Showing posts with label PDP. Show all posts
Showing posts with label PDP. Show all posts

81 Aktiviti PAK21 (Pembelajaran Abad Ke-21 | 21st Century Learning)

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) ialah pendekatan pendidikan berpusatkan murid yang menfokuskan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kolaborasi, kreativiti, komunikasi, dan nilai murni. Ia bertujuan menyediakan murid untuk cabaran masa depan melalui teknologi dan pembelajaran aktif, selaras dengan transformasi pendidikan negara. PAK21 telah mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 2014 secara rintis. Pelaksanaan PAK21 dibudayakan sepenuhnya di bilik darjah pada tahun 2016.


81 Aktiviti PAK21 | Pembelajaran Abad Ke-21


1. I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, saya fikir dan saya bertanya)
  • Dengan menggunakan gambar / objek murid diminta:
    • Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat (see)
    • Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan kehidupan seharian / lain-lain perkara (think)
    • Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang telah dipelajari sebelum ini. (wonder)

2. Recap Group (Mengulangi / mengingat semula)
  • Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan apa yang telah dipelajari sebelum ini.

3. Rocket writing (Penulisan pantas)
  • Jangka masa diberi (contohnya 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka tahu berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.

4. Galery Walk (Lawatan ke galeri)
  • Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik / dewan untuk:
    • Melihat
    • Berfikir dan
    • Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal

5. Time capsules (Kapsul Masa)
  • Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid pada awal tahun (contohnya) dan membuka jawapan tersebut beberapa bulan kemudian untuk murid membaca semula apa yang telah mereka tulis.

6. Survey (Tinjauan)
  • Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik / isu.

7. Presentations (Persembahan) - individu, berpasangan, berkumpulan
  • Persembahan murid dalam bentuk:
    • Lisan
    • Vieo
    • Powerpoint
    • Pameran
    • yanyian
    • Tarian
    • Lakonan
    • Lain-lain yang kreatif

8. Qudrat Activity (Aktiviti Berempat)
  • Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. 
  • Di luar bulatan guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid).
  • Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan.
  • Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah dipersetujui semua ahli kumpulan dalam bulatan.

9. Chunking (Gabungan)
  • Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan pembelajaran baru untuk mempertingkatkan pemahaman mereka.

10. Café (Kedai Kopi)
  • Seperti di kafe pelajar duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang mengenai soalan / topik yang diletakkan di atas meja (table cloth).

11. SWOT
  • Murid mengemukakan soalan / sitiuasi / isu untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki mengisi borang yang mempunyai empat petak:
    • S: Strengths (Kekuatan)
    • W: Weaknesses (Kelemahan)
    • O: Obstacles (Halangan / Cabaran)
    • T: Thoughts (Soalan-soalan untuk tindakan / kajian seterusnya)

12. Checklist (Senarai Semak)
  • Murid dikehendaki menanda item-item tertentu dalam senarai semak mereka untuk mengetahui kefahaman mereka tentang tajuk/topik-topik tertentu.

13. Bus Stop (Hentian Bas)
  • Soalan / topik ditampal didinding di beberapa tempat di dalam kelas / dewan. 
  • Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan berbincang tentang soalan / topik yang berkenaan. 
  • Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperolehi.

14. Table Talkers (Perbincangan di meja) 
  • Kad-kad yang mengandungi topik / isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan kumpulan secara lisan atau bertulis.

15. Brainstorming (Sumbangsaran) 
  • Cara yang terbaik untuk mendapatkan idea-idea yang bernas daripada murid.

16. Personal Learning Experiences (Pengalaman Peribadi)
  • Murid dikehendaki berkongsi pengalaman peribadi mengenai isu/topik yang dibincangkan.

17. Think – Pair – Share (Fikir-Pasang-Kongsi)
  • Murid dikehendaki memikirkan topik / soalan yang diberi secara individu
  • Murid dikehendaki berbincang dengan rakan / pasangan
  • Mereka perlu berkongsi maklumat /hasil perbincangan dengan pasangan lain/kumpulan/kelas

18. Games (Permainan)

  • Permainan boleh dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi / perbincangan.

