Langkah Demi Langkah Bantu Anak atau Murid Kuasai Kemahiran Menggunting


Ramai ibu bapa risau bila anak belum boleh menggunting dengan betul. Tapi tahukah anda, kemahiran menggunting bukan sekadar pegang gunting dan potong kertas? Hal ini kerana kemahiran menggunting memerlukan 6 kemahiran asas yang saling berkait. Jika salah satu kemahiran ini lemah, anak mungkin rasa kecewa, cepat penat atau enggan mencuba. 
  1. Kestabilan postur badan – ➡️ Anak perlu duduk tegak dan stabil
  2. Integrasi bilateral & sensori – ➡️ Kedua-dua tangan bekerjasama dan deria berfungsi seimbang
  3. Daya tumpuan – ➡️ Fokus untuk ikut bentuk dan arah
  4. Sequencing & rhythm – ➡️ Ikut langkah dan corak dengan konsisten
  5. Kekuatan & kecekapan tangan – ➡️ Otot tangan cukup kuat dan cekap
  6. Koordinasi mata-tangan – ➡️ Mata dan tangan bergerak serentak

Apa itu Kemahiran Menggunting?


Kemahiran menggunting ialah keupayaan menggunakan gunting untuk memotong kertas, yang melibatkan koordinasi mata-tangan, perkembangan motor halus, dan kekuatan tangan. Kemahiran ini penting untuk kanak-kanak kerana ia membantu dalam pelbagai aktiviti harian dan persediaan sekolah, seperti membaca, menulis, dan kerja seni.

Bantu Anak Kuasai Kemahiran Menggunting: Langkah Demi Langkah 


Kemahiran menggunting bukan datang secara tiba-tiba. Ia perlu diperkenalkan secara bertahap, mengikut keupayaan motor halus dan kognitif anak. 

✅ Langkah pertama bermula dengan aktiviti mudah seperti koyak kertas untuk melatih koordinasi dua tangan. 

✅Seterusnya, anak diperkenalkan kepada isu keselamatan semasa menggunakan gunting kerana keselamatan adalah asas kepada pembelajaran yang selamat dan menyeronokkan.

✅ Kemudian, anak boleh mula gunting playdoh menggunakan gunting beginner yang lebih mudah dikendalikan. 

✅Apabila yakin, mereka boleh beralih kepada snipping kertas, dan seterusnya menggunting garisan lurus, zig-zag dan bentuk melengkung. 

✅Akhirnya, anak akan bersedia untuk menggunting bentuk mudah dan bentuk kompleks dengan lebih cekap.

Setiap langkah ini bukan sahaja melatih kekuatan tangan dan koordinasi mata-tangan, tetapi juga membina keyakinan diri anak. 

Sumber/Kredit:
  • Facebook SI ORI Therapy

Punca Kelewatan Membaca dan Cara Membantu Murid

PUNCA MURID LEWAT MEMBACA

  1. Kurang pendedahan awal - tidak mendapat pendedahan membaca buku di rumah atau tiada bahan bacaan.
  2. Bahasa pengantar berbeza – bahasa di rumah berbaza dengan bahasa yang di pelajari di sekolah (contoh SJKC/SJKT).
  3. Kelemahan asas fonologi – tidak kenal bunyi huruf/suku kata.
  4. Tumpuan singkat – cepat hilang fokus, tidak minat membaca.
  5. Faktor sosioekonomi – tiada sokongan pembelajaran di rumah.
  6. Kecelaruan pembelajaran – contohnya disleksia (perlu pendekatan berbeza).

CARA MEMBANTU MURID MEMBACA


1. Pegang prinsip SEMUA GURU IALAH GURU MEMBACA

- Walaupun BM ialah teras, semua guru subjek perlu menyokong literasi. Contohnya:

• Guru Matematik: gunakan soalan berbentuk gambar + nombor ringkas, baca bersama-sama dahulu sebelum murid jawab.
• Guru Sains: tekankan kosa kata mudah (contoh: air, panas, sejuk), minta murid ulang baca istilah penting.
• Guru Sejarah: gunakan garis masa + perkataan mudah, murid baca bersama-sama dengan guru.
• Guru Pendidikan Islam/Moral: bacakan doa/nilai → murid ikut baca secara berulang.

