Showing posts with label Alat Pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label Alat Pembelajaran. Show all posts

Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa: Penjenamaan Semula Pelantar MOE-DL (Digital Learning) KPM

Hai semua.


Pelancaran DELIMa dalam bentuk Webinar dan layak direkodkan ke dalam SPLKPM

Jika anda akses Google Classroom melalui pelantar pembelajaran MOE-DL KPM, anda jangan terkejut. Mulai tengah hari semalam layout pelantar tersebut telah pun berubah rupa. Namun begitu, setakat hari ini, saya dapati tidak banyak perubahan yang berlaku dari segi kandungan dan susun atur ikon dan tabs, hanya terdapat perubahan kepada layout pintu masuk (login page) dan item pada menu utama.

Menu login

Menu utama

Kredit - tulang belakang penghasilan pelantar DELIMa / MOE-DL

Menu guru

Ini kerana, semalam, 15 Jun 2020, pada pukul 12.00 tengah hari, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan pelantar pembelajaran digital yang baharu iaitu DELIMa, iaitu akronim bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia melalui saluran Youtube EduwebTV.


Pelantar pembelajaran digital DELIMa:

1. Melibatkan kerjasama 3 rakan strategik utama iaitu Google, Microsoft dan Apple untuk memudahkan lagi sesi pembelajaran di antara guru dan pelajar.

2. Menawarkan aplikasi berkaitan seperti Google Classroom, Microsoft 365 dan Apple Teacher Learning Center.

3. Kerjasama pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan pembelajaran kepada para guru dan pelajar.

Rakan strategik - Google

Rakan strategik - Google

Rakan strategik - Microsoft

Rakan strategik - Microsoft

Rakan strategik - Apple

Rakan strategik - Apple

Sumber rujukan & bacaan lanjut:
1. https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/19221-kpm-lancar-delima-kerjasama-dengan-google-microsoft-dan-apple
2. https://cikgusiber.com/platform-pembelajaran-delima-kpm/
3. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/16/education-ministry-relaunches-digital-learning-platform-with-help-from-appl/1875981#.XuiT-q84Ap0.twitter


Immersive Reader | Alat Pembelajaran Percuma Untuk Murid Disleksia

Immersive Reader merupakan alat pembelajaran daripada Microsoft Learning Tools yang boleh digunakan secara PERCUMA. Teknologi Immersive Reader dibangunkan oleh Microsoft khusus untuk individu yang bermasalah Disleksia bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan memudahkan pembelajaran bahasa. Immersive Reader berfungsi menggunakan suara (voice) yang membaca kuat (read aloud) teks. 

Siapa kanak-kanak Disleksia? Anda boleh baca di SINI.

Tool Immersive Reader menggunakan platform Microsoft OneNote

Dengan menggunakan Immersive Reader, perkataan boleh dicerakinkan/dibatangkan kepada bunyi suku kata,  ubah saiz teks, jarakkan baris ayat dan perkataan, pilih jenis font dan ubah warna latar teks supaya lebih senang dibaca. 

Immersive Reader juga ada fungsi narrow reading di mana kita boleh memilih untuk membaca teks dalam satu baris, tiga baris, lima baris atau secara keseluruhan teks.





Fungsi Immersive Reader
Read Aloud
Voice/Reading speed
Syllables
Text spacing
Kamus Bergambar (Picture dictionary)
Alih Bahasa (Translate)
Decoding text

Platform Immersive Reader
OneNote (Desktop/ Online)
Word (Desktop/ Online)
Outlook (Desktop/ Online)
Powerpoint
Edge
Teams
Office Lens


Sumber:
  1. MICROSOFT: https://www.microsoft.com/en-us/education/products/learning-tools
  2. MICROSOFT EDUCATION: https://educationblog.microsoft.com/en-us/2017/08/learning-tools-word-desktop-immersive-reader-update/

Alat Genggaman Pensel (Pencil Grip Device)

Entri ini adalah susulan daripada entri dua hari lepas tentang Cara dan latihan memegang pensel untuk kanak-kanak atau murid pada peringkat permulaan tulisan mekanis

Alkisahnya, entri tersebut ditulis kerana saya mempunyai seorang murid tahun 1 yang tidak boleh menulis, dalam erti kata sebenar, bila murid ini diminta meniru atau menyalin huruf, murid hanya terkebil-kebil memandang ke arah saya tanpa berbuat apa-apa. Walaupun saya sudah menunjukkan cara menulis huruf dengan memegang tangannya tetapi masih juga tidak berjaya. 

Murid ini boleh menyambung titik-titik pada huruf tetapi tidak kemas dan banyak yang terkeluar daripada garisan. Begitu juga dengan mewarna. Saya terpikir apakah masalah sebenar murid ini lalu saya mencari maklumat di internet berkenaan dengan kemahiran menulis, lalu terhasillah entri tersebut.

Saya tidak menjual apa-apa peralatan atau barang kerana saya hanya sekadar ingin berkongsi maklumat dengan pembaca, namun ada pembaca yang bertanya tentang ALAT GENGGAMAN PENSEL (Pencil grip device).


Alat genggaman pensel


Alat Genggaman Pensil QALAMIY

Terdapat satu produk alat genggaman pensil iaitu QalamiyTM. Produk ini dicipta khusus untuk individu yang mempunyai ketidakupayaan dalam menulis, individu yang menderita strok ringan dan juga kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy.


"The QalamiyTM is a fun, affordable and effective way to teach young children how to hold their pencil correctly. Medium Grip is perfect for Kindergarten through 6th Grade. All children, including those with Autism, ADHD, developmental disabilities, learning disabilities and general fine motor delay can all benefit from using the QalamiyTM. When using the QalamiyTM., students can focus on good handwriting rather than the mechanics of holding the pencil. The result is an efficient pencil grasp and improved handwriting! The QalamiyTM is used in school settings and pediatric clinic settings across the United States."


Kepada yang berminat untuk membeli alat genggaman pensil ini, anda boleh hubungi individu yang mempromosikan alat ini di akaun Facebook atau blog seperti berikut:


QALAMIY - Alat genggaman pensil


Promosi QALAMIY di Facebook


Maklumat lanjut tentang produk QALAMIY, anda boleh baca di pautan berikut:
  1. http://qalamiytm.blogspot.com/
  2. Qalamiy Alat genggaman pensil
  3. Qalamiy Alat genggaman pensil (Video)

Frog VLE | Satu Inisiatif KPM Di bawah Projek 1BestariNet

Entri kali ini tentang Frog VLE, si katak biru yang suka melompat-lompat...

~ ~ ~ ~ ~

Frog VLE (Virtual Learning Environment) atau Persekitaran Pembelajaran Maya Frog adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Dengan bahasa yang lebih mudah difahami, Frog VLE boleh dianggap sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung.





Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. 

Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. 

Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.





Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?

ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.





Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.





Maklumat lanjut boleh baca di alamat URL berikut: