Pages

Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun Bagi Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bermula Tahun 2026

Bermula tahun 2026, semua penjawat awam, termasuk warga KPM melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi (PPK) HRMIS sekurang-kurangnya 40 jam latihan setahun yang direkodkan sendiri melalui Modul HRMIS 2.0. Dasar ini telah membatalkan kiraan hari, dan menfokuskan kepada jumlah jam pembelajaran formal dan bukan formal yang perlu disokong dengan sijil atau dokumen yang berkaitan.

Cara-Cara Mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 Untuk Guru boleh rujuk di sini: Panduan Mengisi Pembangunan Kompetensi di HRMIS



Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Tahun 2026


Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0 dibahagikan kepada 3 kategori utama:
  1. Kursus/Latihan
  2. Sesi Pembelajaran
  3. Pembelajaran Kendiri


1. Kursus/Latihan

  • kursus
  • seminar
  • konvensyen
  • bengkel
  • forum
  • simposium
  • persidangan
  • kolokium


2. Sesi Pembelajaran

  • Sesi Pemantapan Perkhidmatan awam:
    • program sambutan/program khas yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
    • on-the-job-training
    • latihan sangkutan
    • simulasi
  • Perhimpunan bulanan
  • Sesi pembelajaran - sesi perkongsian ilmu
  • Mentor dan Mentee
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai pembentang
  • Pembentangan kertas kerja
  • Ceramah
  • Lain-lain seperti kajian kes, tayangan filem, under study

3. Pembelajaran Kendiri

  • e-pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
  • Pembentangan buku 
    • pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada buku fizikal atau e-book
    • pembacaan jurnal ilmiah/laporan kajian
  • Program Bina, Bincang, Semarakkan Perkhidmatan Awam
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai peserta
  • Kursus anjuran luar agensi
  • AI Untuk Rakyat









Muat turun surat siaran:

Persaraan dan Pencen Penjawat Awam


Persaraan Penjawat Awam


Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun. Ia bukan bermaksud, tidak boleh bersara lagi awal. Tiada masalah bagi penjawat awam yang ingin bersara lebih awal kerana ia dibenarkan.

Penjawat awam boleh bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun.

Jika bersara seawal pada usia 40 tahun, apa yang layak terima?


Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Bahagian Pencen JPA, sekiranya cukup syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, sesorang penjawat awam sudah layak bergelar 'pesara kerajaan'. Anda sudah boleh terima faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen iaitu:

  1. Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan/perubatan percuma di premis kesihatan kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa)
  2. Ganjaran Perkhidmatan
  3. Award Wang Tunai GCR

Penjawat awam yang bersara sebelum umur 55 akan menerima pencen bulanan pada usia 55 tahun, sekiranya anda dilantik selepas tarikh 12 April 1991.

Untuk menerima pencen pertama pada bulan hari lahir ke-55 tahun, anda perlu memastikan akaun bank yang telah didaftarkan semasa urusan persaraan dahulu adalah masih aktif. Jumlah yang diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari anda telah masuk usia 55 tahun.

Jika dilahirkan pada 1 hb, pencen penuh akan diterima. Jika dilahirkan pada hujung bulan 30 hb, kiraan pencen pada bulan tersebut dikira sebagai 1 hari sahaja. 

Selepas bulan berikutnya, barulah pencen dibayar secara penuh. Pengiraan adalah berbeza kerana bayaran pencen bulanan layak mulai mencecah umur layak terima dikira 'proportionate' mengikut hari pesara layak terima sehingga hari pesara itu meninggal dunia.

Nota Pencen Penjawat Awam


1. Bersara paksa/wajib – 55/56/58 dan 60. Lantikan selepas 1.1.2012 bersara paksa pada usia 60 tahun tetapi masih boleh memohon bersara pilihan.

2. Bersara pilihan – syarat umur lebih 40 tahun, berkhidmat 10 tahun, tiada tindakan tatatertib dan diperaku oleh Ketua Jabatan (KJ).

3. Lantikan sebelum 12.4.1991 – Jika pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 45 tahun/50 tahun.

4. Lantikan selepas 12.4.1991 – Jika pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 55 tahun (termasuk yang sudah memilih opsyen 60 tahun).

5. Ganjaran dan GCR dibayar terus jika bersara pilihan, mengikut umur bersara pilihan yang dipilih.

6. Bersara atas sebab kesihatan (medical board) – pencen bulanan, ganjaran dan GCR dapat terus umur dibersarakan. Kiraan pencen dan ganjaran menggunakan tempoh perkhidmatan secara Isyarat.

7. Formula penting:
  • Pencen bulanan: 1/600 x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir
  • Ganjaran: 7.5% x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir
  • GCR: 1/30 x bilangan hari GCR x (Gaji pokok + elaun tetap)

8. Elaun tetap yg dikira untuk GCR = IT Khidmat Awam, IT Perumahan, IT Jawatan Utama , IT Keraian

9. Pencen terbitan = pencen bulanan dibayar kepada waris apabila pegawai meninggal dunia

10. Pencen Tanggungan = bayaran tambahan kepada faedah persaraan lain sekiranya pegawai meninggal dunia akibat kemalangan atau bencana semasa menjalankan tugas rasmi dan penyakit berkait terus dengan tugas rasmi.

11. Waris penerima pencen: suami/isteri dan anak-anak di bawah 21 tahun. Sekiranya sedang belajar, sehingga tamat ijazah pertama atau berkahwin, yang mana yang terdahulu. Anak OKU yang mengalami kecacatan pada otak atau hilang upaya kekal dan tidak berupaya menanggung diri, dibayar sepanjang hayat.

12. Anak OKU yang memilik kad OKU tidak secara automatik menjadi penerima pencen terbitan sepanjang hayat.

13. Anak OKU hendaklah diperiksa oleh Pegawai Pakar Perubatan Hospital Kerajaan sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Penetapan Anak OKU Tanggungan Pesara (JKACT) di JPA bagi tujuan pembayaran pencen terbitan seumur hidup sekiranya ibu bapa meninggal dunia.

14. Bagi pegawai bujang yang meninggal dunia, ibu/bapa tidak layak menerima pencen terbitan, namun layak terima Ganjaran terbitan, GCR dan ex gratia terbitan.

15. Sekiranya pegawai bujang yang meninggal dunia tiada ibu/bapa yang masih hidup, maka wakil yang sah contohnya adik beradik/saudara mara terdekat boleh memohon untuk menerima Ganjaran dan GCR pegawai.

16. Balu/ duda – sekiranya dikahwini masa dalam perkhidmatan, layak terima pencen terbitan seumur hidup, walaupun berkahwin semula.

17. Balu/duda - yang dikahwini selepas bersara (dan anak daripada hasil perkahwinan selepas bersara), layak terima pencen terbitan terhad sehingga 20 tahun daripada tarikh persaraan pegawai.

18. Syer pencen terbitan: Balu/duda – 2 syer, anak – 1 syer setiap seorang

19. Syer ganjaran dan GCR: Balu/duda dan anak2 – 9/10. Ibu/Bapa tanggungan – 1/10

20. Pencen bulanan, Ganjaran, GCR tidak dikenakan cukai KECUALI pencen bulanan yang diterima sebelum umur 55 tahun (bagi lantikan sebelum 12.4.1991 yang bersara sebelum usia 55 tahun) dan sekiranya menerima lebih daripada satu pencen dalam satu masa, hanya pencen tertinggi dikecualikan daripada cukai.

21. Ex Gratia kematian sekaligus dibayar bagi pegawai yang meninggal dunia dan perkhidmatan kurang daripada 20 tahun.


 
Sumber/Kredit: 

Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang (GCPC) Tahun 2026



Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang (GCPC) Tahun 2026 kini dibuka dan tinggal 4 hari sahaja lagi. GCPC memberi peluang laluan pantas kenaikan pangkat, pengiktirafan terhadap kepakaran serta peluang penyertaan dalam pelbagai program dan anugerah profesional.

Gred ditawarkan termasuk:
  • Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah Menengah: Gred Khas C, DG14, DG13, DG12, DG10
  • Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah Rendah: DG14, DG13, DG12, DG10 (DG12, DG13, DG14 - baharu ditawarkan tahun ini)
  • Guru Cemerlang (Bukan Siswazah): DG6, DG7
  • Pensyarah Cemerlang IPG: Gred Khas C, DG14, DG13, DG12


Permohonan GCPC 2026


Tahun ini Guru Cemerlang untuk Sekolah Rendah sudah dibuka hingga gred DG14 (DG54), jadi jangan lepaskan peluang. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk website ePangkat.




Sumber:

Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi, Selangor Dibuka Untuk Pendaftaran



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) terus memperkasa golongan autisme melalui penubuhan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi. Pusat ini menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

✅ Saringan dan pengesanan awal
✅ Program intervensi awal dan terapi pelbagai disiplin secara berstruktur
✅ Program sokongan kepada ibu bapa, keluarga dan penjaga

Pendaftaran terbuka kepada:
  • Kategori A: 2 – 12 tahun
  • Kategori B: 13 – 18 tahun

Pengoperasian PPA juga turut dikendalikan oleh JKM melibatkan kolaborasi bersama Pertubuhan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM - National Autism Society of Malaysia) & Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Damansara Damia.

Di Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) yang bakal beroperasi di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi tidak lama lagi, setiap langkah kecil mereka akan diraikan.

Antara kemudahan yang disediakan:
  • Ruang Menunggu
  • Ruang & Bilik Terapi
  • Bilik Tenang
  • Gimnasium
  • Playroom
  • Bilik Sensori
  • Kolam Terapi

Melalui pelbagai aktiviti intervensi, terapi serta sokongan, setiap anak dibimbing untuk membina kemahiran dan keyakinan diri mereka secara menyeluruh. Persekitaran yang selamat, tersusun dan kondusif menjadi asas penting dalam menyokong perkembangan mereka. Inisiatif ini mencerminkan komitmen JKM dalam memperkukuh perkhidmatan sokongan kepada anak-anak autisme dan keluarga agar mereka terus diberi peluang untuk berkembang dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

𝑫𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓 π’”π’†π’Œπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ!
Klik pautan atau imbas kod QR pada poster:
https://forms.gle/A1FhDQk4xzE2BiuWA

π‘Ίπ’†π’ƒπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ π’‘π’†π’“π’•π’‚π’π’šπ’‚π’‚π’:
Telefon: 03-8926 1996
E-mel: ppa_bangi@jkm.gov.my

Sumber:
Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Program Ijazah Sarjana Perguruan (Bidang Pedagogi), Institut Pendidikan Guru Malaysia | PISP Tahun 2026



Pengambilan Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP) IPG bagi tahun 2026 akan dibuka secara dalam talian di portal myPISP dan ia terbuka kepada guru KPM atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM.

Nama program: Program Ijazah Sarjana Perguruan (Bidang Pedagogi)
Mod program: Sepenuh masa
Tempoh pengajian: 2 tahun (4 semester)
Tempat pengajian: Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Tarikh permohonan: 5 April - 30 April 2026
Mula pengajian: Ogos 2026 (Semester 1)
Website permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/pisp/

IPGM menawarkan Program Master (Sarjana) kepada guru KPM yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Bachelor's Degree) dan ingin sambung belajar ke peringkat lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana (Master's Degree). Program ini ditawarkan bermula tahun 2024 secara separuh masa di kampus IPG yang terpilih. Program ini bukan program tajaan KPM kerana guru perlu membayar sendiri yuran pengajian.


Program ini sesuai untuk guru yang berminat untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Antara kelebihan mempunyai Ijazah Sarjana Pendidikan atau Master in Education ialah guru boleh memohon jawatan lain seperti pensyarah IPG, Nazir di PPD/JPN/ KPM, pegawai di Bahagian-Bahagian KPM dan yang jawatan lain berkaitan dengan pendidikan.