19. Learning Trios A-B-C (Tiga serangkai A-B-C)
  • Satu kaedah pengurusan perbincangan dalam kalangan murid.
    • Murid A bercakap, murid B dan C mendengar dan bertanya soalan.
    • Murid  B bercakap, murid A dan C mendengar dan bertanya soalan.
    • Murid  C bercakap, murid B dan A mendengar dan bertanya soalan.
    • Murid juga perlu membuat catatan tentang hasil perbincangan mereka.

20. Read and highlight (baca dan tanda)
  • Satu strategi membaca yang berpandu. 
  • Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi penting/utama.

21. Puzzle it Out (Selesaikan)

  • Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat.

22. Cloze Procedures (Isikan tempat kosong)
  • Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai / tepat.

23. KWL Chart (Carta KWL)
  • Carta diberikan kepada murid sebelum PdP dan diminta untuk mengisi ruang-ruang seperti:
    • Know (What I know about / Apa yang saqya tahu tentang) pengetahuan sedia ada
    • What (What I want to know / Apa yang saya mahu tahu lebih lanjut) – Soalan-soalan murid
    • Learned (What I haved Learned / Apa yang telah saya pelajari) – Penilaian sumatif.

24. Quick Quiz (Kuiz Cepat)
  • Kuiz yang digunakan untuk menilai kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada atau apa yang telah mereka pelajari (Awal/akhir PdP).

25. Mind Map (Peta Minda)
  • Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untukmenunjukan kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar. 
  • Mind map mempunyai pelbagai bentuk. 
  • Ia boleh berubah mengikut kreativiti, citarasa dan mood murid.

26. Jigsaw Reading (Susun Suai)
  • Murid diberi keratan atau perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula ayat-ayat / perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan cerita/ kronologi.

27. Chart and Share (Catat dan kongsi)
  • Borang chart and share diberikan kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi borang serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.

28. Table Cloth (Alas Meja)
  • Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja. 
  • Murid bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas tersebut.

29. Colaboration (Kolaborasi)
  • Murid diberi tugasan untuk disiapkan mengikut kumpulan dan mereka mesti bekerjasama dengan kumpulan lain untuk melengkapkannya/menyiapkan.

30. Stretch to Sketch (Lukis mengikut kreativiti)
  • Guru memberi arahan/maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu) tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian. 
  • Hasil kerja murid ditampal dan guru akan membuat pengiktirafan/hadiah kepada lukisan yang paling kreatif.

31. Traffic Lights (Lampu Isyarat)
  • Satu cara penilaian kendiri di awal, semasa atau di akhir PdP. 
  • 3 warna digunakan.
    • Green – (Hijau) Saya yakin saya tahu
    • Yellow – (Kuning) Rasa-rasa saya tahu
    • Red – (Merah) Saya tidak tahu

32. Talk Partners (Rakan Berbual)
  • Murid diberi peluang berbual/berbincang mengenai isu / topik yang dipelajari dengan rakan mereka.

33. Make Predictions (Membuat andaian)
  • Murid diminta membuat andaian / jangkaan sebelum demo/ujikaji dijalankan. 
  • Selepas demo/ujikaji dijalankan murid diminta berbincang mengenai andaian mereka sebelum ujikaji tersebut adakah tepat atau kurang tepat.

34. Snow Balling (Bola Salji)
  • Guru menyatakan satu soalan/pernyataan kepada semua murid.
  • Setiap murid menyatakan satu jawapan mereka secara individu
  • Kemudian murid akan berkongsi jawapannya dengan rakan. 
  • Jadikan dua jawapan yang ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama.
  • Ulang proses yang sama.
  • Cara ini boleh mensentisiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan.

35. Hot Seating (Kerusi Panas)
  • Seorang murid dipilih ke hadapan kelas. 
  • Dia bertindak untuk menjawab soalan atau menyatakan pendangan daripada pertanyaan rakan-rakannya di dalam kelas berkaitan dengan tajuk yang diperbincangkan.

36. Goldfish Bowl (Mangkuk ikan emas)
  • Sama seperti hot Seating tetapi yang tampil ke hadapan ialah satu kumpulan untuk menyatakan pandangan dan menjawab soalan. 
  • Murid lain boleh bertanya soalan kepada kumpulan murid ini.

37. Free Discussion (Perbincangan Bebas)
  • Ini dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. 
  • Oleh kerana ianya tidak berstruktur perbincangan ini memerlukan guru atau murid yang berpengalaman sebagai pemudah cara.

38. Listerning Triad (Pendengaran bertiga)
  • 3 orang murid dalam satu kumpulan. 
  • Seorang murid sebagai penyoal, seorang menjawab dan seorang pencatat.
  • Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan berakhir
  • Untuk keseterusnya peranan seseorang itu akan bergilir.

39. Role-Play (Main peranan)
  • Gunakan cerita, drama. Main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dengan topik sensitif dan emosi. Contohnya minta murid membincangkan perasaan mereka tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan kemudian meminta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang yang mengalami situasi tersebut.

40. Rally Table
  • Secara berpasangan, murid bergilir-gilir memberikan respons atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen atau pensel yang sama.

41. Round Table

  • Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik. 
  • Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama. 
  • Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.

42. Simultaneous Round Table
  • Dalam pasukan, murid menulis respons kepada masalah dalam kertas masing-masing.
  • Kemudian, murid mengedarkan catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah atau membetulkan apa yang ditulis.

43. Three Stray, One Stay
  • Kaedah alternatif pembentangan kumpulan. Hasil kerja ditampal. Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan. Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

44. Fan-N-Pick
  • Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir.
    • Murid 1: susun kad seperti kipas
    • Murid 2: pilih kad dan bacakan soalan
    • Murid 3: jawab soalan
    • Murid 4: beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

45. Inside Outside Circle
  • Murid mencari pasangan masing-masing.
  • Murid membentuk dua bulatan iaitu satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2).
  • Murid berdiri menghadapi pasangan
  • Guru memberikan soalan atau tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
  • Murid dalam Bulatan 2 menjawab dan rakannya hanya mendengar
  • Murid memberikan pujian atau membetulkan jawapan rakan apabila dia telah habis memberikan jawapan.
  • Kemudian murid bertukar peranan dengan soalan yang baharu.
  • Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan.

46. Rally Robin
  • Murid secara berpasangan bergilir-gilir memberikan respons tentang sesuatu perkara secara lisan.

47. Round Robin
  • Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.

48. Spin-N-Think
  • Menggunakan kadbod dengan anak panah berputar untuk menentukan giliran murid dalam peranan menyoal, menjawab, membetulkan, dan memberi pujian.
  • Contoh aktiviti: Seorang murid menyoal tentang cara meningkatkan semangat patriotik, manakala murid lain menjawab dan memberi maklum balas.

 

49. Talking Chips
  • Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip ditengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberikan pendapat.
  • Murid tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberikan peluang untuk bercakap.

50. Mix-N-Match
  • Murid bergaul dan bergerak mencari bahan atau perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.

51. Trade-A- Problem
  • Pasukan membina masalah atau soalan dan menghantar kepada pasukan lai unutk mencari penyelesaian atau jawapan.

52. Team Stand-N-Share
  • Ahli pasukan berdiri.
  • Guru atau murid memberikan soalan.
  • Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan atau pendapat dengan pasukan lain.

53. Find the Fib/Guess the Fib
  • Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah.
  • Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah.


54. Line Ups
  • Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan.
  • Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi.
  • Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju.

55. Formations

  • Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan.

56. Window Pane
  • Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
  • Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut.

57. Showdown
  • Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah.
  • Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak.
  • Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

58. Lyrical Lessons
  • Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak.

59. Timed Pair Share
  • Secara pasangan, murid 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa yang ditetapkan dengan murid 2.
  • Kemudian tukar peranan.

60. Stir- the- Class
  • Pasukan duduk dalam bulatan.
  • Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah.
  • Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan.
  • Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya.

61. Team Word-Web
  • Murid tulis topik di tengah-tengah kertas mahjong.
  • Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka.

62. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
  • Seorang murid mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi lagu.
  • Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya.
  • Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni.

63. Paraphrase Passport
  • Murid hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya.

64. Mix-Freeze Group
  • Murid membentuk pasukan mengikut arahan guru.
  • Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan, diletakkan dalam “Lost and Found”.

65. Roam the Room
  • Dengan isyarat guru, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan.
  • Apabila guru beri isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan lain.

66. Gallery Tour
  • Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan.
  • Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya.
  • Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka.
  • Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula.
  • Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi.

67. Rotating Review
  • Pasukan bincang topik.
  • Buat carta/pengurusan grafik.
  • Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang hasil perbincangan kumpulan itu.
  • Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu.
  • Begitulah seterusnya.

68. The Yarn Yarn
  • Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan.
  • Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea.

69. Kinesthetic Symbols
  • Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran.

70. Team Statements
  • Murid berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu.
  • Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua.

71. Who am I?
  • Setiap orang murid diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju).
  • Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang identity masing-masing.
  • Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”.
  • Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya.

72. Sages Share
  • Murid buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat ‘initial” mereka.
  • Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya.

73. Traveling File
  • Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan.
  • Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain.
  • Setiap pasukan yang mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
  • Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

74. Team Interview
  • Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri).

75. Team Project
  • Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak (team cheers), logo pasukan dan warna pasukan.

76. Value Lines
  • Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup.
  • Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain.
  • Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka.

77. Find-Someone-Who
  • Murid dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu.

78. Rotating Review
  • Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik, kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing.
  • Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan.
  • Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza.

79. Three-Step Interview
  • Empat orang murid dalam satu pasukan.
  • Langkah 1: Secara berpasangan seorang murid menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga.
  • Langkah 2: Pasangan bertukar peranan di atas.
  • Langkah 3: Setiap murid secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain.

80. Two-Box Induction
  • Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh.
  • Fasilitator beri ransangan.
  • Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis.
  • Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut.

81. Same Different
  • 2 orang murid dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka.
  • Kemudian mereka bandingkan jawapan.
  • Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan.


Modul Kaedah & Strategi Pengajaran & Pembelajaran | Bahan Sokongan PdP | Siri BSBPK 2022


Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BSBPK) terbitan tahun 2022 oleh BPK, KPM terdiri daripada 5 bahan sokongan PdP dan 2 bahan penerangan am dalam bentuk modul.


Bahan Sokongan PdP

1. Modul Pedagogi Terbeza

2. Modul Pembelajaran Teradun

3. Modul Kecerdasan Pelbagai

4. Modul Pembelajaran Masteri

5. Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)


Bahan Penerangan Am

1. Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah

2. Modul Pembelajaran Akses Kendiri


👉Muat Turun Modul Lengkap di Sini: 






Tambah 20 Mata Kredit PPB SPLKPM dengan Pembacaan Buku | Book Review

Berikut adalah buku yang boleh dibaca oleh guru untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan boleh menambah 20 jam mata kredit SPLKPM. Buku-buku ini boleh dibeli secara online di Shopee dan Lazada. Ulasan 4 buah buku atau book review melayakkan guru-guru mendapat 4 hari latihan dan 20 mata kredit PBB. 


Book Review/ Ulasan Buku

  • dapat jam latihan dan mata kredit PPB
  • 1 buku = 1 hari latihan = 6 jam = 6 mata
  • 4 buah buku = 4 hari latihan + 20 mata
  • maksimum 20 mata PPB

Boleh baca di sini cara-cara untuk mencukupkan 5 hari latihan & 42 mata kredit PPB: Cara untuk Mencukupkan 5 Hari Latihan & 42 Mata Kredit PPB SPLKPM

Buku Pedagogi / Pengajaran & Pembelajaran

  1. Trend dan Isu Pendidikan Abad Ke-21: https://s.shopee.com.my/qRR4DSMrn
  2. Pembelajaran Abad 21 Bukan Sekadar Susun Kerusi Meja: https://s.shopee.com.my/g80pgAQup
  3. Buku STEM: Amalan Terbaik Bilik Darjah: https://s.shopee.com.my/7Keum9SCPi
  4. Guru Sebagai Pakar. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21: https://s.shopee.com.my/4Aht5hFFfL
  5. Pedagogi PAK21 KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 2: https://s.shopee.com.my/7fHlDo7R8a
  6. 116 Permainan dalam Kelas: https://s.shopee.com.my/8pTicz8QDo
  7. Pendidikan Literasi Awal Kanak-kanakhttps://s.shopee.com.my/9pMFiiPEps
  8. Gamifikasi dalam Pendidikan: https://s.shopee.com.my/4L1JAucMcr
  9. Belajar Melalui Bermain: https://s.shopee.com.my/3L8m1W7eNf
  10. Pentaksiran Formatif: Panduan untuk Guru Masa Kini: https://s.shopee.com.my/5KtqUJPUgt
  11. Aktiviti PdPc Melalui kaedah Pembelajaran Koperatif: https://s.shopee.com.my/9A6Z3WXOgV


Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  1. Buku 125 Latihan Kawalan Pensel: https://s.shopee.com.my/6ASxSZAEiN | https://s.shopee.com.my/4VKjTYTBfI
  2. Buku Kit Awal Menulis - kemahiran menulis dengan cepat dan pantas: https://s.shopee.com.my/7UyL3CnjTu
  3. Kaedah Cepat Membaca (2in1) - Bacalah Sayang Buku 1 & 2: https://s.shopee.com.my/1B4HVgdfyE


Pendidikan Khas

  1. Overcoming Dyslexia, Second Edition
  2. Autisme - Panduan Ibu Bapa: https://s.shopee.com.my/AKJFvIo5Y4
  3. Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Autisme - Panduan untuk Golongan Profesional dan Ibu Bapa: https://s.shopee.com.my/7KfeLzL83b


Kecerdasan Buatan / Artificial Intelligence

  1. BUKU AI GURU Siri Mahir AI Generatif Menggunakan Prompt Engineering Framework: https://s.shopee.com.my/AKIWLAGEsz
  2. 10800 ChatGPT Prompts (PDF): https://s.shopee.com.my/7ALUdQ9YKj


Buku Pengurusan / Bacaan Umum

  1. Kompilasi Contoh Skrip Emcee Untuk Majlis Rasmi: https://s.shopee.com.my/5KtqQgBPLQ
  2. Protokol dan Etiket Dalam Aneka Majlis: https://s.shopee.com.my/1qJyGNh1Ac
  3. Panduan Mudah Menulis Minit Mesyuarat: https://s.shopee.com.my/3VSCFEbO3d
  4. 25 Contoh Teks Ucapan Ketua Jabatan: https://s.shopee.com.my/40OSqOhF4l
  5. 15 Kertas Kerja Program berserta Laporan Aktiviti: https://s.shopee.com.my/6pieDicQaG
  6. 518 Pantun Pelbagai Majlis: https://s.shopee.com.my/VoagFeMHQ
  7. Cabaran Pengurusan Disiplin Sekolah Masa Kini: https://s.shopee.com.my/6V5np1k7GI
  8. Tip Mudah Berucap: https://s.shopee.com.my/1Vh7tJjRta


Buku Penyelidikan / Kajian Tindakan

  1. Kaedah Penyelidikan (Buku 1) (Edisi Keempat): https://s.shopee.com.my/6ASxNKeSmZ
  2. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan Edisi Ke-3: https://s.shopee.com.my/7pbBODarx2
  3. Pendekatan Penyelidikan Rekabentuk dan Pembangunan (PRP). Aplikasi kepada Penyelidikan Pendidikan: https://s.shopee.com.my/9KPzAhty6v
  4. Penyelidikan Pembangunan Modul Pembelajaranhttps://s.shopee.com.my/7zubZereFX
  5. Penyelidikan Itu Mudah-Panduan Penyelidikan Bahasa dalam Pendidikan: https://s.shopee.com.my/A9z6AhNTzH
  6. Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan: https://s.shopee.com.my/1g0Y0Fy3Ue
  7. Kajian Tindakan Penyelidikan Asas di Sekolah: https://s.shopee.com.my/2AwoeDi1L9
  8. Kajian Tindakan dalam Pendidikan Teori dan Amalan: https://s.shopee.com.my/sK3f94ba
  9. Panduan Penulisan Ilmiah Laporan Penyelidikan, Kajian Tindakan dan Tugasan Akademik: https://s.shopee.com.my/9UjPNePydG
  10. Meneroka Inovasi Melalui Kajian Tindakan: https://s.shopee.com.my/5VDGexE9PP

50 Aktiviti Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Guru



Mari manfaatkan teknologi Kecerdesan Buatan (AI). Ini antara contoh 50 aktiviti guru-guru boleh laksanakan di bilik darjah menggunakan AI.

✅Bahasa Melayu

1. Ringkaskan cerpen.
2. Buat soalan pemahaman.
3. Cadangkan aktiviti pengayaan.
4. Tulis karangan contoh.
5. Semak ejaan dan tatabahasa.

✅Bahasa Inggeris

6. Terjemah ayat.
7. Buat latihan tatabahasa.
8. Cadangkan bahan bacaan tambahan.
9. Tulis emel rasmi.
10. Buat perenggan perbandingan.

✅Matematik

11. Selesaikan masalah matematik.
12. Jana soalan latih tubi.
13. Terangkan konsep matematik.
14. Buat graf.
15. Sediakan RPH.

