Pembukaan Penuh Sekolah & SOP Terkini Penjarakan Sosial Untuk Semua Murid KPM

Pada 1 Julai 2020, Rabu melalui sidang media Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah secara penuh kepada semua murid tingkatan 1 hingga 4, tingkatan Enam semester 1 dan semua murid sekolah rendah (tahun 1 hingga 6) bermula 2 minggu dari sekarang.


Tarikh pembukaan penuh sekolah:

1) 15 Julai 2020, Rabu
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 6 semester 1, tingkatan 1 hingga 4
  • Sekolah Rendah: Tahun 5 dan 6

2) 22 Julai 2020, Rabu
  • Sekolah Rendah: Tahun 1 hingga 4

Terdapat 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang disediakan KPM yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing setelah SOP penjarakan sosial dilaksanakan. Model berkenaan adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

Tarikh pembukaan penuh sekolah.













[Kemaskini] SOP dan susun atur di kelas:

1. Jarak 1 meter berdasarkan ukuran person to person (body to body) / bahu ke bahu / individu ke individu (sebelum ini meja ke meja).
2. Bilangan murid adalah pada tahap maksimum, dengan meja dirapatkan ke dinding. Seramai mungkin murid diletakkan di kelas dengan penjarakan sosial yang betul (Sebelum ini maksimum 20 orang setiap kelas).
3. Murid tidak boleh duduk sebelah menyebelah.
4. Murid makan di dalam kelas di meja masing-masing. Makanan sama ada bekal dari rumah atau pesanan awal (pre-order) dari pengusaha kantin. Murid digalakkan bawa sudu dan garfu sendiri.
5. Meja murid disanitasi (sanitized) selepas waktu makan dan sebelum waktu balik. Guru dan murid boleh gunakan kain yang dinyahkuman (disinfected) untuk mengelap meja.
6. Sekolah 2 sesi - meja perlu dilabel nama murid untuk pastikan murid yang sama menggunakan meja tersebut.


Penggunaan Pelitup Muka (Face Mask)
1. Murid tidak diwajibkan memakai face mask tetapi digalakkan (jenis fabrik, 3 lapis, boleh dibasuh).
2. Guru diwajibkan memakai face mask semasa mengajar, boleh buka sebahagian face mask ketika mengajar pada jarak jauh dari murid (agar suara jelas didengar) tetapi perlu tutup semula ketika menghampiri murid secara dekat (elakkan sebaran titisan air dari mulut/ hidung).


Siapa yang WAJIB pakai face mask?
KPM mewajibkan kategori murid berikut memakai pelitup muka sepanjang masa di sekolah:
  • Murid yang mempunyai daya imuniti rendah - ada masalah / penyakit paru-paru, penyakit asthma, kencing manis, buah pinggang, penyakit jantung, penyakit hati.
  • Murid yang ketara kekurangan zat makanan - selalu sakit, demam, kurus.
  • Murid yang mengambil ubat steroid atas faktor kesihatan.

Pilihan dan hak ibu bapa:
1. Sekiranya ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ibu bapa perlu menulis surat rasmi kepada pihak sekolah memaklumkan anak/ibu bapa belum bersedia ke sekolah. Tiada tindakan displin akan diambil terhadap murid tersebut (Rekod kedatangan: tidak hadir bersebab).


Video Rujukan (dikemaskini):
Boleh rujuk video ini untuk penerangan yang lebih jelas tentang SOP dan penjarakan sosial di sekolah:
1. https://www.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=tLEi1K4hdDs&app=desktop


Bahan / Dokumen untuk muat turun:


Sumber rujukan: