Showing posts with label Kerjaya Guru. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya Guru. Show all posts

Takwim Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Tahun 2026



1️⃣ 2 MAC → 19 APRIL

  • Pengemaskinian maklumat pegawai( Bahagian/JPN/PPD ).
  • Pelantikan PP kumpulan pengurusan olen agensi penyelia.
  • Pelantikan jawatankuasa PBPPP
  • Kelulusan jawatankuasa PBPPP agensi seliaan.
  • Pelantikan PP di organisasi.
  • Kelulusan pelantikan PP oleh agensi penyelia.

2️⃣  20 APRIL → 30 JUN

  • Penilaian pertama tahun 2026
  • Penilaian prestasi guru baharu tahun 2025.
  • Butang SIMPAN diaktifkan

3️⃣ 1 JULAI →  19 JULAI

  • Penyelenggaraan sistem


4️⃣ 20 JULAI → 31 OGOS

  • Pertukaran PYD (Putus sandang)
  • Pengemaskinian maklumat PYD.
  • Modul Kemas Kini Pertukaran PYD
  • Melibatkan PYD yang mempunyai perubahan jawatan / gred / tempat bertugas / status kedudukan sebelum 2 Julai
  • Tindakan : klik kotak dan tukar

5️⃣ 20 JULAI → 30 SEPTEMBER

  • Pertukaran PP
  • Pelantikan PP untuk PYD tercicir yang layak dinilai.

6️⃣ 1 SEPTEMBER → 11 DISEMBER

  • Penilaian akhir tahun

7️⃣ 1 OKTOBER → 11 DISEMBER

  • Butang HANTAR diaktifkan

8️⃣ 12 DISEMBER →  20 DISEMBER

  • Penyelenggaraan sistem

9️⃣ 21 DISEMBER → 31 DISEMBER

  • Pelarasan markah tidak kekal

🔟 1 JANUARI → 28 FEBRUARI 2027

  • Penyelenggaraan sistem



[PANDUAN] Cara-Cara Mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 Untuk Guru

Mulai tahun 2026, sistem SPLKPM dimansuhkan dan pengisian kursus, bengkel, latihan, pembelajaran kendiri direkodkan di dalam sistem HRMIS 2.0. Akibatnya, ramai guru masih keliru cara mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0. 

Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0, dibahagikan kepada 3 kategori utama:
  1. Kursus & Latihan
  2. Sesi Pembelajaran
  3. Pembelajaran Kendiri
Berikut panduan ringkas cara-cara mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 untuk panduan guru.




1️⃣ Log Masuk HRMIS
  • Masuk ke portal HRMIS menggunakan: • ID pengguna • Kata laluan

2️⃣ Pilih Menu Pembangunan
  • Klik: Pembangunan → Program Pembangunan Kompetensi.

3️⃣ Permohonan Program
  • Klik: Fungsi → Permohonan Program Pembangunan Kompetensi.

4️⃣ Pilih Pemilik Kompetensi
  • Klik tab: Program Pembangunan Kompetensi yang telah dihadiri.
  • Kemudian tekan Permohonan Baharu.

5️⃣ Pilih Kategori Aktiviti
  • Dalam sistem HRMIS pilih salah satu kategori berikut:
    • Kursus / Latihan 
    • Sesi Pembelajaran 
    • Pembelajaran Kendiri

6️⃣ Isi Maklumat Aktiviti
  • Masukkan maklumat seperti: 
    • Tajuk aktiviti 
    • Tarikh mula & tamat 
    • Tempoh jam pembelajaran 
    • Penganjur / sumber pembelajaran

7️⃣ Muat Naik Bukti
  • Lampirkan dokumen sokongan seperti: 
  • Sijil 
  • Screenshot webinar / kursus 
  • Bukti pembelajaran

8️⃣ Simpan & Hantar
  • Klik: Simpan → Hantar untuk Pengesahan.
  • Rekod akan dihantar kepada pegawai pengesah dalam HRMIS.

📌 Tip penting:
Simpan semua bukti pembelajaran seperti sijil kursus, tangkap layar webinar atau bahan pembelajaran untuk memudahkan pengesahan.