✅Sains

16. Terangkan proses saintifik.
17. Buat uji minda.
18. Cadangkan eksperimen sains.
19. Tulis laporan amali.
20. Buat peta konsep.

✅Sejarah

21. Ringkaskan peristiwa sejarah.
22. Buat garis masa.
23. Bandingkan tokoh sejarah.
24. Tulis esei sejarah.
25. Cadangkan sumber sejarah.

✅Geografi

26. Terangkan fenomena geografi.
27. Buat peta minda.
28. Cadangkan aktiviti luar.
29. Tulis laporan kajian lapangan.
30. Buat persembahan multimedia.

✅Pendidikan Islam

31. Terangkan rukun Islam.
32. Buat soalan tafsir Al-Quran.
33. Cadangkan aktiviti ibadah.
34. Tulis ceramah agama.
35. Buat kuiz interaktif.

✅Pendidikan Moral

36. Terangkan nilai murni.
37. Buat senario dilema moral.
38. Cadangkan aktiviti kemasyarakatan.
39. Tulis rencana.
40. Buat poster kempen.

✅Pendidikan Seni Visual

41. Cadangkan teknik seni.
42. Buat kritikan seni.
43. Cadangkan aktiviti seni kitar semula.
44. Tulis panduan melukis.
45. Buat persembahan digital.

✅Muzik

46. Cadangkan lagu untuk nyanyian.
47. Buat soal selidik muzik.
48. Tulis ulasan konsert.
49. Buat persembahan muzik.
50. Tulis lirik lagu.

Kredit: 
  • Sekolah 'AI'



10 Idea Aktiviti Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Guru dan Murid

Selamat Tahun Baru 2024!


Berikut adalah 10 idea aktiviti yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk guru dan murid terokai dalam bilik darjah.

1. 🤖 Robot Cerita: Murid-murid boleh mencipta cerita pendek dan menggunakan AI untuk menghasilkan ilustrasi yang menarik bagi cerita mereka.

2. 🎨 Seni AI: Menggunakan aplikasi AI untuk mencipta karya seni digital berdasarkan arahan ringkas dari murid.

3. 🌍 Penerokaan Virtual: Mengadakan lawatan maya ke tempat-tempat bersejarah atau geografi yang menarik dengan bantuan AI.

4. 🎓 Tutor AI: Menggunakan program pembelajaran AI yang menyesuaikan diri dengan keperluan setiap murid untuk meningkatkan pemahaman subjek tertentu.

5. 🧠 Kuiz AI: Mengadakan kuiz yang disusun oleh AI, yang dapat menyesuaikan soalan berdasarkan tahap kemahiran murid.

6. 🌐 Terjemahan AI: Belajar bahasa asing dengan menggunakan alat terjemahan AI, memungkinkan murid untuk menerjemah dan memahami teks asing dengan lebih cepat.

7. 🤔 Debat AI: Mengadakan debat dengan topik yang disediakan oleh AI, di mana murid harus menyampaikan hujah mereka berdasarkan data yang dikumpulkan oleh AI.

8. 🕹️ Pembelajaran Melalui Permainan: Menggunakan aplikasi permainan yang berbasis AI untuk mengajar konsep matematika, sains, atau bahasa.

9. 📊 Analisis Data dengan AI: Mengajar murid cara mengumpul dan menganalisis data menggunakan alat AI, membantu mereka memahami konsep statistik dan analisis data.

10. 🌟 Penjelajahan Angkasa AI: Menggunakan simulator angkasa yang didukung AI untuk meneroka planet dan bintang, memberikan pengalaman pembelajaran interaktif tentang astronomi.

Kredit: 

  • teachdigitalschool

Kaedah Belajar Membaca

Salam dan hai semua.

