Utusan Malaysia
18/1/2012
PUTRAJAYA 17 Jan. - Mesyuarat pertama pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina.
18/1/2012
PUTRAJAYA 17 Jan. - Mesyuarat pertama pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina.
Pengerusinya,
Tan Sri Ismail Adam berkata, pasukan petugas yang dianggotai pelbagai
pihak itu akan mengenal pasti beberapa perkara yang menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan penjawat awam.
''Anggota
pasukan petugas akan meneliti isu-isu berbangkit berhubung pelaksanaan
SBPA, mereka akan membuat rumusan dan kita akan bertemu untuk
berbincang mengenainya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas mengarahkan SBPA
disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan
pihak-pihak tertentu.
Berikutan
itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga
bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas
beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.
Pasukan
tersebut dianggotai pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan
Peguam Negara; Kementerian Kewangan; dan Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman
serta pegawai kementerian yang berkaitan.
Mereka
diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April untuk mengkaji isu-isu
tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada
kerajaan. Penyerahan surat pelantikan kepada semua anggota pasukan
petugas oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan
berlangsung di sini, esok.
Ditanya
gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya wakil
kesatuan itu turut dilantik menganggotai pasukan itu, Ismail
berpandangan, kehadiran wakil CUEPACS mencukupi untuk mewakili
kakitangan awam pelbagai bidang.
Mengenai
tempoh dua bulan yang diperuntukkan kepada pasukan untuk menyelesaikan
semakan semula, katanya, beliau yakin segala isu berbangkit akan dapat
dirungkai mengikut had masa yang ditetapkan.
''Kita
kena lihat sama ada isu-isu berbangkit itu mudah atau rumit. Kalau
mudah tentunya kita akan dapat menyelesaikannya dengan cepat, namun
saya pasti segala-galanya akan selesai mengikut had masa yang
ditetapkan,'' katanya.