Kredit/Sumber:
Cikgu Sue

Pengambilan Guru COS (Contract of Service) dan Guru Interim KPM Bermula 2 Mac 2026



KPM sedang membuka pengambilan guru secara lantikan COS dan Interim.

Graduan Ijazah Pendidikan (Interim)

Graduan BUKAN Ijazah Pendidikan (COS)
  • Graduan bukan pendidikan yang tidak mempunyai latar belakang ikhtisas, tetapi bersedia dilatih dan melalui tapisan ketat sebelum diserap masuk menerusi laluan Contract of Service (COS).
  • Rujuk: https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26
  • Syarat dan kelayakan: https://mypdpp.moe.gov.my/PDPP26/IKLAN/PDPP_COS26.pdf
  • Tarikh permohonan: 2 Mac - 20 Mac 2026
  • Ditempatkan mengajar di sekolah rendah
  • Diwajibkan mengikuti PDPP (Latihan perguruan) secara mod hibrid di IPG selama 1 tahun (3 semester)
  • Yuran PDPP dengan pembiayaan sendiri
  • Selepas tempoh kontrak 1 tahun dan lulus PDPP, Guru CoS yang berjaya memenuhi syarat dan prestasi berpeluang dilantik ke Kontrak Interim, dan seterusnya berpeluang untuk lantikan tetap dalam perkhidmatan pendidikan.
Guru COS

Timeline Guru COS


Graduan Ijazah Pendidikan (Lantikan Interim)


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) secara lantikan Kontrak (Interim).


Graduan tidak layak memohon

Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:
  • Graduan yang memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026
  • Graduan Pendidikan Tajaan KPM
  • Guru Interim
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP dan KPM)
  • Sedang dalam proses siasatan/menjalani hukuman tatatertib
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; atau
  • Seorang bankrap.


Graduan BUKAN Ijazah Pendidikan (Lantikan COS)


KPM mempelawa graduan TANPA Ijazah Pendidikan menyertai profesion keguruan sebagai guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara lantikan Contract of Service (COS) bagi keperluan guru sekolah rendah KPM.

Syarat dan kelayakan: 







Pengambilan Calon Guru Latihan Praperkhidmatan Tajaan KPM bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti latihan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi tahun 2026. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru bagi keperluan guru sekolah rendah KPM.

Nama program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 
Tempoh pengajian: 1 tahun (3 semester)
Mod program: Sepenuh masa (Tajaan KPM)
Tarikh permohonan: 9 - 27 Mac 2026
Interaksi kuliah: Bersemuka sepenuhnya di IPG


Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/ atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada 30 Jun 2026
  • Memiliki Indeks Jisim Tubuh (BMI) 32.5 dan ke bawah





[FAQ] Soalan Lazim Pengambilan 20,000 Guru Baharu KPM Tahun 2026 Secara Contract of Service (CoS)

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif awal melalui pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 atau guru baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah rendah seluruh negara. 

Ia merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun 2027.  

Info Tambahan


Baca di sini: KPM Ambil 20000 Guru Baharu CoS

Bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan selama 1 tahun

Soalan Lazim Pengambilan 20,000 Guru Baharu KPM Tahun 2026 Secara Contract of Service (CoS) 


Berikut adalah soalan lazim berkaitan yang dapat membantu menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.

Pautan permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/index.cfm
Tempoh permohonan: 2 hingga 20 Mac 2026
Gred jawatan: DG9 secara CoS
Nama program pengajian: Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah
Tempoh pengajian: 1 tahun
Syarat-syarat pengambilan: Sila rujuk poster








Sumber:

Pengambilan 20,000 Guru Baharu KPM Tahun 2026 Secara Contract of Service (CoS) Bagi Memenuhi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035


Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Inisiatif pengambilan guru baharu ini adalah merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.

Bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan.

Maklumat Awal Proses Pengambilan Guru Baharu KPM


Hebahan pengambilan guru: 23 Februari 2026
Permohonan dibuka : 2-20 Mac 2026
Proses saringan temuduga: 27 April - 14 Mei 2026

[FAQ] Soalan Lazim Pengambilan Guru Baharu KPM


Baca di sini: Soalan Lazim [FAQ] Pengambilan 20,000 Guru Baharu Secara CoS


Kenyataan Media KPM

Sumber: 

Bosan Menjadi Guru


~Bosan Menjadi Guru~

Hari-hari yang sama,
Muka yang sama,
Soalan yang sama,
Kesalahan yang sama.

Aku ulang dan ulang,
Berharap hari ini ada beza,
Tapi kadang… yang berubah cuma cuaca.
Hatiku masih di tempat yang sama — kosong dan penat.


Orang kata: “Guru itu lilin, menerangi yang lain.”
Tapi siapa yang suluh untukku?
Siapa yang tahu aku sedang terbakar perlahan,
Mengajar sambil menyembunyikan luka yang diam?

Aku bukan tak sayang kerjaya ini,
Aku cuma letih menampung harapan,
dari murid, dari ibu bapa, dari pentadbir,
tapi tiada siapa tanya,

 
Apa khabar hatimu, cikgu?”
 

Kadang aku bayang hidup lain:
Menulis di kafe, menjual di pasar, atau sekadar diam di desa.
Dan dalam diam itu, aku sedar…
Bukan aku benci jadi guru —
Aku cuma rindukan diriku yang dulu.


⸻—————————————————-


Tapi perlahan-lahan, aku mula faham

Bahawa bosan bukan musuh,
Ia cuma isyarat — bahawa aku sedang membesar.
Sedang mencari makna yang lebih dalam,
bukan sekadar gaji, buku, dan jadual harian.


Aku mahu menjadi guru…
Yang bukan hanya mengajar — tapi merasai semula erti mendidik.
Yang bukan hanya berdiri di hadapan,
tapi juga berdiri untuk diriku sendiri.

Jadi aku ambil semula serpihan semangatku,
Aku tampal dengan doa,
Aku jahit dengan harapan.
Lalu ku bisik pada diri yang penat:


Belum tentu esok mudah…
Tapi aku sedang berubah.
Dan aku masih di sini,
Kerana aku masih peduli
.”



💗Untuk guru yang hampir hilang arah — percayalah, harapan tidak pernah benar-benar pergi. Ia cuma duduk diam… menunggu kau pulang semula ke dalam diri.

Hala Tuju Lepasan SPM



Hala tuju dan laman web penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf perlu tahu. Antara peluang yang ada adalah menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sama ada bertaraf sijil, diploma mahupun ijazah sarjana muda melalui program bersifat akademik atau kemahiran.

Lepasan SPM boleh memohon untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan sekiranya berkemampuan dari segi kewangan, boleh ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA). 

Selain itu, banyak peluang menyambung pelajaran disediakan di bawah Institut Pendidikan MARA (IPMa) seperti GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej MARA (KM). Untuk cabang swasta MARA ada German Malaysian Institute (GMI), UniKL, Kolej Poly Tech MARA (KPTM), dan Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM).

Institut Pendidikan MARA (IPMa) Bidang TVET

  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • GIATMARA
  • German Malaysian Institute (GMI)


Institut Pendidikan MARA (IPMa) Bidang Akademik

  • Kolej MARA (KM) - prauniversiti
  • Kolej Profesional MARA (KPM) - diploma dan sijil
  • Kolej Poly Tech MARA (KPTM) - prauniversiti, diploma, ijazah
  • Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM) - prauniversiti, diploma, ijazah, pascaijazah
  • UniKL - prauniversiti, diploma, ijazah


Hala Tuju & Laman Web Permohonan Lepasan SPM


1. IPTA: UPU Online


  • Laman web UPU Online: https://upu.mohe.gov.my/
  • Untuk permohonan 18 (lepasan SPM setaraf) dan 20 (lepasan STPM setaraf) 
  • Kemasukan ke:
    • 20 universiti awam (IPTA)
    • 36 Politeknik
    • 105 Kolej Komuniti 
    • Institut Latihan Kemahiran Awam seperti Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, ADTEC, BPKLP, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), KKTM

