:
  • hari pertama, hari ke-6 dan hari ke-14

2.11. Takwim Persekolahan 2022

- dilaksanakan seperti pelajar SPM 2020 & 2021
- bulan Jan dan Feb - murid kekal di tahun / tingkatan semasa Tahun 2021
- bulan Mac - naik kelas/tingkatan mengikut Tahun 2022
- Contoh:
  • murid Tahun 6 (2021) kekal di kelas Tahun 6 pada bulan Jan & Feb 2022
  • Bulan Mac - Naik kelas Tingkatan 1
- ini bertujuan bagi Program Intervensi & 'polish' kembali murid


Kredit: https://t.me/ProjekGrafik


Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa PPN Mulai 3 Oktober 2021

Salam sejahtera semua.

Sidang media Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr. Radzi Jidin pada 12 September 2021, Ahad yang lalu telah mengumumkan pelan dan SOP pengoperasian sekolah dan juga pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021 tertakluk kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Paling penting, sistem penggiliran akan dilaksanakan iaitu murid di dalam sesebuah kelas akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan akan bergilir ke sekolah mengikut minggu yang ditetapkan. Sistem penggiliran ini pernah dicadangkan ramai sebelum ini termasuklah saya sendiri dan akhirnya ia bakal dilaksanakan.