Program lain yang ditawarkan IPG tahun 2026


Takwim Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Tahun 2026



1️⃣ 2 MAC → 19 APRIL

  • Pengemaskinian maklumat pegawai( Bahagian/JPN/PPD ).
  • Pelantikan PP kumpulan pengurusan olen agensi penyelia.
  • Pelantikan jawatankuasa PBPPP
  • Kelulusan jawatankuasa PBPPP agensi seliaan.
  • Pelantikan PP di organisasi.
  • Kelulusan pelantikan PP oleh agensi penyelia.

2️⃣  20 APRIL → 30 JUN

  • Penilaian pertama tahun 2026
  • Penilaian prestasi guru baharu tahun 2025.
  • Butang SIMPAN diaktifkan

3️⃣ 1 JULAI →  19 JULAI

  • Penyelenggaraan sistem


4️⃣ 20 JULAI → 31 OGOS

  • Pertukaran PYD (Putus sandang)
  • Pengemaskinian maklumat PYD.
  • Modul Kemas Kini Pertukaran PYD
  • Melibatkan PYD yang mempunyai perubahan jawatan / gred / tempat bertugas / status kedudukan sebelum 2 Julai
  • Tindakan : klik kotak dan tukar

5️⃣ 20 JULAI → 30 SEPTEMBER

  • Pertukaran PP
  • Pelantikan PP untuk PYD tercicir yang layak dinilai.

6️⃣ 1 SEPTEMBER → 11 DISEMBER

  • Penilaian akhir tahun

7️⃣ 1 OKTOBER → 11 DISEMBER

  • Butang HANTAR diaktifkan

8️⃣ 12 DISEMBER →  20 DISEMBER

  • Penyelenggaraan sistem

9️⃣ 21 DISEMBER → 31 DISEMBER

  • Pelarasan markah tidak kekal

πŸ”Ÿ 1 JANUARI → 28 FEBRUARI 2027

  • Penyelenggaraan sistem



Teks Doa Majlis dan Mesyuarat Rasmi Kementerian Pendidikan (KPM)

Setiap majlis yang bermula dengan doa, berakhir dengan keberkatan. Berikut dikongsikan teks doa majlis dan mesyuarat rasmi yang boleh dijadikan rujukan dan panduan rasmi bagi pembacaan doa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penting bagi setiap penganjur majlis untuk memastikan teks doa yang digunakan adalah bersesuaian dengan panduan yang telah ditetapkan bagi menjaga kualiti dan imej profesionalisme kementerian.





[PANDUAN] Cara-Cara Mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 Untuk Guru

Mulai tahun 2026, sistem SPLKPM dimansuhkan dan pengisian kursus, bengkel, latihan, pembelajaran kendiri direkodkan di dalam sistem HRMIS 2.0. Akibatnya, ramai guru masih keliru cara mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0. 

Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0, dibahagikan kepada 3 kategori utama:
  1. Kursus & Latihan
  2. Sesi Pembelajaran
  3. Pembelajaran Kendiri
Berikut panduan ringkas cara-cara mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 untuk panduan guru.




1️⃣ Log Masuk HRMIS
  • Masuk ke portal HRMIS menggunakan: • ID pengguna • Kata laluan

2️⃣ Pilih Menu Pembangunan
  • Klik: Pembangunan → Program Pembangunan Kompetensi.

3️⃣ Permohonan Program
  • Klik: Fungsi → Permohonan Program Pembangunan Kompetensi.

4️⃣ Pilih Pemilik Kompetensi
  • Klik tab: Program Pembangunan Kompetensi yang telah dihadiri.
  • Kemudian tekan Permohonan Baharu.

5️⃣ Pilih Kategori Aktiviti
  • Dalam sistem HRMIS pilih salah satu kategori berikut:
    • Kursus / Latihan 
    • Sesi Pembelajaran 
    • Pembelajaran Kendiri

6️⃣ Isi Maklumat Aktiviti
  • Masukkan maklumat seperti: 
    • Tajuk aktiviti 
    • Tarikh mula & tamat 
    • Tempoh jam pembelajaran 
    • Penganjur / sumber pembelajaran

7️⃣ Muat Naik Bukti
  • Lampirkan dokumen sokongan seperti: 
  • Sijil 
  • Screenshot webinar / kursus 
  • Bukti pembelajaran

8️⃣ Simpan & Hantar
  • Klik: Simpan → Hantar untuk Pengesahan.
  • Rekod akan dihantar kepada pegawai pengesah dalam HRMIS.

πŸ“Œ Tip penting:
Simpan semua bukti pembelajaran seperti sijil kursus, tangkap layar webinar atau bahan pembelajaran untuk memudahkan pengesahan.

Kredit/Sumber:
Cikgu Sue

Cuti Tambahan 18 Mac 2026 Semua Sekolah KPM Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026.

Alhamdulillah.


Berdasarkan kalendar akademik sesi 2026:

Kumpulan A (Selangor, Negeri Sembilan)

➡️ Cuti tambahan: 19 Mac 2026 (Khamis)

Kumpulan B (Kelantan, Kedah, Terengganu)

➡️ Cuti tambahan: 19 & 20 Mac 2026 (Khamis & Jumaat)

Cuti tambahan ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih teratur.





Sumber:

Pengambilan Guru COS (Contract of Service) dan Guru Interim KPM Bermula 2 Mac 2026



KPM sedang membuka pengambilan guru secara lantikan COS dan Interim.

Graduan Ijazah Pendidikan (Interim)

Graduan BUKAN Ijazah Pendidikan (COS)
  • Graduan bukan pendidikan yang tidak mempunyai latar belakang ikhtisas, tetapi bersedia dilatih dan melalui tapisan ketat sebelum diserap masuk menerusi laluan Contract of Service (COS).
  • Rujuk: https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26
  • Syarat dan kelayakan: https://mypdpp.moe.gov.my/PDPP26/IKLAN/PDPP_COS26.pdf
  • Tarikh permohonan: 2 Mac - 20 Mac 2026
  • Ditempatkan mengajar di sekolah rendah
  • Diwajibkan mengikuti PDPP (Latihan perguruan) secara mod hibrid di IPG selama 1 tahun (3 semester)
  • Yuran PDPP dengan pembiayaan sendiri
  • Selepas tempoh kontrak 1 tahun dan lulus PDPP, Guru CoS yang berjaya memenuhi syarat dan prestasi berpeluang dilantik ke Kontrak Interim, dan seterusnya berpeluang untuk lantikan tetap dalam perkhidmatan pendidikan.
Guru COS

Timeline Guru COS


Graduan Ijazah Pendidikan (Lantikan Interim)


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) secara lantikan Kontrak (Interim).


Graduan tidak layak memohon

Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:
  • Graduan yang memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026
  • Graduan Pendidikan Tajaan KPM
  • Guru Interim
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP dan KPM)
  • Sedang dalam proses siasatan/menjalani hukuman tatatertib
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; atau
  • Seorang bankrap.


Graduan BUKAN Ijazah Pendidikan (Lantikan COS)


KPM mempelawa graduan TANPA Ijazah Pendidikan menyertai profesion keguruan sebagai guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara lantikan Contract of Service (COS) bagi keperluan guru sekolah rendah KPM.

Syarat dan kelayakan: 







Pengambilan Calon Guru Latihan Praperkhidmatan Tajaan KPM bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti latihan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi tahun 2026. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru bagi keperluan guru sekolah rendah KPM.

Nama program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 
Tempoh pengajian: 1 tahun (3 semester)
Mod program: Sepenuh masa (Tajaan KPM)
Tarikh permohonan: 9 - 27 Mac 2026
Interaksi kuliah: Bersemuka sepenuhnya di IPG


Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/ atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada 30 Jun 2026
  • Memiliki Indeks Jisim Tubuh (BMI) 32.5 dan ke bawah





[BIJAK BAHASA] Jauhi Kesalahan Lazim dalam Penulisan | Bilangan 1/2026

 

Frasa Pemakluman dan Pembuka Ayat


❌Adalah dimaklumkan bahawa ...
✅ Dimaklumkan bahawa ...

❌Sukacita dimaklumkan ...
✅ Dengan sukacita dimaklumkan ...