UPU Online untuk permohonan ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam


2. Institusi TVET: UPTVET


  • Laman web UPTVET: https://mohon.tvet.gov.my/
  • Katalog kursus (Sedang dikemaskini): https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog
  • Peluang menyambung pengajian dalam TVET terbuka sepanjang tahun dengan pelbagai pilihan fleksibel melalui sistem UP_TVET.
  • Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyediakan 1,398 institusi TVET merangkumi 673 institusi TVET awam, 697 swasta dan 28 di bawah kerajaan negeri.
  • UP_TVET Flexi, yang dibuka sejak Januari lepas membolehkan individu mengikuti latihan kemahiran secara modular dan anjal mengikut kesesuaian jadual masing-masing.
  • UP_TVET Perdana bagi Kursus Sepenuh Masa Ambilan Julai 2025 pula, permohonan akan dibuka pada April ini.


3. IPTA: Matrikulasi KPM


4. Institut Pendidikan Guru (IPG)

  • Laman web IPG, sedang dikemaskini: https://pismp.moe.gov.my/
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk guru sekolah rendah dengan syarat kemasukan hanya minima 5A
  • Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara
    • Ijazah sarjana muda di universiti luar negara selama 4 tahun
    • Selepas tamat ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama setahun
  • Tajaan KPM

5. Pendidikan Tinggi MARA: KPTM


6. Pendidikan Tinggi MARA: UPTM


7. Pendidikan Tinggi MARA: UniKL


8. Institusi Pendidikan TVET Mara: KKTM, MJII dan IKM


9. Institusi Pendidikan TVET MARA: GIATMARA


10. Institusi Pendidikan TVET MARA: German-Malaysian Institute 


11. Tingkatan 6

  • Semakan ke tingkatan 6: https://sst6.moe.gov.my/semakant6/index.cfm
  • Sekarang dikenali sebagai Kolej Pra-Universiti KPM
  • Tidak perlu mohon kerana akan ditawarkan secara automatik sekiranya layak.
  • Belajar 3 semester sahaja.
  • Kadar yuran sama seperti yuran sekolah.


12. Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU)


13. Pra Diploma UiTM

  • Khusus untuk bumiputera yang tidak dapat keputusan yang baik.
  • Ada 1 semester untuk persediaan menjadikan jumlah semester adalah 7.
  • Berpeluang sambung belajar di UiTM untuk program ijazah.
  • Laman web Pra Diploma UiTM: https://online.uitm.edu.my/pra/

14. Latihan Separa Perubatan dibawah SPA

  • ILKKM - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Menawarkan 10 kursus bertaraf diploma dan 2 kursus bertaraf sijil.
    • Dibayar elaun RM800 sebulan, elaun uniform, elaun buku & dibekalkan kasut setiap semester.
    • Yuran belajar percuma. Hanya bayar yuran asrama RM20 sebulan.
    • Tamat belajar terus diserap bertugas dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
    • Laman web SPA: https://www.spa.gov.my/


Sumber: 


Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM Ambilan 2025


Bagi pengambilan tahun 2025,  tiga program seperti berikut ditawarkan:

  1. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/ Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB)
  2. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
  3. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) 

Permohonan secara dalam talian telah dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 19 Disember 2024 (Khamis) sehingga 20 Januari 2025 (Isnin).

Calon-calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan melalui proses temuduga pada bulan April 2025. 

✅ Permohonan secara dalam talian di https://epenawaran.moe.gov.my

✅ Had umur permohonan

1. Sarjana - 50 tahun
2. Kedoktoran (PhD, EdD) - 45 tahun

✅ Ikatan kontrak dengan KPM

1. Sarjana - 4 tahun
2. PhD - 6 tahun


✅ Perbezaan HLP, CBBP TB & HLPS


Segala maklumat berkaitan HLP, CBBP TB dan HLPS boleh dirujuk di laman web https://epenawaran.moe.gov.my/ sebelum membuat permohonan. Perbezaan antara HLP/CBBP DB, CBBP TB dan HLPS adalah seperti berikut:



✅ Penawaran Bidang Pengkhususan


✅ Mod Pengajian


✅ Info Lanjut

Cara untuk Mencukupkan 5 Hari Latihan & 42 Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) SPLKPM

Berdasarkan surat siaran KPM bertarikh 12 Julai 2023, semua guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, PPP), keperluan mencapai minimum 42 mata kredit setahun Pembangunan Profesionalisme Berterusan (myPPB) dikekalkan kecuali PPP yang dilantik pada atau selepas 1 November.


