Video Lagu Negaraku rasmi versi yang terkini siaran mulai 23 Julai 2024.
Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah menerbitkan video Lagu Negaraku berkuat kuasa untuk siaran dan kegunaan rasmi mulai 23 Julai 2024. Hal ini selaras dengan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar pada 20 Julai 2024 yang lepas.
Aktiviti perjumpaan kokurikulum di sekolah saya dijalankan secara dalam talian disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.
Sebagai pemimpin pasukan Pandu Puteri Tunas di sekolah, saya menyediakan aktiviti perjumpaan mingguan secara dalam talian menggunakan video melalui saluran youtube.
Video adalah berkaitan aktiviti PRAPERSETIAAN berikut:
1. Berjabat tangan Pandu Puteri
2. Senyuman Pandu Puteri Tunas
3. Lagu Pandu Puteri Tunas
4. Lagu Kumpulan Berenam
5. Lagu Ahli Baharu
6. Lagu Dunia (World Song)
Selepas menonton video, murid-murid atau ahli Pandu Puteri Tunas perlu menjawab beberapa soalan berdasarkan video yang ditonton.
Lagu Bapaku Pulang untuk murid-murid Pemulihan Khas. Murid-murid Pemulihan memang suka nyanyi lagu ini. Cikgu Pemulihan pun seronok tengok anak muridnya menyanyi bagai tengah uji bakat rancangan Mentor musim ke -5.
Berikut adalah video tiga buah lagu iaitu lagu abjad ABC, bunyi huruf vokal a e i o u dan bunyi suku kata ba, ca, da ....za. Ini adalah cara mudah bagi murid yang tidak boleh membaca.
Kaedah ini
dicipta oleh Chegu Hanafi bersama Tok Wan Kuda Emas Production. Susunan
muzik oleh Burn Crossfire dan dirakam (audio) di studio Pandan Indah.
Manakala rakaman video dibuat keseluruhannya melibatkan murid SK Sabak
Bernam dan lokasinya sekitar Kuala Selangor serta Sabak Bernam.