Dalam mempelajari operasi asas darab, kemahiran skip counting (kiraan melangkau/ gandaan) sangat penting. Skip counting ialah kaedah mengira pantas dengan melangkau nombor tertentu secara berulang iaitu penambahan berulang.
Contohnya skip counting by 2 dimulakan dengan 2, 4, 6, 8, 10, 12 dan seterusnya. Ia adalah asas penting untuk pendaraban, mengira dalam kumpulan (5, 10, 15...), dan meningkatkan pemahaman nombor. Skip counting boleh dilakukan secara menaik (operasi tambah) atau menurun (operasi tolak).
Berikut dikongsikan latihan skip counting bagi gandaan 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Format PDF boleh muat turun di Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau: https://t.me/CikguHaseni




No comments:
Post a Comment