Sedikit ulangkaji tentang beberapa kaedah mengajar dan belajar membaca yang boleh dipraktikkan iaitu antaranya adalah seperti berikut:

1. Kaedah abjad
2. Kaedah Pandang dan Sebut (Seluruh Perkataan/ whole word)
3. Kaedah Fonetik/Fonik
4. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)
5. Kaedah Eklektik (Kaedah Campuran)






Kredit: #hbsixtyfamily

Kaedah Khas Pemulihan Bacaan: 


1. Kaedah VAK
2. Kaedah pelbagai deria (VAKT)
3. Kaedah Fernald
4. Kaedah Gillingham

Kaedah VAK


Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu murid:

i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah Membaca Pelbagai Deria – VAKT (Multisensory Reading Method)


Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)
A - audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan)
T - tactile (sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan
- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 (menggunakan krayon)
- murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah:

i. lihat huruf (V)
ii. dengar guru sebut huruf (A)
iii. menyebut huruf (A)
iv. dengar huruf yang disebut (A)
v. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
vi. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
vii. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
viii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih terperinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

Kaedah Fernald


Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K. (1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:

Peringkat 1:

- guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
- murid surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).
- murid juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .
- proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- murid menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2:

- murid tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut.
- murid meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3:

- murid belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).

- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini murid sudah boleh membaca daripada buku.
 
Peringkat 4:

- murid dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
- murid sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa murid dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi murid dapat ditingkatkan atau dikekalkan,
ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan, dan
iii. hanya diguna untuk murid yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

Kaedah Gillingham


Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.

ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.

iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.

iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.

v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.

vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

Langkah-langkah pengajaran;

Langkah 1:

- Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru
- Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya
- Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”

Langkah 2:

- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.
- Soalan guru, “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3:

- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.
- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-huruf menjadi perkataan.

Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza, justeru, guru perlu memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. 

Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan muridnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

Apakah Itu Sindrom Down?

📌Apakah itu Sindrom Down?

1. Sindrom Down ialah penyakit keturunan. Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit.

2. Sindrom Down berpunca daripada kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21. Terdapat kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang pada seorang kanak-kanak yang juga dikenali sebagai Trisomi 21. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Hal ini bermaksud kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 47 jumlah kromosom berbanding 46 (23 pasang) bagi kanak-kanak tipikal. Kecelaruan kromosom tersebut memberi kesan kepada perkembangan otak dan tumbesaran kanak-kanak.

3. Sindrom Down terbahagi kepada tiga (3) tahap iaitu ringan, sederhana dan teruk. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. 

4. Sindrom Down telah dikategorikan sebagai kurang upaya pembelajaran. Kurang upaya pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.

5. Kekerapan atau kadar kejadian Sindrom Down secara keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

6. Sindrom Down disahkan melalui ujian darah kanak-kanak bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid).


📌Ciri-Ciri Fizikal Kanak-Kanak Sindrom Down

  • Tubuh yang pendek.
  • Kepala bersaiz kecil.
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  • Lidah terjelir.
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.

📌Strategi Pengajaran & Pembelajaran Sindrom Down

1. Menggunakan gambar, simbol, ilustrasi dalam kehidupan seharian atau dalam kelas.
2. Mewujudkan rutin atau aktiviti berstruktur dan sebaiknya disokong dengan gambar.
3. Menggunakan font yang besar atau warna yang kontra dalam lembaran kerja.
4. Melaksanakan pendekatan inklusif di sekolah, rumah mahupun aktiviti sosial.
5. Mengadakan Sistem Ganjaran.
6. Menerapkan penggunaan alat teknologi dalam sesi pengajaran.




Sumber: 

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran (PdP) - Manual Operasi KPM

Asssalamualaikum/Selamat sejahtera.

Pada 1 Oktober 2021, KPM telah mengeluarkan satu manual atau garis panduan tatacara pengoperasian Pengajaran & Pembelajaran (PdP) secara penggiliran.

Manualnya ringkas dan mudah difahami.

Antara perkara penting (Kata kunci):


1. PdP berlaku 2 keadaan - PdP bersemuka di sekolah & PdPR kendiri di rumah.

2. Contoh penggiliran:

📌Minggu 1

Kumpulan A - belajar di sekolah (PdP bersemuka)
Kumpulan B - belajar di rumah (PdPR kendiri)

📌Minggu 2

Kumpulan A - belajar di rumah (PdPR kendiri)
Kumpulan B - belajar di sekolah (PdP bersemuka)

3. PdPR kendiri di rumah tidak perlu pentaksiran bilik darjah (PBD). 

📚 PdPR kendiri = PdPR secara sendiri-sendiri di rumah berpandukan bahan pembelajaran yang diberikan guru.






























Praktis Cepat Membaca Bahasa Melayu Lengkap Dengan Video Pembelajaran & Latihan Menggunakan LIVEWORKSHEETS.COM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Sebagai guru Pemulihan Khas, saya sering kali melakukan penambahbaikan dengan sedikit sentuhan inovasi kepada amalan pengajaran dan pembelajaran saya di bilik darjah supaya murid-murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajari dengan cepat dan lebih berkesan.

Kali ini saya ingin berkongsi satu teknik pengajaran kemahiran asas membaca yang saya namakan sebagai Praktis Cepat Membaca (PraCeM). Teknik ini saya ubahsuai berasaskan kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB).

KVB adalah satu kaedah pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan kawalan vokal (Contoh: ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za).

Bacaan lanjut tentang KVB:


KLIK DI SINI untuk baca: https://www.cikguhijau.com/2012/07/kaedah-pengajaran-kemahiran-membaca.html


Playlist Praktis Cepat Membaca (PraCeM)

Playlist Praktis Cepat Membaca (PraCeM)

Teknik Pengajaran Praktis Cepat Membaca (PraCeM)


Dalam pengajaran kemahiran awal membaca menggunakan Teknik Praktis Cepat Membaca (PraCeM), pengajaran dimulai dengan mengenal SATU HURUF VOKAL kemudian menyebut suku kata hasil cantuman huruf konsonan dan huruf vokal yang dipelajari (K+V), kemudian membaca perkataan  (KV+KV) seterusnya membaca frasa dan ayat dalam petikan yang mudah (KV+KV) sebagai pengukuhan dan pengayaan kepada bacaan yang dipelajari.

Langkah-langkah pengajaran:


1. Menyebut nama huruf vokal.
2. Membunyikan huruf vokal.
3. Menyebut suku kata (Sebut huruf konsonan dan huruf vokal).
4. Membaca perkataan (tanpa perlu mengeja/membatang perkataan).
5. Membaca Frasa dan ayat mudah (tanpa perlu mengeja/membatang perkataan).

Video Pembelajaran & Latihan: Praktis Cepat Membaca

📌Koleksi Lengkap Semua Video PDP (16 Video)
📌PLAYLIST YOUTUBE: Praktis Cepat Membaca (PraCeM)
📌TELEGRAM Channel: https://t.me/CikguHaseni

[Bahan ini telah dikemaskini pada 23.10.2021]


VOKAL A


1. Vokal [A][Bahagian 1]



2. Vokal [A][Bahagian 2]



VOKAL U


3. Vokal [U][Bahagian 1] (Kemaskini 16.9.2021)



4. Vokal [U][Bahagian 2] (Kemaskini 16.9.2021)



VOKAL O


5. Vokal [O][Bahagian 1] (Kemaskini 23.10.2021)



6. Vokal [O][Bahagian 2] (Kemaskini 18.9.2021)



VOKAL A+U


7. Vokal [A+U][Bahagian 1]



8. Vokal [A+U][Bahagian 2]



VOKAL A+O


9. Vokal [A+O][Bahagian 1]



10. Vokal [A+O][Bahagian 2]



VOKAL I


11. Vokal [i][Bahagian 1]



12. Vokal [i][Bahagian 2]



VOKAL A+I


13. Vokal [A+i]



VOKAL O+I


14. Vokal [O+i]
 


VOKAL A,U,O,I


15. Vokal [A, U,O, i]

📌Video PDP: Tiada


VOKAL E


16. Vokal [E][Bahagian 1 - 'e' taling] (Kemaskini 23.10.2021)



17. Vokal [E][Bahagian 2 - 'e' pepet] (Kemaskini 23.10.2021)




KOLEKSI LENGKAP VIDEO PEMBELAJARAN

📌PRAKTIS CEPAT MEMBACA | Perkataan KV+KV Vokal [A - E]
🌀PLAYLIST: https://bit.ly/3Cbn4SP


Video Praktis Cepat Membaca Vokal [a] Bahagian 1


Video Praktis Cepat Membaca Vokal [u] Bahagian 1

PDPR Diteruskan Sehingga 31 Ogos 2021 & Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat 1 September 2021

Salam semua.

KPM mengumumkan sesi PdPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021 dan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk PdP secara bersemuka mulai 1 September 2021 namun masih tertakluk kepada penilaian risiko oleh KKM dan MKN.

Segala perubahan, pihak KPM akan maklumkan lebih awal iaitu dalam tempoh seminggu sebelum pembukaan sekolah.