  • Elakkan penggunaan perkataan 'adalah' pada permulaan ayat makluman ini.


Frasa Hubung dan Penulisan Senarai


❌Sehubungan itu
✅ Sehubungan dengan itu

  • Kata sendi 'dengan' wajib disertakan untuk menjadikannya gramatis.

❌.. seperti berikut
✅... seperti yang berikut

Kredit:
Puan Wahida Sahrir,
Munsyi Muda Bahasa KDN

Sumber:

Pelepasan Cukai Individu Tahun 2025 LHDN



Perkhidmatan E-Filling Pelepasan Cukai Individu Tahun 2025

LHDN memaklumkan perkhidmatan e-Filling bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) individu melibatkan borang BE telah dibuka pada hari ini, 1 Mac 2026. 

Alhamdulillah, saya telah selesai.

πŸ˜„ 1/3/2026 - selesai isi e-Filling (e-BE)
😁😁 6/3/2026 - lebihan bayaran cukai diterima?
😁😁😁 21/3/2026 - duit raya, alhamdulillah

    πŸ’₯Update: 10/3/2026 - lebihan bayaran cukai telah diterima

Penjawat awam yang sudah mempunyai pemotongan Cukai Bulanan (PCB) tahun 2025, boleh rujuk slip gaji (payslip) masing-masing di bahagian potongan cukai, jika ada, claim atau tuntutan pelepasan cukai sudah boleh dibuat pada 1 Mac 2026 iaitu hari ini.

Antara rekod pembayaran dan dokumen resit yang perlu ada untuk rujukan pelepasan cukai (mesti atas nama sendiri) dan perlu disimpan selama 7 tahun. 

1. Bil langganan internet
2. Resit pembelian buku/bahan bacaan
3. Resit bayar gimnasium
4. Resit beli peralatan sukan
5. Resit beli handphone/laptop/tab
6. Resit zakat
7. Resit sumbangan derma
8. Resit bayar yuran universiti untuk master/PhD
9. Bil perubatan (penyakit kritikal/vaksin)
10. Penyata SSPNI, takaful, PRS, KWSP, insurans pendidikan
11. Kenderaan elektrik
12. Bayaran Faedah rumah pertama (SPA 2025-2027)


Cara Pendaftaran E-Filling 

  • Pergi ke Web MyTax dan register
  • Pilih bahagian E-Daftar. Boleh register melalui online sahaja. 
  • Selepas selesai dan dapat Nombor TIN, boleh login dan mulakan urusan claim.
  • Isi borang e-BE bagi yang punca pendapatan hanya gaji penjawat awam dan tiada punca perniagaan.
  • Tempoh pelaporan dalam e-Filling bagi penggajian (Borang e-BE) – sebelum atau pada 15 Mei setiap tahun

[HEBAHAN] Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 27/2026

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) mempelawa pegawai di bawah KPM untuk menyumbangkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan (e-PRD) Jilid 27/2026. Sumbangan artikel ini bertujuan memperkukuh budaya penyelidikan serta memperkasa perkongsian amalan terbaik dalam bidang pendidikan ke arah peningkatan kualiti sistem pendidikan negara.


Panduan penulisan dan artikel boleh diakses melalui pautan berikut:
https://bit.ly/jurnal_eprd
Tarikh tutup sumbangan: 31 Mac 2026

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
03-8884 6580 / 03-8884 6201
jurnal.bppdp@moe.gov.my



Sumber:

Buku Kecil Ramadan: Puasa dan Tarawih 2026/1447H Terbitan ABIM

Buku Kecil Ramadan: Puasa dan Tarawih 2026/1447H yang diterbitkan oleh ABIM versi terkini tahun 2026. Buku ini sesuai untuk kegunaan muslimah yang lebih afdal bersolat sunat tarawih di rumah.

Kandungan buku kecil ini merangkumi:
  • Hal Ehwal Puasa Ramadan
  • Solat Sunat Tarawih, Witir, Zikir & Doa
Baca dan muat turun e-book ini melalui link berikut:



Sumber: