Showing posts with label Pekeliling. Show all posts
Showing posts with label Pekeliling. Show all posts

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Guru & Pegawai KPM Tahun 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengedarkan garis panduan pemakaian baju korporat melalui surat siaran bertarikh 14 Ogos 2023 untuk menyeragamkan pemakaian baju korporat bagi semua guru dan pegawai yang berkhidmat di KPM. Pemakaian baju korporat telah dipanjangkan kepada guru selaras dengan pengumuman oleh YB Menteri Pendidikan pada 16 Mei 2023 sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.


TATACARA PEMAKAIAN BAJU KORPORAT


Bagi pegawai lelaki, baju korporat hendaklah dipakai bersama-sama seluar panjang slack/khakis dengan keutamaan kepada warna gelap

Bagi pegawai wanita, baju korporat hendaklah dipakai bersama skirt labuh berbentuk “A" (A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam/dark blue/royal blue.

Pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam/uniform hendaklah memakainya ketika bertugas pada setiap masa melainkan diarah dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.

Pembekalan baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan Jabatan/Bahagian dan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai. Perkara ini adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan 3.1: Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam.

REKA BENTUK BAJU KORPORAT LELAKI



Warna: Putih (base), dark blue (piping)
Logo Jata Negara - dada kanan
Nama disulam - dada kiri


REKA BENTUK BAJU KORPORAT WANITA



Warna: Putih (base), dark blue (piping)
Logo Jata Negara - dada kanan
Nama disulam - dada kiri


Muat Turun Garis Panduan


Name Tag | Tanda Nama Terkini Penjawat Awam 2025

Bermula 6 Januari 2025, berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3, berkaitan Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam, terdapat perubahan terhadap pemakaian tanda nama atau name tag penjawat awam.



Name Tag atau Tanda Nama Terkini Penjawat Awam 2025


Merujuk muka surat 38 dan 39 surat pekeliling ceraian UP.7.2.3, setiap penjawat awam wajib memakai tanda nama ketika bertugas berdasarkan ketetapan berikut:

✅ Tanda nama dibuat daripada plastik
✅ Saiz ialah 7.5cm x 2.5cm (Lebar x Tinggi)
✅ Satu nama digunakan. Contohnya AMINAH, HASENI, RAHMAN, AHMAD
✅ Huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam
✅ Ada Jata Persekutuan iaitu Jata Negara Malaysia yang merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia

👉Beli/Order di sini: 






_______________________________________________________

📌 Name Tag Murid/Pelajar: https://s.shopee.com.my/LXpaL0FZw

Saiz atau ukuran name tag


[DOWNLOAD] Muat Turun Surat Pekeliling


Surat Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3: Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam: https://t.me/CikguHaseni

Kemudahan Cuti Rehat Khas (CRK) Untuk Guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

Cuti Rehat Khas (CRK) adalah cuti khusus yang diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Malaysia. CRK juga merupakan satu insentif khas untuk kemudahan khususnya guru-guru di sekolah. CRK layak dinikmati oleh semua PPP yang sedang mengajar di sekolah atau institusi mahupun yang diberi kemudahan cuti penggal atau semester. Guru sandaran, guru interim dan guru berstatus kontrak juga layak memohon CRK. 

Bermula 1 September 2022, CRK bagi guru adalah sebanyak 15 hari bagi yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Sebelum ini CRK hanyalah 7 hari, yang kemudian dinaikkan kepada 10 hari.

Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata bagi tujuan-tujuan berikut:

✅menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
✅mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
✅dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
✅menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
✅mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
✅menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
✅menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
✅perkahwinan pegawai atau anak pegawai.

Syarat-syarat permohonan Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut:


✅Bilangan hari CRK yang layak diambil oleh guru adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan.
✅Guru boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan oleh guru besar atau pengetua di sekolah masing-masing.
✅CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja.
✅Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi boleh dikumpulkan kepada GCR.
 
➡️ Muat turun Pekeliling: Kemudahan Cuti Penjawat Awam

Kategori cuti

Pengumpulan GCR

Sumber:
  • JPA

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran (PdP) - Manual Operasi KPM

Asssalamualaikum/Selamat sejahtera.

Pada 1 Oktober 2021, KPM telah mengeluarkan satu manual atau garis panduan tatacara pengoperasian Pengajaran & Pembelajaran (PdP) secara penggiliran.

Manualnya ringkas dan mudah difahami.

Antara perkara penting (Kata kunci):


1. PdP berlaku 2 keadaan - PdP bersemuka di sekolah & PdPR kendiri di rumah.

2. Contoh penggiliran:

📌Minggu 1

Kumpulan A - belajar di sekolah (PdP bersemuka)
Kumpulan B - belajar di rumah (PdPR kendiri)

📌Minggu 2

Kumpulan A - belajar di rumah (PdPR kendiri)
Kumpulan B - belajar di sekolah (PdP bersemuka)

3. PdPR kendiri di rumah tidak perlu pentaksiran bilik darjah (PBD). 

📚 PdPR kendiri = PdPR secara sendiri-sendiri di rumah berpandukan bahan pembelajaran yang diberikan guru.






























Kemudahan Cuti Kuarantin Bagi Denggi & 5 Penyakit Lain Untuk Penjawat Awam


Kemudahan Cuti Kuarantin adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2017.

KELAYAKAN
Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. Anak hendaklah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun, sekiranya anak adalah OKU - tiada had umur.

Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah. Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes.

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria

(Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa)

Perubahan Pelaksanaan Saringan LINUS2.0 Mulai Tahun 2016 : Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2016

Semua sudah maklum bahawa pelaksanaan saringan LINUS2.0 telah berubah mulai tahun 2016 melibatkan semua murid Tahun 1 dan Tahun 2 bagi literasi Bahasa Melayu dan numerasi.

Saringan LINUS2. 0 Tahun 2016 adalah seperti berikut:
  1. Saringan literasi Bahasa Melayu dan numerasi Tahun 1 dan Tahun 2 dilaksanakan sekali setahun iaitu pada bulan Ogos hingga September setiap tahun;
  2. Saringan literasi Bahasa Melayu dan numerasi Tahun 3 dikekalkan 2 kali setahun iaitu Saringan 1 pada bulan Mac hingga April dan Saringan 2 pada bulan Ogos hingga September setiap tahun; dan
  3. Saringan literasi Bahasa Inggeris Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dikekalkan 2 kali setahun iaitu Saringan 1 pada bulan Mac hingga April dan Saringan 2 pada bulan Ogos hingga September setiap tahun.

Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2016

Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2016

Format Peperiksaan Pusat UPSR 2016 Kekal 100% Ujian Bertulis

UPSR pada tahun ini masih kekal dijalankan secara ujian bertulis 100% seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini berdasarkan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 2 Tahun 2015 : Format Peperiksaan Pusat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2015. 

Pekeliling ini secara langsung membatalkan wajaran 40% PBS dan 60% peperiksaan pusat seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 1 Tahun 2011.




Sumber:

Garis Panduan Untuk Guru Pemulihan Khas LINUS

KPM telah mengedarkan surat siaran tentang garis panduan perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS melalui Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2014: Garis Panduan Perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS bertarikh 28 Februari 2014. 

Kepada guru-guru Pemulihan Khas LINUS yang telah dilantik dan baru dilantik dan belum membaca surat siaran tersebut, anda boleh muat turunnya melalui link di bawah;



Ia berkaitan dengan perjawatan, pelantikan, urusan penempatan di sekolah, bayaran gaji, cuti, LNPT, APC, pertukaran dan perpindahan, persaraan sama ada perkara-perkara tersebut dibawah bidang kuasa PPD atau bidang kuasa sekolah.

Siapa Guru Pemulihan Khas LINUS?

Surat Siaran Bil. 6 Tahun 2014

Latarbelakang

Definisi istilah

Standard Operating Procedure

Penempatan/Pelantikan guru
Bidang tugas PPD - SEKOLAH


Skim PPPS dan PPPLD digabungkan menjadi Skim PPP melalui Skim Perkhidmatan Bersepadu mulai 1Januari 2014

Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) akan digabungkan kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berkuatkuasa 1 Januari 2014.




Antara perkara-perkara penting:

1) Gred jawatan/gred gaji skim perkhidmatan ini ialah Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54;



2) Pemansuhan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) bidang di peringkat ijazah dan diploma dalam syarat lantikan skim perkhidmatan sedia ada;

3) Penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi pemegang ijazah SARJANA dan PHD yang baru dilantik.  

            SARJANA - Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98
            PHD - Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60




4) Kenaikan pangkat ke Gred DG38 tidak lagi dikhususkan kepada jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) sahaja

Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan berhubung kaedah kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan kepada PPPS dan PPPLD yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Surat JPA rujukan JPA.BK(S)255/4/5 Jld.5 (56) bertarikh 13 April 2012 – Penetapan Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi PPPS dan PPPLD di KPM. 

5) Pekeliling ini membatalkan pekeliling yang terdahulu -
    (a) skim perkhidmatan PPPS di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
    (b) skim perkhidmatan PPPLD di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007.


6) Jadual gaji minimum-maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan.




Pertukaran nama Kementerian PELAJARAN Malaysia kepada Kementerian PENDIDIKAN Malaysia

Sebelum tahun 1998, KPM adalah singkatan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas itu ia ditukar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemudian ia dipecahkan kepada dua kementerian iaitu satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi.

Terbaru nama KPM kembali kepada Kementerian Pendidikan MalaysiaUntuk rekod, nama KPM telah ditukar sebanyak 3 kali setakat ini. 

Akhbar KOSMO melaporkan perubahan nama kementerian itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.

“Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baharu, malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini,” kata Menteri Pendidikan.

Pertukaran nama yang terbaru ini berkuatkuasa serta merta berdasarkan surat makluman daripada KPM bertarikh 12 Ogos 2013. Surat tersebut boleh di muat turun di laman rasmi KPM atau boleh terus muat turun di sini. Pertukaran ini juga melibatkan JPN dan PPD.

Surat makluman pertukaran nama


Antara pertukaran nama yang terlibat ialah:
                       
Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - kekal

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - kekal

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) - Jabatan Pendidikan Negeri

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) - Pejabat Pendidikan Daerah

Pengarah/Timbalan Pengarah Pelajaran - Pengarah/Timbalan Pengarah Pendidikan

Pegawai Pelajaran Daerah - Pegawai Pendidikan Daerah