Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025 | Hadiah Ilmu Untuk Guru | Bermula 1 Julai - 30 September 2025

 



HADIAH ILMU UNTUK GURU MALAYSIA


Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025

Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini layak menerima Baucar Buku bernilai RM100 untuk pembelian bahan bacaan berkualiti secara dalam talian!

CARA PENEBUSAN MUDAH & CEPAT:


1. Layari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025 untuk mula membuat penebusan.

Penebusan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2025 (Selasa), jam 12.00 tengah hari.

2. Daftar menggunakan DELIMa ID di Portal Book Capital (mydelima.bookcapital.com.my).

๐Ÿ“ŒBaucar RM100 akan dikreditkan secara automatik bagi PPP yang layak
๐Ÿ“ŒPPP yang layak, tetapi tiada DELIMa ID, laporkan kepada HELPDESK DELIMa di dhd@moe-dl.edu.my

3. PPP perlu memilih sekurang-kurangnya satu (1) judul daripada senarai JUDUL KHAS BAUCAR BUKU GURU.

๐Ÿ“Œ Baucar hanya sah untuk satu (1) transaksi sahaja.
๐Ÿ“Œ Jika jumlah pembelian melebihi RM100, anda boleh membuat bayaran tambahan secara atas talian.

4. Pesanan akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

๐Ÿ“Œ Tarikh akhir penebusan: 30 September 2025 (Selasa), 11.59 malam

๐Ÿ“BANTUAN & PERTANYAAN:


Sekiranya anda mengalami sebarang isu atau pertanyaan, sila gunakan SISTEM TIKET SOKONGAN melalui akaun Book Capital:

1. Log masuk: https://mall.bookcapital.com.my/user/login

2. Klik ‘Dashboard’ > ‘Help?’ > ‘Open Ticket’

3. Pilih kategori BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025

4. Tulis dan hantar pertanyaan atau aduan anda.

๐Ÿ“ŒKlik untuk Muat Turun Panduan Lengkap Penebusan Bergambar di https://drive.google.com/drive/folders/17ddw6bRDsE2BUAqFW6kZvQPB1gIrwoPW?usp=sharing