Lembaran Kerja Huruf Vokal | Nama Huruf & Bunyi Huruf | Program Intervensi Literasi Tahun Satu

Berikut dikongsikan lembaran kerja huruf vokal khusus untuk guru-guru yang terlibat dengan Program Intervensi Tahun Satu, juga sesuai untuk guru Prasekolah, Guru Pemulihan Khas.

📌Lembaran Kerja Huruf Vokal (aA, eE, iI, oO, uU):

🌀sebut nama huruf
🌀surih huruf
🌀tulis huruf vokal - kecil dan besar
🌀gunting dan tampal gambar berdasarkan bunyi huruf vokal (4 gambar)

👉Muat turun PDF di sini: https://t.me/CikguHaseni





Bosan Menjadi Guru


~Bosan Menjadi Guru~

Hari-hari yang sama,
Muka yang sama,
Soalan yang sama,
Kesalahan yang sama.

Aku ulang dan ulang,
Berharap hari ini ada beza,
Tapi kadang… yang berubah cuma cuaca.
Hatiku masih di tempat yang sama — kosong dan penat.


Orang kata: “Guru itu lilin, menerangi yang lain.”
Tapi siapa yang suluh untukku?
Siapa yang tahu aku sedang terbakar perlahan,
Mengajar sambil menyembunyikan luka yang diam?

Aku bukan tak sayang kerjaya ini,
Aku cuma letih menampung harapan,
dari murid, dari ibu bapa, dari pentadbir,
tapi tiada siapa tanya,

 
Apa khabar hatimu, cikgu?”
 

Kadang aku bayang hidup lain:
Menulis di kafe, menjual di pasar, atau sekadar diam di desa.
Dan dalam diam itu, aku sedar…
Bukan aku benci jadi guru —
Aku cuma rindukan diriku yang dulu.


⸻—————————————————-


Tapi perlahan-lahan, aku mula faham

Bahawa bosan bukan musuh,
Ia cuma isyarat — bahawa aku sedang membesar.
Sedang mencari makna yang lebih dalam,
bukan sekadar gaji, buku, dan jadual harian.


Aku mahu menjadi guru…
Yang bukan hanya mengajar — tapi merasai semula erti mendidik.
Yang bukan hanya berdiri di hadapan,
tapi juga berdiri untuk diriku sendiri.

Jadi aku ambil semula serpihan semangatku,
Aku tampal dengan doa,
Aku jahit dengan harapan.
Lalu ku bisik pada diri yang penat:


Belum tentu esok mudah…
Tapi aku sedang berubah.
Dan aku masih di sini,
Kerana aku masih peduli
.”



💗Untuk guru yang hampir hilang arah — percayalah, harapan tidak pernah benar-benar pergi. Ia cuma duduk diam… menunggu kau pulang semula ke dalam diri.

Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025 | Hadiah Ilmu Untuk Guru | Bermula 1 Julai - 30 September 2025

 



HADIAH ILMU UNTUK GURU MALAYSIA


Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025

Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini layak menerima Baucar Buku bernilai RM100 untuk pembelian bahan bacaan berkualiti secara dalam talian!

CARA PENEBUSAN MUDAH & CEPAT:


1. Layari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025 untuk mula membuat penebusan.

Penebusan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2025 (Selasa), jam 12.00 tengah hari.

2. Daftar menggunakan DELIMa ID di Portal Book Capital (mydelima.bookcapital.com.my).

📌Baucar RM100 akan dikreditkan secara automatik bagi PPP yang layak
📌PPP yang layak, tetapi tiada DELIMa ID, laporkan kepada HELPDESK DELIMa di dhd@moe-dl.edu.my

3. PPP perlu memilih sekurang-kurangnya satu (1) judul daripada senarai JUDUL KHAS BAUCAR BUKU GURU.

📌 Baucar hanya sah untuk satu (1) transaksi sahaja.
📌 Jika jumlah pembelian melebihi RM100, anda boleh membuat bayaran tambahan secara atas talian.

4. Pesanan akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

📌 Tarikh akhir penebusan: 30 September 2025 (Selasa), 11.59 malam

📍BANTUAN & PERTANYAAN:


Sekiranya anda mengalami sebarang isu atau pertanyaan, sila gunakan SISTEM TIKET SOKONGAN melalui akaun Book Capital:

1. Log masuk: https://mall.bookcapital.com.my/user/login

2. Klik ‘Dashboard’ > ‘Help?’ > ‘Open Ticket’

3. Pilih kategori BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025

4. Tulis dan hantar pertanyaan atau aduan anda.

📌Klik untuk Muat Turun Panduan Lengkap Penebusan Bergambar di https://drive.google.com/drive/folders/17ddw6bRDsE2BUAqFW6kZvQPB1gIrwoPW?usp=sharing