2. Gunakan strategi MEMBACA BERSAMA-SAMA

• Guru baca dahulu → murid ikut →kemudian murid baca berpasangan.
• Sesuai untuk teks semua mata pelajaran.

3. Pecahkan TEKS KEPADA UNIT KECIL

• Daripada satu perenggan panjang → ambil 2–3 ayat ringkas.
• Tandakan perkataan penting dengan warna/gambar.

4. Sokong dengan VISUAL DAN GAMBAR

• Letak ikon, carta, kad bergambar.
• Murid boleh kaitkan perkataan dengan makna, bukan sekadar bunyi.

5. AKTIVITI BERULANG tetapi bermakna

• Bacaan berantai (setiap murid baca satu ayat).
• Baca → tulis → lukis → cerita semula.
• Murid lewat tidak dipaksa baca panjang, tetapi tetap terlibat.

6. PEMBELAJARAN TERBEZA (differentiated learning)

• Murid laju: diberi teks lebih panjang + tugasan kefahaman.
• Murid lewat: diberi teks pendek + bantuan guru/rakan.

7. KOLABORASI rakan sebaya

• Pasangkan murid lewat dengan murid cemerlang (reading buddy).
• Rakan bantu bacakan, kemudian murid lewat ikut semampunya.

8. Gunakan PELBAGAI KAEDAH MEMBACA

a. Fonik Sistematik

- Murid belajar bunyi → huruf → gabungan → perkataan → ayat secara berperingkat.

i. Ajar bunyi huruf (contoh: /b/, /a/).
ii. Gabungkan jadi suku kata (ba, bi, bu).
iii. Latih murid bunyikan perkataan (batu, bola).
iv. Baca ayat mudah (Ali ada bola).

b. Latihan Kesedaran Fonologi

- Murid sedar bahawa bahasa boleh dipecahkepada bunyi.

i. Ajar tepuk suku kata → “ba-tu” (2 tepukan).
ii. Cari bunyi awal → “Apa bunyi mula bola? (/b/)”.
iii. Rima → “kucing – pancing, sama bunyi akhir”.

c. Bacaan Berulang

- Murid jadi lebih lancar jika ulang teks sama banyak kali.

i. Pilih teks pendek (2–4 ayat).
ii. Guru baca → murid ikut → baca berpasangan → baca sendiri.
iii. Ulang beberapa kali sehingga lancar.


d. Bacaan Dialog Interaktif

- Guru/ibu bapa tidak hanya membaca, tapi libatkan murid melalui soal jawab.

i. Guru baca buku bergambar
ii. Tanya soalan terbuka: “Apa yang kamu nampak?”, “Kenapa kucing lari?
iii. Murid jawab ikut tahap (tunjuk, sebut, atau beri pendapat).
iv. Guru tambah kosa kata baharu semasa berbincang.

e. Language Experience Approach (LEA)

- Bacaan bermakna lebih mudah difahami kerana murid sendiri cipta teks.

i. Minta murid ceritakan pengalaman (“Saya pergi pasar”).
ii. Guru tulis ayat di papan.
iii. Baca bersama-sama → guna untuk aktiviti lain (contoh: bulatkan perkataan pasar).

f. Multisensory Structured Language (MSL)/Orton-Gillingham

- Menggunakan banyak deria (lihat, dengar, gerak) serentak.

i. Murid sebut bunyi sambil menulis huruf di udara.
ii. Guna pasir/papan putih untuk menulis dan ulang sebut.
iii. Gabungan fonik + pergerakan badan.

Sumber/Kredit: 

  • Facebook SISC Azura