Surat siaran KPM bertarikh 1 April 2022 pula menyatakan keperluan latihan dalam kalangan warga KPM iaitu minimum 5 hari setahun kecuali PPP yang dilantik pada atau selepas 1 November.


Bagi guru yang diberikan penempatan baharu selepas tamat cuti belajar HLP di bawah tajaan KPM, secara automatik layak diberikan 5 hari kursus dengan syarat mengemukakan surat penempatan. Alhamdulillah.



Berikut adalah cara-cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencukupkan 5 hari latihan & 42 Mata Kredit PPB SPLKPM:

1. Book Review/ Pembacaan Buku

  • dapat jam latihan dan mata kredit PPB
  • 1 buku = 1 hari latihan = 6 jam = 6 mata
  • 4 buah buku = 4 hari latihan + 20 mata
  • maksimum 20 mata PPB


2. E-pembelajaran

  • dapat jam latihan dan mata kredit PPB
  • 1 jam latihan = 1 mata
  • maksimum 15 mata PPB
  • EPSA/ portal e-guru / AKPK/ webinar/ AI Rakyat/ LADAP Plus
  • Webinar dalam SPLKPM sahaja
  • 1 jam kursus = 1 jam latihan = 1 mata PPB


3. Taklimat/ Ceramah/ Dialog Prestasi

  • dapat jam latihan dan mata kredit PPB
  • 1 jam = 1 jam latihan = 1 mata PPB
  • maksimum untuk taklimat/ ceramah/ dialog = 15 mata


4. Bengkel/ Kursus 

  • dapat jam latihan dan mata kredit PPB
  • 1 jam latihan = 1 mata
  • maksimum - 15 mata PPB


5. Bimbingan dan Pementoran oleh Pentadbir 

  • dapat jam latihan dan mata kredit PPB
  • Key in oleh pentadbir dalam SPLKPM
  • 1 jam latihan = 1 mata PPB
  • 0.5 jam latihan = 0.5 mata PPB


6. Lawatan Penanda Aras 

  • dapat jam latihan dan mata kredit PPB
  • 1 jam = 1 jam latihan = 1 mata
  • maksimum - 10 mata PPB


7. Sumbangan (Profesional dan Bukan Profesional)

  • dapat mata kredit PPB sahaja
  • Key in sumbangan bagi guru yang terlibat dengan kokurikulum peringkat PPD/JPN/KPM
  • Contoh: teknikal sofbol, bola sepak, olahraga (key in sekali sahaja walaupun program berhari-hari)
  • Key in sumbangan sebagai JU PPD / JU JPN / JU KPM
  • Key in sumbangan sebagai AJK PIBG
  • 1 sumbangan = 5 mata PPB
  • 2 mata kredit tambahan sumbangan sebagai ketua atau penyelia

8. PLC

  • dapat mata kredit PPB sahaja
  • Mana-mana panitia yang telah menjalankan PLC, ketua key in di dalam SPLKPM dengan memastikan key in nombor IC/KP ahli sekali
  • 1 PLC = 5 mata PPB
  • maksimum - 20 mata (4 PLC)


9. Inovasi 

  • Dapat mata kredit PPB sahaja
  • 1 inovasi = 10 mata PPB
  • maksimum - 20 mata


10. Peningkatan Akademik 

  • Dapat mata kredit PPB sahaja - untuk tahun semasa mengikut sijil
  • Sijil - 4 mata
  • Diploma - 8 mata
  • Ijazah Sarjana Muda (Bachelor's Degree) - 12 mata
  • Ijazah Sarjana (Master's Degree) - 16 mata
  • Ijazah Kedoktoran (Doctorate, PhD) - 20 mata

11. Penyelidikan

  • Dapat mata kredit PPB sahaja
  • 1 kajian = 10 mata PPB
  • maksimum - 20 mata

12. Penulisan & Pengkaryaan Kreatif 

  • Dapat mata kredit PPB sahaja
  • penulisan buku - bukan tugas hakiki sekali sahaja - 20 mata
  • artikel/jurnal - 10 mata 
  • buletin - 10 mata
  • penghasilan modul (ciptaan sendiri) - 10 mata
  • seni kreatif - bukan hakiki (muzik, visual, fotografi, tari) - 10 mata


13. Program sangkutan

  • Dapat mata kredit PPB sahaja
  • 1 program - 5 mata

Kesimpulannya, cara paling mudah untuk mencukupkan 5 hari latihan dan 42 mata kredit PBB, pembacaan 4 buah buku (book review) amat membantu.

Senarai buku-buku yang boleh dibaca: Tambah 20 Mata Kredit PPB SPLKPM Dengan Pembacaan Buku | Book Review


Sumber:

Jawatan Kosong Guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA di Seluruh Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), membuka iklan kekosongan jawatan sebagai guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

✅Tarikh tutup permohonan: 23 Ogos 2024
✅Permohonan secara online: https://apps.mara.gov.my/vacancy/
✅Taraf jawatan: Kontrak
✅Gred jawatan: DG41

Jaawatan adalah secara kontrak dengan gred DG41

Bidang/Subjek yang ditawarkan

Cara memohon

Permohonan Guru Cemerlang (GC) Tahun 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka iklan tawaran untuk guru dan pensyarah IPG dibawah KPM yang berkhidmat dengan skim gred DG memohon kenaikan pangkat secara fast track atau laluan pantas kenaikan gred iaitu Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) bagi tahun 2024. Permohonan melalui e-Pangkat dibuka sehingga 25 April 2024.


Gred Jawatan GCPC yang Ditawarkan Tahun 2024


Bagi guru sekolah rendah yang berijazah (Siswazah), gred GC yang ditawarkan adalah terhad kepada gred 44 dan 48 sahaja berbanding sekolah menengah yang lebih banyak gred ditawarkan sehingga ke gred khas C (JUSA C).


Walaupun terdapat ura-ura laluan GC sekolah rendah akan dibuka untuk gred yang lebih tinggi sehingga gred 54, tetapi nampaknya perkara tersebut masih belum menjadi kenyataan. Saya sebagai guru sekolah rendah amat berharap ura-ura tersebut bakal menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat, setidak-tidaknya tahun hadapan. Pandangan saya, guru sekolah rendah seharusnya diberikan peluang yang sama seperti guru sekolah menengah memandangkan lebih 90% guru-guru sekolah rendah berijazah, sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, malah sudah ramai guru sekolah rendah yang mempunyai kelayakan akademik sehingga ijazah sarjana (Master's degree).





Syarat-Syarat Permohonan Guru Cemerlang


Syarat Umum:

  • Sah jawatan.
  • Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa, tidak layak memohon jika sedang memangku.
  • Bebas tindakan tata tertib.
  • Lulus tapisan keutuhan SPRM.
  • Telah isytihar harta.
  • Markah prestasi sekurang-kurangnya 80% untuk 3 tahun kebelakangan.


Sumbangan: 

  • Sumbangan di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa. 
  • Simpan semua sijil-sijil sumbangan, penyertaan di pelbagai peringkat untuk dokumentasi.

Hasil Penulisan: 

  • Bahan penulisan ilmiah seperti modul, buku kerja, laman blog, saluran YouTube, bahan-bahan ceramah yang dihasilkan sendiri. Jika ada, simpan sebagai bukti.

Inovasi dalam PdPc & Kajian Tindakan:

  • Mengamalkan kaedah/strategi pengajaran dengan menggunakan atau menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini, kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.

Pemilihan Subjek Kepakaran: 

  • Pilih subjek yang telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut. 
  • Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan yang mengecewakan.

Tatacara Permohonan

Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan HLP/HLPS/CBBP TB Ambilan 2024 KPM

Tarikh tutup permohonan HLP/HLPS/CBBP TB dilanjutkan daripada 18 Januari kepada 21 Januari 2024 iaitu sehingga esok, Ahad jam 5 petang. 

Selamat maju jaya kepada guru-guru yang memohon kali ini. 

Jangan berputus asa untuk menghantar permohonan walaupun pelbagai masalah teknikal dihadapi.

All the best!


"PELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP), CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) DAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) AMBILAN TAHUN 2024" - KPM



 Sumber:

Kemudahan Cuti Rehat Khas (CRK) Untuk Guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

Cuti Rehat Khas (CRK) adalah cuti khusus yang diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Malaysia. CRK juga merupakan satu insentif khas untuk kemudahan khususnya guru-guru di sekolah. CRK layak dinikmati oleh semua PPP yang sedang mengajar di sekolah atau institusi mahupun yang diberi kemudahan cuti penggal atau semester. Guru sandaran, guru interim dan guru berstatus kontrak juga layak memohon CRK. 

Bermula 1 September 2022, CRK bagi guru adalah sebanyak 15 hari bagi yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Sebelum ini CRK hanyalah 7 hari, yang kemudian dinaikkan kepada 10 hari.

Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata bagi tujuan-tujuan berikut:

✅menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
✅mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
✅dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
✅menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
✅mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
✅menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
✅menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
✅perkahwinan pegawai atau anak pegawai.

Syarat-syarat permohonan Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut:


✅Bilangan hari CRK yang layak diambil oleh guru adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan.
✅Guru boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan oleh guru besar atau pengetua di sekolah masing-masing.
✅CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja.
✅Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi boleh dikumpulkan kepada GCR.
 
➡️ Muat turun Pekeliling: Kemudahan Cuti Penjawat Awam

Kategori cuti

Pengumpulan GCR

Sumber:
  • JPA

Tajaan Sambung Belajar Untuk Guru KPM Ambilan Tahun 2024 Peringkat Ijazah Sarjana & Kedoktoran (Master, PhD, EdD)

Setiap Disember akhir tahun KPM akan membuka tawaran permohonan program penajaan pengajian pascasiswazah peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Master, PhD, EdD) kepada guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Permohonan akan dibuka pada 21 Disember 2023 (Khamis) dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2024.

Bagi pengambilan tahun 2024, hebahan permohonan telah dibuat di laman web KPM untuk tawaran program seperti berikut:

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS)



Jenis Program Penajaan KPM


1) HLP: Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP DB)

  • Cuti belajar sepenuh masa (full time)
  • dikenali juga sebagai cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa
  • Cuti belajar bergaji penuh iaitu gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
  • Ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun sara hidup (duit poket tambahan sebagai student), elaun buku, elaun tesis, elaun alat perkakas dan beberapa lagi elaun


2) CBBP TB: Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

  • Cuti belajar sepenuh masa (full time)
  • Cuti belajar bergaji penuh - gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
  • Tiada biasiswa


3) HLPS: Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan

  • Tiada cuti belajar iaitu bekerja seperti biasa
  • Ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun buku, elaun tesis


Maklumat Lanjut dan Cara Memohon


Permohonan dibuat secara online melalui laman web e-Penawaran mulai tarikh tawaran dibuka: https://epenawaran.moe.gov.my/









Persiapan Awal Sebelum Memohon


  • Sinopsis cadangan penyelidikan - tajuk kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian
  • Bidang yang dipohon - mengikut opsyen guru yang bersesuaian
  • Sumbangan kepada perkhidmatan 3 tahun terkini - peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa
  • Penulisan/ penerbitan 3 tahun terkini:
    • artikel, artikel dalam jurnal, prosiding, buku, kajian tindakan, kajian ilmiah
  • Sokongan PGB (Pengetua/Guru Besar)

Sumber:

1. KPM: HLP 2024 KPM
2. Laman web e-Penawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/